Keunikan Inap Desa Kampung Pachitan Tarik Minat Pelancong Australia

Diterbitkan: Isnin, 27 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PORT DICKSON: Keunikan inap desa Kampung Pachitan dekat sini yang terkenal dengan kehidupan masyarakat Jawa dan masakan tradisional seperti 'Nasi Ambang' menarik minat 16 pelancong Australia untuk berada di kampung itu selama tiga hari dua malam sejak Jumaat lepas.

Pelancong Australia itu terdiri daripada dua guru dan 14 pelajar berusia 15 tahun dari Safety Bay Senior High School, Western Ausralia, Perth.

Sambil menginap di kampung itu, mereka juga berpeluang mengalami cara kehidupan dan kebudayaan masyarakat tempatan.

Tinjauan Bernama mendapati mereka turut dibawa merasai sendiri aktiviti seperti menoreh getah, memetik buah kelapa sawit, berkebun dan menjalankan aktiviti bergotong-royong bersama penduduk kampung.

Memandangkan kunjungan pelancong itu masih dalam suasana Hari Raya, inap desa Kampung Pachitan turut menganjurkan majlis jamuan Aidilfitri bagi memeriahkan lagi aktiviti di inap desa itu.

Pelbagai acara menarik seperti bengkel gamelan dan keunikan kebudayaan daripada penduduk inap desa Kampung Pachitan sendiri turut didendang dan dipersembahkan sempena majlis jamuan hari raya itu. Seorang guru sekolah itu, Anna Gow, 53, berkata program itu diatur bagi membolehkan pelajarnya merasai sendiri pengalaman gaya hidup di kampung dan mengikuti setiap aktiviti yang diadakan.

"Inapan desa bukan sahaja setakat penginapan tetapi ia merupakan satu gaya hidup yang tidak dapat diperoleh di mana-mana. Kami akan mengikut penduduk kampung ke kebun getah dan kelapa sawit dan turut mengambil bahagian dalam aktiviti kebudayaan.

"Saya pernah ke inap desa Kampung Pachitan pada tahun lepas dan ekoran tertarik dengan kampung ini, saya mengatur kunjungan ke sini sekali lagi pada tahun ini tetapi kini bersama dengan anak murid saya pula. Saya berharap lebih banyak sekolah di Australia akan mengunjungi inap desa ini pada masa depan," katanya. Beliau berkata selepas kunjungan ke inap desa Kampung Pachitan, rombongannya akan ke Melaka selama tiga hari dan ke Kuala Lumpur termasuk ke Genting Highlands dan santuari gajah Kuala Gandah, Pahang selama lima hari, sebelum berlepas pulang.

Seorang pelajar Bethany Cope Thomas, 15, berkata beliau mendapati pengalaman percutian inap desa itu begitu menarik sekali.

"Ia satu pengalaman baru yang saya rasai, begitu berlainan sekali dengan kehidupan dan suasana di tempat asal saya di Australia," katanya.

Seorang lagi pelajar Kyra Rhodes, 15, berkata banyak perkara baru yang dia alami termasuk menoreh getah dan memetik buah kelapa sawit.

"Lebih menarik lagi saya belajar membuat ketupat dan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan. Ini adalah kali pertama saya ke Malaysia dan merasai sendiri kehidupan masyarakat kampung," katanya.

Jake Cassidy, 15, pula berkata keramahan dan kemesraan yang ditunjukkan penduduk di kampung ini memberikan suasana di mana pengunjung merasakan seperti tinggal dengan keluarga sendiri. –BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan