Artis Malaysia Cipta Potret Pasangan Diraja Britain Dengan 77,000 Pin

Diterbitkan: Rabu, 20 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Nason Ponniah menunjukkan potret Putera William bersama pasangannya Kate Middleton yang dihasilkannya menggunakan jarum peniti atau 'nickel plated pins'. - Foto BERNAMA
Nason Ponniah menunjukkan potret Putera William bersama pasangannya Kate Middleton yang dihasilkannya menggunakan jarum peniti atau 'nickel plated pins'. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Seorang artis Malaysia tidak mahu ketinggalan untuk menghasilkan sesuatu yang unik sempena perkahwinan diraja Britain pada 29 April ini antara Putera William dengan tunangnya Kate Middleton.

Dengan bakat istimewanya, Nason Ponniah, 56, telah menghasilkan potret kedua-dua pasangan itu menerusi 77,000 pin bersalut nikel yang berukuran 1.05 meter x 1.40 meter.

"Saya mahu melakukan sesuatu mengenai perkahwinan yang bakal menjelma. Setiap orang bercakap mengenainya. Ia seperti hadiah. Saya percaya saya seorang yang melakukan seperti ini (menghasilkan potret dari pin)," kata ejen hartanah ini kepada Bernama.

Nason berkata dengan menghasilkan potret itu, beliau juga mahu menjadikan Malaysia terkenal dari hasil karya yang unik seperti itu.

Beliau sangat-sangat berharap agar karyanya itu dapat dihantar ke Istana Buckingham.

"Jika ada cara saya boleh menghantarnya ke Istana Buckingham, saya akan lakukannya. Saya berfikir untuk meminta bantuan Datuk Jimmy Choo (pereka kasut terkenal yang berasal dari Malaysia).

"Atau saya boleh letak di Suruhanjaya Tinggi British atau British Council di mana orang boleh melihatnya," kata beliau yang juga akan mempertimbangkan sekiranya terdapat badan korporat yang mahu membeli hasil seni tersebut.

Sehingga kini Nason telah mencipta ratusan hasil seni dari pin termasuk wajah perdana menteri Datuk Seri Najb Tun Razak, bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, presiden Amerika Syarikat Barack Obama dan bangunan seperti Kuala Lumpur City Centre.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan