Ingin lupakan penyakit Alzheimer?

Diterbitkan: Isnin, 21 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PRESIDEN Amerika Syarikat ke-40 Ronald Reagan, penulis dari England Iris Murdoch, peninju Amerika Sugar Ray Robinson dan legenda filem Melayu Ahmad Mahmud, ialah antara personaliti tersohor yang kita kenang kerana sumbangan dan jasa mereka.

Tetapi mereka sendiri begitu susah untuk kembali kepada kenangan mereka.

Walaupun daripada bangsa, jantina dan latar belakang sosial yang berbeza, kesemua legenda ini malangnya berkongsi satu penyakit yang memeritkan Alzheimer.

Penyakit Alzheimer atau juga AD merupakan penyakit yang berpunca daripada kerosakan progresif sel saraf otak menyebabkan kehilangan fungsi mental secara perlahan dan merupakan sebab utama terjadinya dementia, iaitu lebih 60 peratus daripada semua kes dementia yang dilaporkan.

(Dementia ialah kehilangan fungsi intelektual seperti ingatan, konsentrasi dan juga penilaian. Ia berlaku disebabkan penyakit organik atau penyakit otak).

Tidak seperti penyakit lain, tiada pencegahan atau ubat untuk AD.

SATU KES BARU SETIAP SAAT

Menurut laporan Alzheimer's Disease International (ADI), 4.6 juta kes baru dementia dilaporkan berlaku di seluruh dunia setiap tahun, bersamaan satu kes pada setiap saat.

Terdapat kira-kira 18 juta orang yang mengalami AD ketika ini dan satu daripada 10, ialah mereka yang berumur lebih 65 tahun.

Jumlah kes baru AD di AsiaPasifik dijangka meningkat daripada 4.3 juta kes baru setahun pada 2005 kepada 19.7 juta kes pada 2050.

Di Malaysia, terdapat kira-kira 20,000 orang yang didiagnos mengalami penyakit ini.

Bagaimanapun penyakit ini sebenarnya melibatkan jumlah yang signifikan di mana seramai 60,000 orang dijangka mempunyai masalah ini tanpa diketahui mereka. Antara sebabnya ialah penyakit ini kurang diketahui umum atau biasanya disalah anggap sebagai masalah orang tua.

Menurut ADI, pada tahun 2005 prevalens AD di Malaysia ialah 63 peratus iaitu seramai 1,000 orang dan kadar insiden ialah 20.1. Angka ini dijangka berganda pada tahun 2020 dan pada tahun 2050 prevalensnya dijangka mencecah 453.9 peratus dan kadar insiden pada 138.8 setiap 1,000 orang.

AD TIDAK KENAL SIAPA

Pada sidang akhbar yang dianjurkan Yayasan Penyakit Alzheimer Malaysia (ADFM) dengan kerjasama Novartis Corporation Malaysia baru-baru ini, Ketua Unit Geriatrik Hospital Kuala Lumpur Dr Lee Fatt Soon berkata AD terjadi bila mendapan plak berlaku dalam struktur otak lalu menyebabkan kematian sel otak.

Mereka yang mengalami AD juga kekurangan 'perantara' kimia penting yang terlibat dalam penghantaran mesej di dalam otak.

"Kita tidak dapat menentukan satu faktor spesifik yang menyebabkan AD, ini bermakna ia boleh berlaku pada sesiapa saja. Bagaimanapun, faktor risiko yang dilihat, antara lain, ialah umur di mana insiden AD berganda dua kali setiap lima tahun selepas umur mencecah 60. Hadirnya masalah kognitif dan juga genetik meningkatkan peluang untuk diserang AD.

"Faktor risiko lain ialah diabetis, riwayat tentang adanya dementia, tekanan darah tinggi, angin ahmar, merokok serta kecederaan traumatik kepada otak," kata Dr Lee.

Bagi pesakit AD, tanda awal tentang kehadiran penyakit ini ialah hilang ingatan untuk jangka masa yang singkat, di mana mereka boleh mengingati peristiwa yang telah lama berlaku di sekolah tetapi lupa tentang sarapan yang mereka makan pagi itu.

Seseorang pesakit juga mudah lupa bagaimana untuk ke tempat yang biasa dia pergi dan tersalah letak barang yang biasa baginya. Mereka juga lupa bendabenda yang mudah seperti nama orang yang dikenalinya, nombor telefon yang biasa digunakan atau bulan apakah sekarang.

Menurut Dr Lee, simptom lain ialah pesakit AD suka mengulang sesuatu perkara berkalikali dan berasa janggal, syak serta waspada terhadap sesuatu perkara dan mudah hilang minat terhadap sesuatu yang mereka sukai sebelum ini.

Kata beliau, walaupun AD mempamerkan perubahan personaliti dan tabiat yang sama dengan masalah lain seperti kurangnya 'empathy' dan agitasi, simptom-simptom ini tidak harus disalah tafsir sebagai kemurungan atau angin ahmar.

DIAGNOSA AWAL PENTING

AD datang secara berperingkat dan ia boleh menular secara perlahan ataupun sebaliknya, biasanya dalam masa tiga hingga 10 tahun.

Melewati satu jangka masa, AD menghalang fungsi kognitif dan tabiat seperti keupayaan untuk berbuat perkara yang paling asas antaranya menyarung pakaian, menggosok gigi dan mandi.

Tema bagi Hari Alzheimer Sedunia ialah 'Diagnosing Dementia: See It Sooner' (mendiagnos Dementia: kesanlah segera) menunjukkan betapa pentingnya diagnosa awal.

"AD tidak boleh disembuhkan ketika ini dan kalau ia dapat didiagnos lebih awal, akan memudahkan perancangan dan pengurusan dibuat untuk pesakit serta keluarga mereka.

"Diagnosa awal adalah penting bagi membolehkan penjaga pesakit mencari sumber-sumber sokongan. Kita jangan lupa impak AD terhadap mereka yang menjaga pesakit. Mereka ini akan menghadapi tekanan fizikal, kewangan dan juga emosi dalam memenuhi keperluan dan penjagaan pesakit AD," kata Dr Lee.

Disebabkan tiada ujian secara langsung terhadap AD atau penyebab dementia, Dr Lee menjelaskan bahawa cara mendiagnos masalah itu ialah dengan menolak sebabsebab fizikal atau fisiologi lain yang memberikan simptom yang sama.

Diagnosa boleh didapatkan melalui beberapa pandangan pakar seperti psikiatri, perubatan, atau neurologi untuk memastikan tiada faktor lain yang memberikan simptom AD.

Dengan pemeriksaan fizikal yang lengkap, penilaian juga dijalankan untuk melihat sebarang perubahan memori, fungsi intelektual, keupayaan yang berfungsi serta tabiat atau kelakuan seseorang, untuk menentukan peringkat AD yang dialami pesakit.

"Oleh kerana tiada penawar untuk AD, rawatan ubat ialah untuk memperlahan atau meredakan simptom serta peningkatan penyakit. Terdapat juga terapi yang tidak menggunakan ubat," kata beliau.

KESEDARAN PADA UMUM Pada satu majlis yang serupa untuk Hari Alzheimer Sedunia, penaung ADFM Puan Sri Wendy Ong berkata orang ramai masih perlu diberi maklumat tentang AD.

"Kita perlu semai kesedaran pada umum tentang AD yang merupakan satu isu kesihatan yang serius di mana masih ramai yang menganggap ini ialah masalah orang tua," kata beliau.

Untuk memperingati hari istimewa ini, beliau berkata beberapa acara akan diadakan di seluruh negara seperti forum umum di Pulau Pinang, Johor dan Melaka,'Memory Walk' di Ipoh serta juga pemeriksaan pradiagnostik.

"Sambil itu, kami akan menjelajah seluruh negara untuk kempen mengumpul tandatangan bagi Piagam AD Dunia. Pertubuhan Kesihatan Sedunia masih belum mengiktiraf AD sebagai satu penyakit kritikal dan piagam ini akan memastikan AD serta juga Dementia lain diberikan keutamaan dalam kesihatan dunia," tambah beliau.

Keterangan lanjut mengenai penyakit Alzheimer dan Hari Alzheimer Sedunia 2009 oleh didapati di www.adfm.org.my . BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan