'Kuih bulan Pes Kurma' sempena Pesta Tanglung dan Aidilfitri

Diterbitkan: Selasa, 22 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sejajar dengan konsep 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, seorang pengusaha kuih bulan tempatan memperkenalkan "kuih bulan pes kurma" yang memenuhi keperluan semua kaum sempena Pesta Tanglung dan Hari Raya Aidilfitri.

Kong Tong Wah, 70, pengusaha kuih bulan di Kampung Attap di sini, berhasrat memperkenalkan kuih bulan kepada semua kaum supaya masyarakat negara ini, terutamanya umat Islam dapat berkongsi keceriaan dan menikmati kuih bulan bersama rakan-rakan mereka daripada kaum Cina.

Kong berkata kuih bulan pes kurma yang dihasilkannya itu bertujuan menarik perhatian kaum lain terutamanya masyarakat Melayu untuk mencubanya.

"Kita tinggal di negara yang berbilang kaum, haruslah berkongsi budaya kita dengan semua kaum. Saya berpendapat dengan menggunakan inti kurma yang digemari umat Islam, kuih bulan tersebut dapat diterima oleh masyarakat Melayu," katanya.

Kong, yang mula mempelajari seni pembuatan kuih bulan sejak berusia 12 tahun, berkata kebanyakan kuih bulan di pasaran ditanggung halal kerana minyak sayuran digunakan bagi menggantikan lemak haiwan manakala sesetengah pengusaha turut menukarkan inti ham kepada ayam salai.

Katanya golongan bukan Islam juga berpeluang menikmati manfaat kurma daripada kuih bulan tersebut memandangkan kurma merupakan pemanis mulut yang berzat tinggi dan dikatakan dapat membawa keceriaan.

Walaupun Kong tidak mempromosi kuih bulan pes kurma itu secara besar-besaran ia hanya ditawarkan kepada pelanggan atau kawan lama namun kuih tersebut menerima sambutan yang baik.

Beliau berkata kuih bulan juga melambangkan kesepakatan dan perpaduan, kerana bentuknya yang bulat.

Saban tahun, Kong cuba mencipta jenis kuih bulan yang baru dan ciptaan inovatifnya itu mendapat pengiktirafan serta berjaya dicatatkan dalam "Buku Rekod Dunia Guinness" sebanyak dua kali, iaitu untuk kuih bulan tertinggi dan terbesar.

Beliau juga menghasilkan pelbagai jenis kuih bulan menggunakan inti daripada buahbuahan tempatan seperti kuih bulan berintikan durian, cempedak, ubi, kelapa dan pandan.

Kuih bulan pandan ciptaannya malah mendapat tempat di hati pelancong dari Hong Kong. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan