Media Sosial Media Komunikasi Paling Berpengaruh di China

Diterbitkan: Selasa, 15 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

HONG KONG: Perbadanan-perbadanan perlu lebih sofistikated dan yakin dalam penglibatan mereka dengan media sosial yang sedang berkembang pesat di China jika mereka mahu mempengaruhi polisi dan berkembang secara komersil, demikian menurut satu laporan Kertas Putih yang diterbitkan oleh Edelman dan majalah Public Affairs Asia hari ini.

Berdasarkan kepada satu kaji selidik yang dijalankan ke atas para profesional perhubungan awam (PA) dan berikutan satu persidangan meja bulat di Beijing, Kertas Putih tersebut "The Dragon and the Mouse: Social Media and Public Affairs in China" melaporkan bahawa media sosial dianggap sebagai media komunikasi yang paling berpengaruh di China.

Kajian ini juga mendapati bahawa eksekutif PA percaya bahawa blog, papan buletin dan media sosial yang lain akan menjadi semakin penting "kepada syarikat-syarikat mereka" untuk 12 bulan akan datang.

Kertas Putih ini mengemukakan alasan mengapa para pemimpin perniagaan dan pengamal PA peringkat kanan mesti mengambil polisi yang pro-aktif dalam penglibatan dengan penulis blog di China yang seramai 181 juta ini.

Walaupun ia tetap menekankan bahawa ada risiko terhadap perasaan nasionalisme dan sensionalisme ini, laporan ini menyimpulkan bahawa dengan bergerak ke arah strategi ofensif di China akan dapat membantu syarikat-syarikat, NGO dan kerajaan membentuk pendapat, mempengaruhi polisi dan menjamin hasil-hasil perundangan.

Penemuan utama Kertas Putih yang eksklusif ini adalah:

* Majoriti profesional PA (66%) percaya bahawa media sosial adalah perantara yang paling berpengaruh di China.

* Perbadanan-perbadanan multi nasional (MNC) barat di China kekal berhati-hati sebagai akibat daripada ketidakupayaan mereka mengawal mesej-mesej dalam media sosial.

* Majoriti mereka yang telah membangunkan strategi perhubungan awam dan media sosial masih belum dapat menilai impaknya.

* Bergerak daripada strategi PA dan media sosial yang bersifat defensif kepada yang bersifat ofensif adalah cabaran utama yang dihadapi oleh MNC, perusahaan yang dimiliki oleh kerajaan (SOE) dan perbadanan-perbadanan China.

Memberikan komen beliau terhadap laporan tersebut, Presiden Edelman Asia Pasifik, Alan VanderMolen berkata, "Ketika China berusaha mengimbangi menjadi sebuah kuasa global pada masa yang sama menangani gesaan-gesaan rakyatnya untuk menyertai dialog yang telus ke atas polisi, implikasinya ke atas perniagaan domestik dan luar negara, ke atas media domestik dan luar negara dan terhadap kerajaan itu sendiri adalah sangat meluas."

Craig Hoy, Pengarah Eksekutif Public Affairs Asia, menambah: "Media sosial juga menyedari bahawa para profesional perhubungan awam banyak kekurangan."

"Cabarannya adalah untuk bergerak daripada strategi yang bersifat defensif kepada yang bersifat ofensif, pada masa yang sama mengekalkan kawalan ke atas mesej dalam usaha mendapatkan hasil-hasil polisi, legislatif dan perundangan yang diinginkan," kata beliau lagi.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan