Kesedaran Kandungan Gula Kepada Nutrisi Anak-Anak

Diterbitkan: Isnin, 18 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANDUNGAN gula yang melebihi daripada had yang sesuai diberikan kepada anak-anak mampu mengundang pelbagai penyakit merbahaya termasuk obesiti, kerosakan gigi dan diebetes.

Ramai di kalangan ibu bapa mungkin tidak sedar tentang kandungan makanan yang diberikan kepada anak-anak lebih-lebih lagi apabila mereka bebas untuk memilih makanan yang digemari.

Kajian Morbiditi & Kesihatan Kebangsaan ketiga (NHMS III) pada tahun 2006 kepada 21,249 kanak-kanak menunjukkan 5.4 peratus kanak-kanak yang mengalami obesiti di mana 6.8 peratus berusia 7 hingga 9 tahun manakala 6.4 peratus berusia 4 hingga 6 tahun.

Menurut Perunding Pemakanan, Indra Balaratnam, penting kepada ibu bapa dalam memastikan nutrisi makanan yang sihat kepada anak-anak untuk memberikan tenaga, perkembangan fizikal dan pembangunan mental.

Seperti yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, setiap kanak-kanak berusia antara 2 hingga 8 tahun disarankan untuk mengambil gula kurang dari lima hingga enam sudu teh setiap hari manakala dewasa adalah kurang dari 10 sudu teh.

Bagaimanapun, rakyat Malaysia pada zaman sekarang ada yang mengambil gula sehingga 24 sudu teh.

“Ibu dan bapa perlu menitik beratkan tentang amalan pemakanan anak-anak kerana apa yang akan berlaku kepada mereka jika pengambilan gula melebihi daripada kadar yang disarankan.

“Mereka perlu berhati-hati dengan kebanyakan produk makanan dan minuman yang mengandungi gula tambahan. Caranya adalah dengan membaca senarai kandungan yang terdapat pada bungkusan.

“Gula tambahan merangkumi fruktosa, glukosa, sukrosa, sirap jagung, sirap glukosa, madu, gula perang, gula melaka, sirap hitam dan molases.

“Perlu diingatkan bahawa 5 gram gula bersamaan dengan satu sudu teh,” ujarnya semasa pelancaran susu Anmum Essential Tanpa Gula Tambahan baru-baru ini.

Indra turut berkongsi tentang kandungan gula tambahan yang didapati dalam makanan popular di kalangan kanak-kanak di mana setiap biji donut mengandungi lima sudu teh gula, setengah cawan agar-agar (4 sudu teh), dua mufin (8 susu teh), kuih-muih (1-5 sudu teh), secawan bijirin (5 susu teh), empat biskut berkrim (3 sudu teh) dan aiskrim (4 sudu teh).

Sementara gula tambahan dalam minuman popular di kalangan kanak-kanak pula adalah setin minuman berkarbonat (8 sudu teh), segelas minuman bercoklat (6 sudu teh) dan segelas kordial (5 sudu teh).

“Jadi, saya menggalakkan kepada ibu bapa agar meningkatkan nutrisi anak-anak dengan memberikan contoh yang baik kepada mereka dengan menghidangkan makanan berkhasiat dan terangkan kepada mereka tentang kebaikan makanan yang sihat.

“Ibu bapa perlu bijak ketika memasak di rumah dan membeli makanan di luar. Jika membeli di luar, mereka perlu mengurangkan makanan yang diproses dan berhati-hati dengan gula tambahan tersembunyi dalam minuman dan makanan yang dibeli.

“Percayalah, ibu bapa memainkan peranan yang penting untuk mempengaruhi corak pemakanan yang sihat kepada anak-anak,” akhirinya.

Sebagai menyokong Kempen Kurangkan Gula yang diterajui oleh Kementerian Kesihatan, Fonterra Brands Malaysia memperkenalkan Anmum Essential Tanpa Gula Tambahan di mana produk tersebut menjadi susu untuk membesar yang tidak mengandungi gula tambahan di pasaran.

Bagi membantu ibu bapa memahami lebih lanjut tentang susu tepung untuk membesar, kini terdapat laman sesawang pendidikan baru iaitu www.semakgula.com.my.

Laman sesawang ini menyediakan maklumat lanjut untuk ibu bapa mengetahui cara membaca kandungan label, mengenal pasti gula tambahan, mempelajari tentang pengambilan gula yang disyorkan dan tip untuk mengurangkan pengambilan gula tambahan di kalangan kanak-kanak yang sedang membesar.

Ia juga menyediakan alat mudah untuk ibu bapa membuat anggaran tahap gula tambahan di dalam susu tepung untuk membesar yang mereka gunakan.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan