Mahasiswa Lebih Suka 'Tutorial' Di Dewan Makan?

Diterbitkan: Selasa, 13 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Semasa melawat kolej kediaman pada waktu malam di sebuah universiti di sini, penulis terlihat sekumpulan mahasiswa sedang mengulang kaji pelajaran mereka di dewan makan asrama itu.

Kenapa belajar di dewan makan? Tidakkah suasana di situ bising?

"Inilah tempat yang terbaik bagi kami untuk belajar bersama, dewan ini besar dan boleh muat ramai orang. Kami boleh berbincang dengan rakan-rakan sekuliah tanpa mengganggu orang lain," jelas Razali Kamin, penuntut jurusan Sains, dari Lumut, Perak.

Bagaimana dengan perpustakaan atau bilik bacaan?

"Perpustakaan agak jauh dari sini dan tutup pukul 10 malam. Bilik bacaan yang ada terlalu kecil, dan tidak semua daripada kami dapat belajar di bilik, kerana ada yang menginap di dormitori.

"Kami juga rasa lemas belajar di bilik. Dewan makan dibuka sepanjang masa dan ini tempat terbaik bagi kami mengulang kaji dan menyiapkan tugasan," katanya.

RESTORAN MAKANAN SEGERA

Penulis juga berkesempatan mengunjungi sebuah restoran makanan segera 24 jam yang popular dalam kalangan pelajar sebuah universiti di Seksyen 2, Shah Alam, dan melihat senario yang hampir sama, di mana sekumpulan mahasiswa sibuk menyiapkan tugasan mereka dan mengadakan perbincangan.

Kenapa belajar di restoran makanan segera? Tidakkah nanti dihalau pekerja di situ? Itu antara soalan yang diajukan kepada mahasiswa berkenaan.

Mellie (bukan nama penuh) menjelaskan bahawa beliau dan rakan universitinya merasakan restoran makanan segera merupakan tempat yang agak santai untuk berkumpul.

"Kami (mahasiswa) boleh berbincang di sini tentang kuliah dan tutorial.

"Ada di antara kami tidak boleh belajar di rumah. Sebab suasana di rumah terlalu selesa dan sesuai untuk melelapkan mata daripada belajar. Jadi kami keluar rumah untuk membuat ulang kaji dan menyiapkan tugasan," kata Mellie.

Tapi bukankah perpustakaan dan bilik tutorial lebih senyap daripada restoran makanan segera dan lebih sesuai untuk mengulang kaji pelajaran?

"Sebaliknya, kami rasa boleh jadi lebih produktif dengan berbincang atau tutorial di restoran makanan segera," katanya.

SUNYI

Seorang lagi mahasiswa, Amy berkata: "Saya lebih suka belajar di tempat yang bising. Restoran makanan segera adalah pilihan lokasi yang sesuai bagi saya.

"Lagipun saya tidak tahan dengan suasana senyap yang keterlaluan di perpustakaan. Bagaimana orang boleh fokus belajar cara begitu? Tempat yang bising, lagi baik untuk saya.

"Saya juga suka dengan bau makanan segera seperti burger dan juga harum kopi sambil mendengar orang lain bercerita tentang politik semasa, ekonomi dan sukan," kata mahasiswa Ismail Darus.

Ismail tidak tahan dengan suasana senyap di perpustakaan.

"Bila saya ada masalah insomnia (tidak boleh tidur), saya datang ke restoran ini pada waktu malam untuk menenangkan fikiran dan belajar.

"Saya pilih restoran makanan segera kerana saya tidak akan sunyi bila ada ramai orang di sekeliling, ada latar belakang muzik dan orang bercakap.

"Tapi pilihan ini mungkin berlainan antara individu. Ada yang suka tempat bising seperti restoran makanan segera dan ada juga yang merasakan sebaliknya.

"Selagi ada keinginan hendak belajar dan mengulang kaji, gangguan di lokasi mana pun tidak kisah sebenarnya. Anda masih boleh tumpukan pada pelajaran," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan