suria

HILLARY CLINTON PAMER SIKAP TENANG, YAKIN DAN INTELEK

KUALA LUMPUR: Apabila Hillary Rodham Clinton ditanya apa yang difikirkannya mengenai ulasan bahawa beliau lebih bijak daripada suaminya, bekas Presiden Amerika Bill Clinton, Menteri Luar Amerika itu memberikan jawapan yang meyakinkan tetapi masih berdiplomasi.

"Saya fikir suami saya juga seorang yang bijak yang pernah saya temui dan beliau juga berfikiran sama seperti saya," katanya.

Jawapan beliau diiringi dengan tepukan gemuruh oleh hadirin yang terdiri lebih daripada 500 orang, termasuk pemimpin wanita, ahli akademik dan pelajar, yang dijemput khas dalam "Perbualan Bersama Setiausaha Negara Amerika Hilary Rodham Clinton" selama sejam di Institut Pemikiran Islam dan Ketamadunan (ISTAC) di sini hari ini.

Program itu turut disiarkan secara interaktif di dua pusat perpustakaan di Kuala Lumpur dan di Kuching untuk pelajar universiti mengambil bahagian dalam sesi perbualan itu.

Dalam sesi soal jawab pula beliau kelihatan berterus terang malah beliau juga bercakap mengenai Bill sebagai teman hidup yang menarik selepas mengenalinya selama 39 tahun dan menjadi isterinya selama 35 tahun.

Apa yang menarik perhatian audien ialah jawapan yang intelektual dan sikap tenang dan yakin malahan kepada soalan dan isu-isu paling sukar daripada audien yang menaruh minat yang tinggi ke atas kehidupan peribadi dan juga kerjayanya.

Dengan mengenakan sut biru laut dan cekak rambut, beliau juga bercakap mengenai peranannya sebagai ibu dan terbaru ibu mentua, dan perjalanan yang dilaluinya bersama Bill di sepanjang kawasan hutan simpan alam semula jadi dan menonton wayang di New York apabila ada kesempatan sebagai tambahan kepada isu ekonomi, politik, pelajaran dan dasar luar yang mencabar.

Artikel Lain