Berbelanja Besar Demi Kecantikan

Diterbitkan: Jumaat, 2 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Semasa membaca akhbar pembaca pasti tertarik dengan rencana iklan yang menawarkan satu sesi pengurangan berat badan secara percuma dengan pembaca hanya perlu menghantar SMS.

Selepas menerima mesej teks pembaca, pusat pelangsingan dan kecantikan yang berkaitan akan menghubungi pembaca berkenaan untuk mengatur temujanji.

Semasa temujanji ini, seorang perunding kecantikan akan melakukan analisis mengenai rawatan yang perlu, bahagian-bahagian tubuh dengan masalah dan hasil yang pelanggan boleh harapkan pada harga yang ditetapkan walaupun iklan menyatakan siapa yang menghantar 'SMS' akan menikmati satu sesi percuma.

Mereka yang ragu mungkin tidak mendaftar bagi sesi selanjutnya yang dikenakan bayaran tetapi ada juga yang percaya dengan janji-janji yang dibuat dan mungkin mendaftar bagi sesi-sesi pada harga yang dikurangkan.

HARGA DAN JANJI

Baru-baru ini, sebuah pusat pengurusan berat badan melakukan diagnosis ke atas seorang pelanggan yang datang untuk sesi percuma ini dan beliau dicadangkan menjalani 20 sesi untuk mengurangkan ukur lilit badan dan 20 lagi untuk mengurangkan berat badan melalui satu pakej yang lebih murah bernilai RM7,500.

Sebelum potongan harga, program itu bernilai hampir RM21,000. Pengurangan sebanyak 66 peratus dalam harga pastinya menggamit, dan sudah pasti ia begitu menarik.

Mereka dijanjikan pengurangan ukur lilit badan 4-16 inci selepas setiap sesi, bersama pengurangan berat badan dalam jumlah tertentu.

Para pelanggan ditanya akan apa yang mereka mahu selepas berat dan ketinggian mereka diukur dan direkod.

Mereka juga ditanya akan bahagian-bahagian tubuh yang mereka mahu betulkan.

PERBANDINGAN ANTARA PUSAT-PUSAT KECANTIKAN

Di sebuah lagi pusat kecantikan kos bagi 80 sesi ialah RM13,900, dikurangkan daripada RM52,000, jika dikira berdasarkan kepada bilangan sesi.

Program-program mereka adalah lebih kurang sama tetapi pusat ini mengenakan bayaran tambahan bagi 'ampoules' khas, yang mengandungi bendalir molekular untuk menebus masuk liang-liang halus pada kulit yang dijual pada harga RM220 setiap satu.

Ini menjadikan rawatan begitu mahal dan menurut seorang perunding kecantikan , Elise Loh, 'ampoules' ini pasti lebih murah jika dibeli pada temujanji pertama.

"Kita berikan kepada pelanggan kita diskaun lebih baik bagi 'ampoules', iaitu pada harga RM140 setiap satu tetapi mereka mesti dibeli dan dibayar terus semasa temujanji pertama. Kami hanya menerima pelanggan yang membuat bayaran penuh pada lawatan pertama, sama ada melalui kad kredit atau tunai. Kami juga memberikan mereka pilihan untuk menggunakan mesin kad debit ATM, yang terdapat di semua cawangan kami," jelas Elise.

PROGRAM BERLAINAN

Jika diteliti, program-program yang ditawarkan di dua pusat ini bukan sahaja berbeza dalam harga tetapi juga dalam prosedur yang dijalankan.

Di pusat A, sesi melangsingkan badan bermula dengan satu sesi sauna selama 20 minit. Kemudian tuala panas dibalut pada tubuh selepas disapu dengan campuran herba, dan dibenarkan mandi selepas itu.

Bahagian berikut program ini menyaksikan lengan, peha dan perut pelanggan dilapik dengan lapisan getah khas yang memecahkan molekul-molekul lemak bawah kulit. Sebuah alat menghantar isyarat denyut ke bahagian-bahagian sasaran bagi tempoh 45 minit.

Di pusat B pula, tiada sesi sauna, dan setiap sesi rawatan hanya mengambil masa 90 minit untuk siap.

Ia bermula dengan mengekalkan tekanan pada titik-titik spesifik tubuh untuk membolehkan pembakaran lemak dan detoksifikasi.

Kemudian ampoules disapu pada seluruh tubuh bersama lapisan kedua minyak detoksifikasi sebelum masuk ke dalam sut yang mirip pakaian angkawasan yang mengurut seluruh tubuh menggunakan tekanan udara. Cara urut ini menekan dengan sama rata ke semua bahagian tubuh untuk mengeluarkan angin daripada tubuh.

LEMAK DAN KOS

Terapi bakar lemak di pusat-pusat kecantikan ini dibuat menggunakan peralatan canggih yang dikendalikan oleh kakitangan terlatih.

Sebagai contoh, terapi tuala panas dan urut udara mengenakan haba dan tekanan ke seluruh tubuh dan memerlukan penyeliaan baik untuk mengelakkan kesakitan atau stres kepada pelanggan.

Terapi pembakaran lemak dianggap ideal tetapi memandangkan kosnya yang tinggi pelanggan pula mengharapkan keputusan segera.

Rupa bentuk badan yang langsing serta warna kulit menarik merupakan perkiraan penting bagi kaum hawa.

Selain terpaksa berbelanja duit untuk mendapatkan rupa bentuk tubuh idaman, menjaganya sehingga akhir turut memerlukan kesabaran dan keazaman yang tinggi. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan