Beri Keyakinan Kepada Anak Sindrom Down

Diterbitkan: Isnin, 21 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: "Membantu anak Sindrom Down agar selesa dengan suasana sekeliling mampu membantu meningkatkan daya keyakinan diri mereka".

Itulah nasihat yang diberikan oleh pakar fisioterapi Janice Ng.

(Sindrom Down adalah satu daripada masalah genetik yang dialami kanak-kanak di dunia).

Menurut Ng, kemampuan anak Sindrom Down dari segi pembelajaran, pembesaran serta pemikiran dan kebolehan bertindakbalas adalah kurang berbanding dengan anak normal dan sudah tentu pemahaman umum mereka menjadi rendah hingga menyebabkan mereka perlu bergantung kepada orang lain dari segi mental.

"Dalam aspek ini, satu pendekatan perlu diambil (bagi membantu anak sindrom ini dari tahun-tahun awal umur mereka). Ianya bermula di rumah", kata Ng.

AJAR PERKARA YANG MUDAH

"Disebabkan Sindrom Down adalah masalah genetik, maka anak itu perlu bergantung kepada ahli keluarganya dalam sebahagian besar hidupnya.

"Tetapi ada beberapa aspek yang boleh diperhatikan mengenai Sindrom Down di mana anda boleh mengajar anak ini tentang perkara kecil dan mudah yang menarik perhatiannya dan ini boleh membuat kehidupan mereka tidaklah begitu rumit".

Mengajar anak Sindrom Down adalah sukar tetapi ia bukan sesuatu yang 'mustahil'.

"Ada yang menyatakan mengajar anak yang mengalami masalah ini sukar tetapi kalau tahu caranya, ia akan menjadi lebih senang", kata beliau.

Menurut Ng lagi, anak yang mengalami masalah genetik ini perlu dibawa ke kelas yang ada anak Sindrom Down yang lain untuk membolehkan mereka berinteraksi, seperti anak normal yang lain.

"Ini membantu memberi keyakinan diri dan menjadikan mereka peka kepada suasana sekeliling", kata beliau.

PENAMPILAN

Penampilan adalah satu lagi aspek yang boleh membuatkan anak Sindrom Down berasa 'gembira' atau 'sedih'.

"Sememangnya lumrah psikologi manusia, bila seseorang itu fikir dirinya tidak kelihatan menarik maka beliau akan berasa tidak senang. Sebaliknya jika seseorang fikir yang dirinya 'tampan' atau 'cantik' maka sudah tentu dirinya akan mempunyai keyakinan.

"Oleh itu penekanan perlu ada kepada aspek fizikal anak ini, membuatkan mereka berasa normal seperti anak lain yang normal", tambah beliau.

SUASANA SEKELILING

Suri rumah Devika, yang mempunyai anak Sindrom Down berkata anak yang mengalami masalah genetik ini memerlukan pendekatan khas bagi membuatkan mereka mempunyai suasana pembelajaran yang positif.

"Mereka boleh belajar dan menjadi produktif di sekolah jika diberi suasana sekeliling yang betul serta bahan yang diperlukan.

"Anak Sindrom Down mempunyai keupayaan untuk belajar. Guru perlu ada alat bantuan mengajar yang betul bagi mencapai keputusan yang optimum", kata Devika yang mempunyai anak di kelas khas di sebuah sekolah di sini.

Kini banyak sekolah yang mempunyai kelas khas bagi anak yang mengalami ketidakupayaan pembelajaran. Begitu juga terdapat sekolah khas bagi anak kurang upaya ini. Anak Sindrom Down berupaya untuk belajar tetapi kaedah pengajaran hendaklah berbeza daripada kaedah yang digunakan di sekolah biasa.

PENERIMAAN, PERGAULAN

Sementara itu, antara kaedah yang boleh digunakan bagi membantu pengajaran dan pembelajaran anak Sindrom Down adalah konsep penerimaan' dan 'pergaulan'.

"Ini memberi ruang kepada setiap pelajar, tidak kira umur atau kecekapan mental, untuk berada dalam satu kumpulan dan mereka berasa selesa berinteraksi sesama sendiri. Beri galakan supaya mereka berhubung dan berinteraksi secara positif antara satu sama lain"

Kata beliau, dengan membantu anak Sindrom Down untuk merasa senang dan selesa dengan diri mereka sendiri akan membuatkan mereka mempunyai sikap yang lebih baik dan rasa 'diperlukan'.

"Setiap anak perempuan mahu kelihatan cantik begitu juga dengan anak lelaki yang mahu kelihatan tanpan. Mereka yang mengalami Sindrom Down juga berperasaan begini. Mereka sebenarnya mahu hidup secara normal", kata beliau.

Anak Sindrom Down juga mempunyai masa konsentrasi yang singkat dan mudah hilang tumpuan, perhatian dan senang tertarik dengan benda lain seperti lampu dan cahaya.

Adalah baik jika sesi pembelajaran mereka dipecahkan kepada beberapa bahagian. Mereka perlu diajar secara perlahan dan diberikan masa rihat yang kerap agar dapat fokus terhadap apa yang diajar. Pengajar juga haruslah fleksibel dengan anak seumpama.

Memandangkan anak sindrom mempunyai masalah untuk bertutur dengan jelas, mereka perlu diajar untuk bertutur dengan jelas dan betul. Sementara itu tenaga pengajar juga tidak terkecuali perlu bertutur dengan jelas dan memberi perhatian kepada perkataan dan frasa ang susah disebut.

Pada tahun 1974, satu persidangan di Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika Syarikat membuat ketetapan untuk menyeragamkan nama serta istilah penyakit.

Semenjak itu, masalah genetik ini dikenali sebagai 'Sindrom Down' (Down Syndrome) dan bukannya Down's Syndrome di Amerika Utara. Great Britain dan negara di Eropah mengikuti langkah ini beberapa tahun kemudian. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan