Perahu Pinas Terengganu Pilihan Warga Jerman

Diterbitkan: Sabtu, 1 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Perahu Besar Naga Pelangi II berlabuh di Marina Ri-Yaz Heritage and Spa di Pulau Duyong, Kuala Terengganu, baru-baru ini. - Foto BERNAMA
Perahu Besar Naga Pelangi II berlabuh di Marina Ri-Yaz Heritage and Spa di Pulau Duyong, Kuala Terengganu, baru-baru ini. - Foto BERNAMA

KUALA TERENGGANU: Setelah agak lama, kini muncul lagi sebuah 'Perahu Besar' tradisi jenis Pinas yang dibina oleh pakar pertukangan Melayu di pusat pembinaan bot tradisional di Pulau Duyong.

Perahu besar kepunyaan pelayar Christoph Swoboda, 57, diberi nama Naga Pelangi II dibina oleh Hasni Che Ali, 56, berukuran panjang 95 kaki dan lebar 19 kaki itu mengambil masa hampir enam tahun apabila ia mula dibina pada 2004 dengan harga mencecah RM2 juta.

Perahu besar itu semuanya menggunakan kayu cengal yang kini sukar diperoleh.

Proses membuatnya juga agak rumit, dengan kayu yang akan digunakan perlu dijemur selama kira-kira dua tahun sebelum kerja membinanya dimulakan.

"Ia dibuat begitu teliti, unik dan halus kerana tidak menggunakan paku, tetapi dengan cara pasak untuk mencantumkan antara papan perahu berkenaan.

OBSES DENGAN KEUNIKAN PERAHU PINAS

"Sebab itulah ia memakan masa yang lama untuk disiapkan. Sebab itu jugalah saya sangat tertarik dan obses dengan perahu jenis ini," kata Swoboda yang berasal dari Jerman kepada Bernama di sini.

Beliau ditemui di Pulau Duyong di sini, sebelum memulakan pelayaran sulung Naga Pelangi II ke Langkawi bersama enam rakannya yang terdiri daripada warganegara Switzerland, Norway dan Denmark.

Swoboda berkata, 30 tahun lepas, beliau pernah menempah sebuah perahu besar jenis Bedor di Pulau Duyong dengan tukang yang sama, yang dinamakan Naga Pelangi I untuk mengelilingi dunia.

Beliau yang merupakan seorang pelayar sepenuh masa berkata, Naga Pelangi I dibina dengan kos RM30,000 pada masa itu, telah dijual dan beliau kemudian datang semula ke sini untuk menempah bot Naga Pelangi II.

"Alangkah terkejutnya apabila saya kembali ke Pulau Duyong kerana dulu terdapat kira-kira 30 bengkel membuat bot, tetapi kini hanya tinggal tiga bengkel sahaja lagi," katanya yang sudah mahir berbahasa Melayu dialek Terengganu setelah tinggal lama di Terengganu.

HARGAI SENI WARISAN MELAYU

Katanya pembinaan bot di sini cukup istimewa kerana kehalusan pembuatannya selain menggunakan ciri-ciri tradisional yang tidak banyak menggunakan paku.

"Ruginya jika industri warisan Melayu ini luput ditelan zaman, jika ia tidak diberi perhatian untuk diwarisi generasi akan datang," katanya.

Beliau mengesyorkan pihak berkuasa supaya memberi perhatian khusus dengan melatih belia-belia yang berminat dalam bidang pertukangan bot tradisonal Terengganu.

Naga Pelangi II yang bercirikan tradisi dengan dinding dan pintu bahagian dalam menggunakan papan kembung dari kayu cengal, bagaimanapun ia diadun dengan peralatan canggih seperti menggunakan kuasa solar untuk mendapatkan bekalan elektrik.

Swoboda berkata, walaupun perahu besarnya itu menggunakan layar, ia juga dilengkapi dengan kuasa enjin Volvo dengan 250 kuasa kuda.

PERNAH JADI KOMPONEN PENTING SEKTOR PERDAGANGAN

Naga Pelangi II yang dilengkapi empat bilik tidur selain bilik untuk anak kapal boleh memuatkan sehingga 30 penumpang.

Sementara itu, Hasni berkata sekitar tahun 50-an dan 60-an, perahu besar memainkan peranan penting kepada perdagangan negeri Terengganu.

Beliau berkata, perahu-perahu besar yang digunakan generasi dahulu, belayar hingga ke Thailand dan negara-negara Indochina untuk berdagang.

"Kita dapati perahu besar ketika itu membawa garam dan keperluan lain dari Narathiwat (Thailand) ke Terengganu.

"Bagaimanapun ia mulai terhenti apabila generasi hari ini mula terdedah arus kemodenan dan mereka tidak berminat untuk mengikuti jejak langkah orang dahulu," katanya tanpa dapat menyembunyikan rasa risau dengan keadaan berkenaan.

TARIK MINAT BELIA

Katanya, langkah kerajaan melalui agensi seperti Perbadanan Kraftangan Malaysia (Kraftangan) serta Majlis Amanah Rakyat (Mara) yang kini melatih belia yang berminat dalam bidang itu diharap dapat memberi nafas baru kepada pembuatan kapal dan perahu tradisi di pulau itu.

"Kita harap belia-belia ini yang semuanya dari penduduk Pulau Duyong, mampu menyambung warisan perusahaan ini agar ia tidak luput ditelan zaman," katanya yang mula bekerja sebagai pembuat bot sejak berumur 13 tahun dari tukang-tukang di pulau berkenaan.

Beliau bersama enam pekerja termasuk adik dan anaknya, kini sedang menyiapkan sebuah bot nelayan pukat jerut sejak setahun lepas dengan harga kira-kira RM1 juta dan dijangka siap tahun hadapan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 21 Julai 2017 3:00 PM

Nadzmi Adhwa Bolot Semua 'Job'

Jumaat, 21 Julai 2017 11:09 AM

Lagak Lelaki Ini Seperti…

Jumaat, 21 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: iR Radzi - Cinta Terakhir

Khamis, 20 Julai 2017 3:30 PM

Luahan Ezlynn Beraya Tanpa Zuriat

Khamis, 20 Julai 2017 12:30 PM

Diana Muntah, Mabuk Teruk - Zamarul

Rabu, 19 Julai 2017 5:00 PM

Sauk Jangan Tak Sauk...

Rabu, 19 Julai 2017 3:27 PM

Beraksi 'Ghairah'? OK Je Kalau...

Rabu, 19 Julai 2017 1:20 PM

Ulat Buku Naik Superbike

Kolumnis

iklan

Iklan