suria

Apabila kebebasan sudah tiada, Hari Raya sudah tidak bermakna

APABILA tiada lagi kebebasan, hidup sudah tidak lagi memberi makna dan keriangan menyambut Aidilfitri juga sudah tidak dirasakan lagi terutama bagi mereka yang berada di dalam tirai besi.

Itulah yang dirasakan oleh seorang banduan yang hanya mahu dikenali sebagai Muhammmad, 59, yang pertama kali menyambut Aidilfitri di dalam penjara tahun ini.

Beliau yang baru dimasukkan ke dalam penjara pada 25 Ogos lepas berkata Aidilfitri tahun ini terlalu sedih untuk dilalui apabila tidak dapat meraikan hari kemenangan itu bersama isteri, anakanak dan ahli keluarga lain.

"Memang sedih untuk dikenangkan, tapi saya cuba tabahkan hati, bersabar dan redha atas apa yang berlaku.

"Tiada siapapun mahu beraya di dalam ni, tapi saya anggap ianya sebagai takdir hidup saya," kataya kepada Bernama selepas rakaman takbir raya bersama Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein barubaru ini.

Pengalaman kali pertama bertakbir di dalam penjara bersama banduan lain katanya membuatkan perasaannya sayu apabila mengenangkan kehidupan keluarga terutama isteri dan lima anaknya.

"Saya tidak ada pengalaman berhari raya dalam penjara, ini pengalaman pertama...tapi saya tidak boleh fikirkan sangat kesedihan itu," katanya yang menjalani hukuman selama 10 tahun penjara atas kesalahan pecah amanah.

Beliau yang mempunyai dua orang cucu memenuhi aktiviti di bulan ramadan dengan bertadarus membaca AlQuran, tazkirah dan membuat sembahyang sunat tarawih.

Katanya kebebasan yang dikecapi di luar sana sangat mudah ditarik sekiranya tidak berhatihati dalam setiap tindakan yang dilakukan.

"Oleh itu perlu sedar keadaan ini dengan menjaga tatatertib dan hanya agama sahaja yang boleh menjadi pendinding kita," katanya.

Berbeza pula pengalaman yang dilalui seorang banduan yang mahu dikenali sebagai Ghani, 57, yang telah menyambut hari raya selama 22 tahun di dalam penjara.

Beliau yang menjalani hukuman hayat berkata hari raya yang dilalui tidak banyak beza sejak 22 tahun lalu.

"Dah lama sangat tinggal di sini, tidak ada bezanya dah.. cuma bila setiap kali bertakbir bersamasama pada pagi raya tu mesti sedih dan nangis," katanya yang menjalani hukuman atas kesalahan mengedar dadah.

Berasal dari Tumpat, Kelantan beliau berharap agar satu hari nanti akan diberikan peluang untuk menyambut aidilfitri bersama tiga orang anaknya sebelum meninggal dunia.

Perkara tersebut disuarakannya ketika berkesempatan bertemu Hishammuddin yang ditulisnya melalui sekeping kertas.

"Saya tak pandai nak cakap, jadi saya tulis dalam kertas apa yang saya rasa dan lalui dengan harapan menteri faham dan kesian pada saya," katanya.

Tindakannya itu turut mengundang rasa sedih Hishammuddin serta tetamu lain ketika beliau menangis sambil memeluk menteri itu.

Ditanya apakah masakan yang paling dirindui sejak 22 tahun lalu ketika hari raya, katanya beliau amat merindui untuk menikmati buah durian dan manisan pengat pulut.

"Kalau makanan lain macam lemang, rendang boleh dapat kat sini (penjara) tapi buah durian tak boleh dibawa masuk dalam penjara. Dah 22 tahun tak merasa buah durian teringin sangatsangat," katanya.

Sementara itu seorang lagi banduan yang hanya mahu dikenali sebagai Sani, 58, berkata tahun ini merupakan tahun ke lima beliau menyambut hari raya di dalam penjara.

Beliau yang dijangka dibebaskan pada 2017, mempunyai kelunakan suara sehingga diberikan peluang mengetuai bacaan takbir pada majlis tersebut.

"Dah biasa dah beraya dalam ni,sekiranya kita ikut peraturan yang ada dan tidak membuat perkaraperkara negatif, kita tak akan ada masalah tinggal di sini," katanya yang turut merindui masakan isterinya terutama rendang dan lontong.

Beliau berkata sekiranya dipanjangkan umur dan dapat mengecap nikmat kebebasan nanti, beliau ingin meneruskan perjuangan ke jalan yang lebih positif.BERNAMA

Artikel Sebelum

Ingin lupakan penyakit Alzheimer?

Artikel Berikut

Artikel Lain