suria

Cerita Andalusia raih Anugerah IPCC 2009

USAHA Murni...Pensyarah KUIS Md Rizal Md Yusof (kanan) dan Ustaz Rosli Mokhtar, bergabung tenaga menghasilkan komik interaktif tentang Andalusia bertajuk 'Salvation' yang telah memenangi anugerah tertinggi bagi kategori Komik Interaktif Digital Cabaran Hak Intelektual MSC Malaysia 2009 (IPTC 2009) baru-baru ini. Foto oleh MOHD AZHAR IBRAHIM
USAHA Murni...Pensyarah KUIS Md Rizal Md Yusof (kanan) dan Ustaz Rosli Mokhtar, bergabung tenaga menghasilkan komik interaktif tentang Andalusia bertajuk 'Salvation' yang telah memenangi anugerah tertinggi bagi kategori Komik Interaktif Digital Cabaran Hak Intelektual MSC Malaysia 2009 (IPTC 2009) baru-baru ini. Foto oleh MOHD AZHAR IBRAHIM
USAHA Murni...Pensyarah KUIS Md Rizal Md Yusof (kanan) dan Ustaz Rosli Mokhtar, bergabung tenaga menghasilkan komik interaktif tentang Andalusia bertajuk 'Salvation' yang telah memenangi anugerah tertinggi bagi kategori Komik Interaktif Digital Cabaran Hak Intelektual MSC Malaysia 2009 (IPTC 2009) baru-baru ini. Foto oleh MOHD AZHAR IBRAHIM

DUA pensyarah dari Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) meraih hadiah lumayan apabila menghasilkan sebuah novel komik interaktif bertajuk 'Salvation'.

Md Ridzal Md Yusof dari fakulti Sains Maklumat dan Teknologi dan Ustaz Rosli Mokhtar dari Akademi Pengajian Islam menerima satu daripada 10 anugerah tertinggi bagi kategori Komik Interaktif Digital Cabaran Hak Intelektual MSC Malaysia 2009 (IPTC 2009), yang berakhir baru-baru ini.

Siri IPCC tahunan itu bertujuan bagi mencungkil dan mempertingkatkan keupayaan bakat tempatan dalam pembangunan hak intelektual (IP) yang baru di samping membantu pertumbuhan industri multimedia kreatif di bawah MSC Malaysia Creative Multimedia Content Initiative (M-CMCI).

Pertandingan itu, yang dimulakan pada 2006, merangkumi empat jenis kreatif multimedia yang antaranya animasi, permainan komputer kasual, komik interaktif digital dan permainan mobil.

Md Ridzal, yang merupakan artis grafik dalam industri animasi sebelum dilantik ke jawatan sekarang di KUIS sejak 2005, memilih untuk menumpukan kepada sejarah ketamadunan Islam di Eropah di IPTC 2009 kerana subjek berkenaan menarik minat ramai di kalangan anggota akademik terutama di Timur Tengah.

KETAMADUNAN LEPAS DAN SUMBANGAN KEPADA MASYARAKAT

"Saya mencari tema yang boleh mengetengahkan sumbangan oleh masyarakat Islam yang lepas. Pada mulanya, saya mahu memberi tumpuan kepada kepahlawanan Kurdis Sultan Salahuddin Ayubi (Saladin), yang membuktikan lebih hebat daripada perang Salib. Tetapi selepas mendapati bahawa satu siri animasi TV bertajuk 'Saladin' telahpun dihasilkan oleh MDeC dan Rangkaian Kanak-Kanak Al-Jazeera, saya mengalihkan hasrat saya kepada sejarah Islam di Sepanyol," Ridzal memberitahu Bernama dalam temubual baru-baru ini.

"Saya bernasib baik kerana mendapat bantuan daripada rakan sejawatan iaitu Ustaz Rosli, yang menjalankan penyelidikan rapi mengenai Andalusia, yang amat diperlukan sebagai penasihat saya dari segi pengetahuan dan isi kandungan," tambah beliau.

Ustaz Rosli telah menulis sebuah buku bertajuk 'Kerajaan Islam Sepanyol' dan dalam proses menerbitkan buku keduanya bertajuk 'Ilmuan Islam Andalusia'.

"Cerita mengenai Al-Andalus adalah sejarah yang menakjubkan mengenai bagaimana sebuah negara di Eropah yang diperintah oleh orang Islam pernah dianggap sebagai sebuah pusat utama ketamadunan ketika itu," kata Ustaz Rosli.

"Pembangunan, pertumbuhan dan sumbangan orang Islam Sepanyol tidak banyak berbeza daripada Amerika moden dan kehadiran dan pengaruhnya dalam dunia hari ini," jelas beliau.

Bagaimana Islam diusir dari Sepanyol menjadi satu topik kajian oleh sejarahwan dan cendiakawan Islam.

KEGEMILANGAN AL-ANDALUS

Pada 711, Tariq ibn Ziyad mengetuai satu pasukan kecil tentera Islam dari Afrika Utara menyeberangi Selat Gibraltar untuk memasuki Semenanjung Iberia yang seterusnya menewaskan Raja Roderic dari Sepanyol.

Orang Islam menamakan tanah yang dijajahi mereka itu sebagai Al-Andalus, yang bermaksud 'Tanah Pelaku Musnah', merujuk kepada penduduk penghuninya Germanic Visigoth.

Andalusia, seperti nama panggilannya, adalah bandaraya kosmopolitan yang pertama dalam sejarah di mana orang Islam, Kristian dan Yahudi hidup rukun damai di antara satu sama lain.

Cordoba menarik perhatian para cendiakawan, saintis, pedagang, penyair dari segenap lapisan etnik dan latar belakang agama. Pastinya, ia menjadi tempat bermulanya pembelajaran dan pengetahuan.

"Para intelek agung seperti Ibn Rushd (Averroes), Ibn Sina (Avicenna), Ibn Zuhr (Avenzoar), Al-Khwarizmi (Algorizm) dan Al-Razi (Razes) adalah antara nama orang Islam yang mendapat pendidikan di Al-Andalus," kata Ustaz Rosli.

Dalam tempoh 700 tahun mereka berada di Eropah, orang Islam di Al-Andalus melahirkan satu ketamadunan yang agung melepasi dan lebih maju daripada Eropah ketika itu.

"Ia adalah satu ketamadunan yang membentuk asas bagi Zaman Pembaharuan Eropah Abad ke-16. Masih banyak pengaruh kebudayaan dan intelektual yang diikuti kita hingga hari ini," tambah Ustaz Rosli.

JATUHNYA ISLAM SEPANYOL

Malangnya, seperti Yunani dan Roman yang mendahului mereka, orang Islam Al-Andalus tumpas kepada keruntuhan moral dan menyimpang daripada semangat dan intelektual yang telah menjadikan mereka satu bangsa yang agung.

Tenggelam dalam kemakmuran dan kekayaan, mereka menjadi perasuah dan malahan lebih kebendaan.

Oleh itu kejatuhan pemerintahan Islam di Sepanyol adalah bukan sahaja oleh kekuatan penakluk Kristian, malahan ketidak harmonian di kalangan orang Islam itu sendiri.

Perselisihan dalaman dalam struktur kuasa menyebabkan orang Islam membentuk pasukan mini bersekutu dan bergaduh di kalangan mereka. Akhirnya, Khalifah Islam berpecah-belah kepada kerajaan yang kecil dinamai taifa, yang setiap satunya diperintah oleh seorang amir.

Orang Arab, Berber dan Slav terjerumus dalam kemelut konflik yang tiada kesudahannya ke atas jajahan yang mereka sendiri secara bersama musnahkan.

Namun akhirnya orang Islam kehilangan semua kuasa di Sepanyol pada 1492.

Menjelang 1502 pemerintah Katholik mengeluarkan arahan agar semua orang Islam memeluk agama Khatolik, dan apabila ini tidak tercapai mereka melaksanakan paksaan ke atas semua orang Islam Sepanyol yang masih ada.

Kehadiran orang Islam akhirnya terhapus di Sepanyol pada 1609 apabila Maharaja Sepanyol memerintahkan pengusiran semua orang Islam.

ISLAM SEPANYOL PADA MASA SEKARANG

Pada masa sekarang kebanyakan orang Sepanyol menganggap orang Islam Andalusia hanya sebagai 'penyerang dan perampas'.

Warisan orang Islam Sepanyol diperkecil-kecilkan sehingga berabad-abad, dan hanya mulai dihargai selepas kematian diktator Francisco Franco pada 1975.

Setahun kemudian, lima lelaki muda memeluk Islam menerusi pendakwah Islam Sheikh Dr AbdalQadir as-Sufi, dan Islam kembali semula di bandaraya Cordoba. Mereka mewakili kumpulan pertama orang Sepanyol yang memeluk Islam sejak zaman Al-Andalus.

Pada 1989, Islam dengan rasminya diterima sebagai satu agama di Sepanyol.

Menurut Ustaz Rosli, pada 1991, kerajaan Sepanyol menyambut ulangtahun ke-1,000 pemerintahan Abdul Rahman III yang digelar al-Nasir dan sebagai pemerintah agung Sepanyol.

PERLU LEBIH BANYAK PENYELIDIKAN

Suatu yang patut diberi perhatian ialah semasa tempoh kemerosotan Islam di Sepanyol hampir keseluruhan dunia yang bertamadun diperintah oleh orang Islam.

Pemerintahan Osmaniyah memerintah keseluruhan Semenanjung Balkan, Marmeluk yang agung memerintah Mesir, pemerintahan Abassiyah di Parsi dan Mogul di India.

Namun Islam tetap terhapus dari Sepanyol dan tidak satu pun daripada tentera Islam yang agung berkenaan berbuat sesuatu untuk melindungi saudara Islam mereka di Sepanyol.

"Orang Islam pada mulanya wujud di Al-Andalus kerana mereka menganggap diri mereka sebagai orang Islam dan tidak berbelah-bahagi oleh isu kaum, kefahaman atau kewarganegaraan.

"Tetapi apabila kuasa kerajaan dan pergerakan agama menolak kerumitan dan mahukan kebudayaan yang satu dan pandangan agama yang tertumpu, barulah masyarakat bersedih dengan kehilangan yang besar kepada semua orang," kata Ustaz Rosli.

Sejarah Islam di Sepanyol membuktikan bahawa apabila kepelbagaian agama disesuaikan dalam satu sistem sosial dan politik, masyarakat dapat dengan jayanya menangani masalah dan ketegangan yang mungkin berlaku, untuk faedah semua.

Rizal mempunyai sehingga Mac depan untuk menyiapkan komik interaktif beliau.

"Seeloknya, kedua-dua kami perlu pergi ke Sepanyol untuk merasai suasana sebelum memulakan sebarang kerja studio," kata Rizal.

Beliau mempunyai satu cerita agung untuk diceritakan, yang memerlukan lebih banyak penyelidikan.

Bantuan geran RM20,000 kerana memenangi IPCC 2009 boleh menampung hanya beberapa kos sahaja tetapi yang pasti beliau memerlukan kewangan yang lebih daripada itu.

"Orang Islam masa kini perlu mengambil iktibar daripada apa yang berlaku di Al-Andalus jika mereka menerima nasib yang sama," Ustaz Rosli mengakhiri perbualan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain