Kumpul Motosikal Klasik Sebagai Hobi

Diterbitkan: Isnin, 18 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Seorang guru di sini menjadikan minat mengumpul beberapa buah motosikal klasik sebagai hobi sehingga sanggup menghabiskan hampir RM50,000 bagi tujuan itu.

Shaidi Mohammad, 49, bagaimanapun hanya memilih motosikal jenis Honda yang baginya motosikal jenis itu mempunyai tarikan istimewa serta tahan lasak.

Guru Penolong Kanan (Pentadbiran) Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail itu kini memiliki 10 jenis motosikal Honda yang diklasifikasi sebagai klasik dan diminati ramai.

"Kesemua motosikal itu saya beli sejak berusia 20an lagi dan kini saya memiliki sepuluh motosikal Honda buatan tahun 60an dan 70an termasuk dua yang sedang diperbaiki.

"Saya sudah membelanjakan hampir RM50,000 bagi mendapatkan kesemua motosikal yang sememangnya menjadi idaman saya dan mempunyai nilai yang sangat istimewa," katanya kepada Bernama ketika ditemui di rumahnya di Kampung Jaya di sini, Isnin.

Shaidi kini memiliki motosikal Honda jenis CB161, CB125, CB175, CB100, dua buah C90, Charlie, 50 Supercub, C70 dan C60.

Ketika Bernama sampai, kesemua motosikal klasik itu diletakkan secara berbaris manakala seorang anaknya yang mempunyai minat yang sama, Amier Shahmi Haziq, 14, sedang menggosok salah sebuah motosikal berkenaan.

"Bukan senang untuk mendapatkan motosikal ini lagi. Ada yang saya beli berharga lebih RM4,000 sebuah dan kemudiannya dihantar ke bengkel untuk baik pulih sebelum boleh digunakan," katanya.

Beliau berkata masalah utama adalah mendapatkan komponen alat ganti motosikal berkenaan yang terpaksa diperolehi dari beberapa buah kedai alat ganti terpakai kerana sukar diperolehi ketika ini.

Menurutnya kesemua motosikal itu akan digunakan secara bersilih ganti untuk ke sekolah pada setiap hari sambil mengakui motosikalnya itu sering menjadi perhatian bukan sahaja di jalan raya tetapi kepada guru dan anak-anak muridnya.

"Saya sering ditanya peminat motosikal itu ketika di jalan raya apabila mereka sempat menunjukkan isyarat bagus dan berteriak bertanyakan harga jika mahu dijual," katanya sambil ketawa.

Beliau bagaimanapun tidak berhajat untuk menjual semua motosikal kesayangannya itu dan berharap anaknya Amier Shahmi Haziq dapat menyambung menjaga motosikal berkenaan.

Ketika ditanya sejak bila minatnya terhadap motosikal berkenaan berputik, Shaidi berkata ia bermula sewaktu arwah bapanya, Mohammad Mat memiliki motosikal Honda Benly buatan 1962 yang kemudiannya mewarisi motosikal berkenaan.

"Saya kini sedang mencari lagi beberapa buah motosikal Honda klasik ini sebagai koleksi dan berharap ia menjadi kenyataan sebelum saya pencen nanti," katanya.

Amier Shahmi Haziq pula berharap akan mewarisi minat bapanya mengumpul motosikal berkenaan.

"Kalau generasi muda bangga tunggang motosikal baru tetapi saya bangga memiliki dan tunggang motosikal lama ini," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Isnin, 14 Ogos 2017 12:30 PM

“Mira Filzah Lemah Lembut” - Zizan Razak

Kolumnis

iklan

Iklan