Kementerian Kesihatan, Pihak Swasta & Awam Gabung Tenaga Lancar Kempen Tangan Bersih

Diterbitkan: Isnin, 10 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ANTABAX, rangkaian penjagaan badan antibakteria dan Kementerian Kesihatan Malaysia kembali bergabung tenaga untuk tahun kedua berturut-turut bagi mempertingkatkan kesedaran dan menggalakkan tabiat mencuci tangan di peringkat kebangsaan melalui kempen Bulan Kebersihan Tangan 1Malaysia.

Program pendidikan kebersihan besar-besaran ini dijangka mencapai sasaran lebih tiga juta orang tahun ini.

Bertemakan "Tangan Bersih Rakyat 1Malaysia Sihat", kempen ini dipercayai merupakan kempen kebersihan tangan awam-swasta yang terbesar pernah diadakan di negara dengan tujuan mengurangkan jangkitan penyakit melalui tangan dan memberi persediaan kepada negara bagi kemungkinan berlakunya wabak.

Kementerian Kesihatan Malaysia, Antabax dan MAHEO (Persatuan Pegawai Pendidikan Kesihatan), dengan sokongan Hospital Sungai Buloh, 10 hospital persendirian, hab pengangkutan Terminal Bersepadu Selatan dan Semasa Sentral mensasarkan generasi muda, pekerja kaunter industri pengangkutan dan pelancongan dan juga mereka yang terlibat dengan penyediaan dan khidmat makanan kerana mereka sentiasa terdedah kepada risiko mendapat dan menyebarkan penyakit berjangkit melalui tangan.

Selain itu, lebih 3,500 kedai makanan dan minuman serta 28 sekolah seluruh negara akan turut mengambil bahagian di bawah program ini.

Kempen ini telah dilancarkan oleh Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin di Persidangan Promosi Kesihatan Kebangsaan 2011, pada Isnin (10 Okt).

Berdasarkan tinjauan, secara purata tangan manusia menjadi tempat pembiakan 150 spesis bakteria yang berbeza, sementara 80 peratus[1] jangkitan disebarkan melalui tangan yang kotor.

Tabiat kebersihan yang mudah – mencuci tangan dengan sabun atau sanitasi tangan mampu mengurangkan angka ini.

Bukti menunjukkan tangan yang dicuci sempurna boleh menurunkan risiko penyakit ciri birit sebanyak 20% dan jangkitan saluran pernafasan sehingga 24%[2].

Menurut Rosnah, "Bulan Kebersihan Tangan 1Malaysia" merupakan manifestasi semangat ‘Rakyat Diutamakan’ sebagaimana visi 1Malaysia Perdana Menteri demi membina negara yang lebih sihat melalui tabiat mencuci tangan yang betul dan mudah.

“Sejajar ke arah menjadi negara maju, kesihatan menjadi isu penentu kejayaan dan kerjasama antara kerajaan dan sektor swasta akan menjadi pemacu demi memastikan keperluan kesihatan dipenuhi.

"Jenama Malaysia dan Kementerian Kesihatan telah mempertingkatkan dan menjayakan program yang boleh digunakan sebagai contoh oleh negara lain di rantau Asia Tenggara sebagai pencapaian,” kata Rosnah lagi.

Kempen ini turut diadakan di sekolah-sekolah rendah di wilayah utara dan selatan Semenanjung dan di Malaysia Timur dengan seminar dan demonstrasi cucian tangan termasuk pengedaran bahan-bahan pendidikan dan produk.

Hampir 50,000 kanak-kanak sekolah dan keluarga mereka telah dijangkau melalui sebahagian dari program ini.

Seminar untuk pengendali makanan dan program hospital akan dijalankan pada bulan ini juga.

Antabax adalah produk buatan Malaysia, merupakan jenama penjagaan diri antibakteria yang diyakini dan inovatif, menawarkan rangkaian produk antibakteria lengkap yang mempromosi gaya hidup lebih sihat dan bersih.

Sementara itu Pengurus Besar (Bahagian Pemasaran Isi Rumah dan Penjagaan Diri), Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd, Francis Ng kempen tahun ini lebih besar dari segi skop dan jangkauan dengan lebih banyak elemen kreatif untuk memperkukuhkan keperluan kesihatan yang baik, termasuklah pengenalan maskot jenama ‘Germ Buster’ dan lagu kebersihan yang digubah khas.

Beliau berkata "Tangan Bersih Rakyat 1Malaysia Sihat" ialah tema kebangsaan yang mencerminkan kepercayaan jenama ini bahawa kerjasama dengan banyak rakan kongsi boleh menjadikan amalan kebersihan tangan yang betul sebagai tabiat yang boleh memberi persediaan kepada negara untuk kebarangkalian sebarang pandemik.

Antabax akan menyediakan sabun tangan dan sanitasi tangan kepada semua organisasi yang terlibat dengan program ini dan juga membekalkan mereka dengan bahan-bahan pendidikan seperti poster dan risalah yang telah disediakan bersama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan