Pengembaraan Maya Menjadi Realiti

Diterbitkan: Sabtu, 6 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

WARGA Malaysia berpeluang sehingga 4 Mac, untuk menjadikan pengembaraan maya mereka di Australia benar-benar menjadi realiti, dengan menyertai permainan dalam talian 'Ultimate Aussie Road Trip' menerusi www.australianroadtrips.com/game.

Permainan ini dianjurkan Tourism Australia sebagai sebahagian daripada kempen 'Great Australian Journeys' yang bertujuan mempromosi percutian pandu sendiri di Australia

Pengurus Tourism Australia di Malaysia Elaine Leong berkata permainan ini direka untuk menggalakkan pengguna untuk mengalami sendiri pengembaraan di Australia setelah mereka merasainya dalam bentuk maya.

Ia bertujuan menyajikan cara yang menyeronokkan dan menarik, bagi bakal pelancong untuk menerokai 17 laluan kembara melalui jalan raya di Australia, selain memberi simulasi tentang apa yang perlu diambil kira oleh mereka sepanjang pengembaraan sebenar di Australia

Tujuh belas laluan pandu sendiri yang dipromosikan melalui laman perancang kembara ini dan dimasukkan di dalam permainan kembara maya, termasuk laluan yang lazim digunakan seperti perjalanan dari Melbourne ke Adelaide melalui perjalanan 'Great Ocean Road', 'Sydney and Surrounds', 'Queensland's Great Sunshine Way','Great Southern Touring Route'di Victoria dan laluan 'Capital and Country Touring Route' yang merentasi sempadan tiga buah negeri.

PERMAINAN MAYA

Permainan ini membolehkan mereka yang mencubanya untuk memilih sendiri manifestasi pengembaraan mereka seperti jenis kenderaan, teman maya yang akan dibawa serta laluan untuk perjalanan itu.

Objektif permainan ini ialah untuk mendapatkan sebanyak mungkin mata dengan menyelesaikan cabaran mini yang terdapat di dalamnya dengan memastikan pemain seronok merasai pengalaman unik di Australia dari segi pengalaman alam semula jadinya, makanan hinggalah kepada pengembaran di laluan pantai dengan mengambil kira sekali perbelanjaan dan petrol yang digunakan, kata Leong.

"Permainan interaktif ini bertujuan melengkapi fokus maklumat pada bahagian lain laman perancang kembara ini. Malahan, dengan melayari laman utama terlebih dahulu, ia mungkin dapat membantu pemain untuk menyertai permainan ini dengan lebih baik," tambah Leong.

Maggie White, Pengurus Besar bagi Tourism Australia untuk Asia Selatan/Tenggara dan Negara Teluk berkata dengan gabungan jalan raya yang baik dan laluan kembara yang terkemuka, pemandangan pantai dan kawasan pedalaman yang indah, pekan-pekan yang menarik dan kemudahan penginapan berkualiti tinggi, Australia sememangnya destinasi ideal untuk percutian pandu sendiri yang sukar dilupakan.

Bandar-bandar Australia sendiri merupakan destinasi menarik yang menawarkan pelbagai aktiviti tetapi sekiranya ada yang ingin menghayati Australia secara semulajadinya dan menerokai sesuatu yang tidak dijangka, terutama bagi pengunjung yang datang buat kesekian kalinya, kami menggalakkan mereka untuk menerokai wilayah terdekat dengan mengembara sambil memandu sendiri, katanya.

Di antara Jun 2003 hingga Jun tahun lepas, peratusan pelancong dari Malaysia yang menyertai percutian pandu sendiri ke Australia meningkat dari 45 peratus kepada 53 peratus.

"Tourism Australia akan terus melaksanakan projek yang membantu menggalakkan permintaan dan minat dalam perkara ini, agar kecenderungan dan keinginan pengguna untuk mengalami percutian pandu sendiri di Australia dapat di pertingkat," katanya.

TAWARAN UNTUK DIREBUT

Pemain yang mengutip markah tertinggi dalam permainan ini berpeluang memenangi pengembaraan pandu sendiri yang menakjubkan untuk dua orang di Australia bernilai RM10,000.

Markah berpandukan pengiraan jumlah mata dalam permainan yang dicatatkan dalam tempoh enam minggu peraduan, dari Januari. Peraduan ini turut menawarkan hadiah mingguan baucer membeli belah dan aksesori kembara bernilai RM1,200 untuk tiga kutipan markah tertinggi setiap minggu.

Untuk menyokong usaha ini, terdapat juga pelbagai pakej percutian 'Best of Australia Journeys' yang diwujudkan dengan kerjasama beberapa organisasi pelancongan negeri di Australia serta rakan dagang Aussie Specialist.

Aussie Specialist ialah ejen pelancongan yang berkhidmat dengan rangakaian agensi pelancongan yang memiliki kepakaran dalam mempromosi dan memasrkan Australia sebagai destinasi pelancongan.

"Pada masa yang sama, kami juga mempertingkat laman perancang 'Aussie Road Trips' kami yang sedia ada, www.australianroadtrips.com di mana permainan ini boleh didapati dengan menambahkan lebih banyak peta terperinci dan maklumat khusus mengenai pengalaman yang dialami sepanjang kembara itu," katanya.

Tourism Australia dengan kerjasama Lonely Planet dan pelbagai organisasi pelancongan negeri, Australia melancarkan buku panduan 'Great Australian Road Trips Lonely Planet' dan sebuah laman perancang/sumber kembara yang berkaitan pada Mac 2009. Ini memandangkan semakin ramai pelancong dari Malaysia kini memilih percutian pandu sendiri di Australia.

Kemudahan ini direka untuk membantu pengguna merancang pengembaraan mereka di Australia dengan lebih mudah dan pantas. Laman web ini memaparkan carian perjalanan interaktif yang membantu pengguna mengenal pasti laluan yang terbaik untuk mereka, selain memberikan panduan berguna, mencadangkan laluan perjalanan, peta perjalanan, senarai semak, perkhidmatan kiriman risalah dan pautan kepada pakej percutian pandu sendiri, ejen pelancongan dan tempat tinggal. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan