suria

Bahasa yang difahami dan dihargai semua

KERAJAAN mengisytiharkan Oktober sebagai Bulan Bahasa Kebangsaan untuk meningkatkan kesedaran pentingnya Bahasa Kebangsaan sebagai alat memupuk perpaduan.

Bahasa Malaysia terkenal sebagai bahasa yang mudah difahami dan dihargai semua.

Pelancong asing sepatutnya dengan mudah dapat bertutur bahasa Kebangsaan Malaysia," kata sukarelawan American Peace Corps Frank Healey kepada Bernama di sini barubaru ini.

Beliau berkata terdapat beberapa faktor yang turut membantu memudahkan Bahasa Malaysia dipelajari termasuk dari segi fonetik, ejaan dan nahu yang tidak rumit.

"Satu sebab yang utama, Bahasa Malaysia ditulis dalam bentuk ejaan rumi dan ini menyenangkan mereka dari negara yang berbahasa Inggeris seperti United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia dan New Zealand bertutur dalam bahasa itu", katanya.

Ramai juga dari kalangan ekspatriat asing di negara ini sudah pandai bertutur dalam Bahasa Malaysia, walaupun secara ringkas tapi cukup untuk difahami oleh orang yang mendengarnya.

Itulah pengalaman pemandu teksi Abu Bakar Ibrahim.

"Saya ada ambil ramai penumpang 'Mat Salleh' dan mereka pandai bertutur Bahasa Malaysia yang mudah," kata beliau.

FAHAMAN ASAS

"Warga Bangladesh dan India yang bekerja dalam sektor pekhidmatan di Malaysia pun pandai bertutur Bahasa Malaysia walapun sebutan dan penggunaannya tidak berapa tepat," kata ahli fisioterapi wanita dari Filipina, Joey Dalisay.

Menurut Dalisay, orang asing boleh bertutur Bahasa Malaysia dengan agak baik apabila beliau dapat menguasai perkataanperkataan yang asas serta faham tentang penggunaan nahu.

Pensyarah linguistik Abdul Rasheed Abd Rahman berkata Bahasa Melayu (Bahasa Malaysia) ialah bahasa yang terbesar di Asia Tenggara dan antara yang paling meluas penggunaannya di Asia.

Negara yang menggunakan bahasa itu ialah Malaysia, Singapura, Indonesia, Brunei, Selatan Thailand, Timur Leste dan beberapa kawasan di selatan Filipina.

"Bahasa ini diterima kerana mudah sebutannya dan senang untuk dikuasai apatah lagi kepentinganya dari segi impak kebudayaan dan sosial".

Kata Abdul Rasheed, Bahasa Malaysia mempunyai beberapa perkataan yang dipinjam dari bahasa lain seperti bahasa Inggeris, Arab, Sanskrit, Tamil, Parsi, Portugis, Belanda dan beberapa loghat Cina.

Dalam negara ini, Bahasa Malaysia ialah bahasa untuk semua, kata Abdul Rasheed. "Ia bahasa 1Malaysia, seperti yang dinginkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak", tambah beliau.

APA KATA ORANG MUDA?

Bila ditanya apa perasaan beliau ketika bertutur dalam Bahasa Malaysia dengan rakanrakan dari kaum lain, mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) Muhamad Zul Azraii Zulkiple berkata:

"Saya tak pernah rasa rendah diri bila berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia. Bahkan saya berasa bangga kerana bahasa itu mencerminkan asal-usul saya. Rakanrakan bukan Melayu pun memang fasih dalam Bahasa Malaysia," katanya.

Bagi Muhamad Zul Azraii, tiada asas untuk mengatakan sebagai 'tidak mengancam' bila berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia.

Semua kementerian, kerajaan negeri dan agensi kerajaan telah diarah untuk melaksanakan program Bulan Bahasa Kebangsaan sepanjang bulan Oktober tahun depan bertujuan meningkatkan kesedaran dalam kalangan rakyat akan pentingnya Bahasa Kebangsaan sebagai alat memupuk perpaduan serta bahasa komunikasi.

PEGUAM

Menurut laporan berita, hampir 80 peratus daripada 13,000 peguam di negara ini kini menggunakan Bahasa Malaysia ketika mengendalikan kes di mahkamah.

Dalam laporan itu, Pengerusi Jawatankuasa Bahasa Melayu Majlis Peguam Malaysia, Muhammad Hasif Hassan berkata penggunaan bahasa kebangsaan meningkat sejak lima tahun kebelakangan ini walaupun peguam menghadapi kesukaran dari sudut istilah, tatabahasa dan terjemahan.

"Penterjemahan sedikit sukar apabila istilah, tatabahasa dan laras bahasa undangundang berbeza dengan bahasa seharian yang biasa digunakan. Bagaimanapun kami yakin dapat menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya tidak lama lagi", beliau dilaporkan berkata.

Katanya walaupun kebanyakan peguam mengikuti pengajian mereka dalam bahasa Inggeris tetapi mereka mengambil inisiatif sendiri untuk menggunakan Bahasa Kebangsaan untuk prosiding mahkahmah.

BAHASA UNTUK SEMUA

Pada tahun 2007, Najib yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri mengumumkan bahawa Kabinet membuat keputusan menukar istilah Bahasa Melayu kepada Bahasa Malaysia bagi menunjukkan bahasa itu milik semua kaum.

Menurut Najib, kerajaan sedar Bahasa Kebangsaan merujuk kepada Bahasa Melayu tetapi mahu menjadikannya sebagai bahasa untuk semua rakyat tanpa mengira lapisan masyarakat dan keturunan etnik.

"Pandangan kita (kerajaan) ialah supaya Bahasa Kebangsaan jadi milik semua.

"Kalau kita anggap ia sebagai Bahasa Malaysia, bahasa itu adalah milik kita semua. Itulah rasionalnya... untuk tujuan perpaduan, penggunaan, integriti dan bersatu hati," Najib dilaporkan berkata.

Langkah Kabinet menukar Bahasa Melayu kepada Bahasa Malaysia dua tahun dahulu juga selari dengan konsep gagasan 1Malaysia.

APA KATA RAKYAT BIASA?

"Jika semua rakyat Malaysia menggunakan Bahasa Malaysia dalam semua rutin harian mereka, dapatlah disemai perasaan jati diri dalam diri kita semua tidak kira apa bangsa dan asalusul", kata Jamiliah Othman, seorang jururawat.

Pusatpusat pengajian tinggi negara telah menggunakan Bahasa Malaysia sepenuhnya dalam kursus profesional seperti perubatan, pergigian, kejuruteraan dan seni bina sejak awal tahun 1980an.

Istilah Bahasa Malaysia diperkenal oleh Perdana Menteri yang pertama, Tunku Abdul Rahman Putra AlHaj, kerana ia mencerminkan identiti Malaysia.

BAHASA 'NEUTRAL"

Ramai menganggap Bahasa Malaysia sebagai bahasa yang 'neutral' dan tidak terikat kepada sebarang kumpulan etnik.

Bagaimanapun kata seorang pensyarah kanan Universiti Malaya (UM), yang enggan dikenali, memandangkan Bahasa Malaysia asalnya daripada Bahasa Melayu, maka tidak dapat dielakkan daripada dikaitkan dengan masyarakat Melayu.

"Rakyat Malaysia telah menerima Bahasa Balaysia sebagai bahasa kebangsaan dan Bahasa Malaysia bukan lagi hak eksklusif orang Melayu, tetapi oleh semua rakyat di negara ini sesuai dengan apa yang dimahukan dengan konsep 1Malaysia", kata beliau.

Seperti kata seorang rakan penulis, Wee Tean Swee yang berasal dari Kelantan, beliau menggunakan Bahasa Malaysia dalam pertuturan dengan rakanrakan sejak dari sekolah rendah lagi.

"Di rumah pun, saya akan bertutur dengan ibu bapa serta adikberadik dengan menggunakan bahasa kebangsaan," katanya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Makanan halal bagi kucing?

Artikel Lain