TOSHIBA CIPTA SEJARAH DUNIA DENGAN TV 3D TANPA CERMIN MATA

Diterbitkan: Isnin, 29 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Berminat menonton wayang gambar 3D atau program-program di televisyen tanpa perlu lagi memakai cermin mata khas 3D?

Berita gembiranya, Toshiba dari Jepun akan menukarkan impian ini menjadi satu realiti dalam masa beberapa hari sahaja lagi daripada sekarang.

Bermula Disember, Toshiba bakal mencipta sejarah dunia dengan menjadi syarikat pertama memperkenalkan TV 3D tanpa cermin mata khas apabila ia melancarkan televisyen seumpama ini di Jepun.

Naib Presiden Produk Visual Toshiba Corporation Sheigenori Tokumitsu berkata dengan teknologi 3Dnya, syarikat itu berjaya membangunkan "TV 3D Tanpa Cermin Mata" pertama di dunia.

Bercakap di persidangan media antarabangsa mengenai produk televisyen terkini Toshiba itu di sini, hari ini, Tokumitsu juga berkata syarikat tersebut sedang mengkaji kemungkinan memperkenalkan televisyen 3D tanpa cermin mata itu ke pasaran Asean selepas pelancaran perintis di Jepun.

Toshiba juga membangunkan rangkaian televisyen LED dan LCD yang mempunyai keupayaan menyediakan penerimaan lebih jelas walaupun di tempat-tempat yang mempunyai kualiti isyarat siaran lemah, dan beroperasi di kawasan dengan bekalan kuasa yang tidak stabil bagi pasaran Asia.

Tokumitsu berkata televisyen ini dalam siri "Power TV" akan dipasang dengan booster isyarat auto dan disertakan dengan bateri boleh dicaj yang boleh beroperasi sehingga dua jam bagi membantu pengguna di kawasan yang menerima isyarat penerimaan serta bekalan kuasa yang lemah menonton televisyen tanpa sebarang gangguan.

Televisyen-televisyen berkuasa ini akan berada dalam pasaran di kebanyakan negara Asia bermula bulan depan.

Toshiba juga mendedahkan model utama televisyen Cell Regza baharu dengan menyatakan ia diperkenalkan di sini, di Asia, terlebih dahulu sebelum pasaran Amerika Syarikat dan Eropah.

Tokumitsu berkata, Toshiba menyasar mencapai jualan lebih 1.2 juta unit televisyen bagi pasaran Asean pada 2011, yang diterjemahkan menjadi 20 peratus bahagian pasaran.-BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan