Balik kampung dulu, balik kampung kini

Diterbitkan: Selasa, 15 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

DI minggu terakhir Ramadan ini, lagu 'Balik Kampung' oleh allahyarham Datuk Sudirman Arshad terasa bagai dinyanyikan dalam jiwa ramai penghuni di kota raya ini.

Beberapa hari sebelum Aidilfitri, yang dijangka pada hujung minggu ini, jalanjalan menghala keluar dari bandarbandar utama di negara ini akan mula sesak dengan kenderaan membawa ribuan penghuni kota untuk 'balik kampung'.

"Balik kampung sudah menjadi satu budaya bagi rakyat Malaysia bukan sahaja pada Hari Raya tetapi juga perayaan lain seperti Tahun Baru Cina dan Deepavali. Bukan sahaja bagi orang Melayu tapi untuk semua bangsa," kata bekas pendidik Fatimah Mansur.

Kata beliau balik kampung kini telah bertukar menjadi satu fenomena. "Cakap saja balik kampung, satu transformasi akan menyelinap ke dalam jiwa anda," katanya.

KENAPA PERLU BALIK KAMPUNG?

Balik kampung ialah satu perkara yang memenatkan. Terdapat kesesakan jalan yang teruk, kemalangan termasuk kemalangan maut, juga kos yang tinggi dari segi pengangkutan.

Jadi kenapa perlu balik kampung dan kenapa tidak menyambut Hari Raya di kota sahaja.

"Masyarakat kita memang gemar menziarah kaum keluarga dan berjumpa mereka secara langsung, bukan hanya bercakap melalui telefon atau berkomunikasi melalui emel atau teknologi yang lain.

"Balik kampung adalah satu proses mengeratkan pertalian keluarga," kata Fatimah.

Bagi jururawat Elizabeth Choo, Aidilfitri adalah untuk semua.

"Ia merupakan cuti kebangsaan, jadi kita semua perlulah balik kampung kalau boleh, dan berjumpa orang tua. Mereka agak sukar untuk datang ke sini. Bila lagi, sebab pada hari lain kita sibuk bekerja," kata Choo yang berasal dari Tanah Merah, Kelantan.

BALIK KAMPUNG DULU, BALIK KAMPUNG SEKARANG

Penulis masih ingat pada tahun 1982, ketika beliau seorang mahasiswa di sebuah universiti di sini, beliau terpaksa duduk di lantai gerabak kereta api kelas tiga untuk 'balik kampung' kerana ingin menyambut Hari Raya bersama ibunya di Pasir Mas, Kelantan.

Semuanya kerana tiket bas kehabisan. Untuk naik kapal terbang jauh sekali kerana penulis tidak mampu. Ketika itu perkhidmatan bas tidaklah sebanyak dan sebaik yang ada sekarang.

Sekarang untuk balik kampung sahaja, beratus-ratus bas yang selesa serta berhawa dingin disediakan. Tak cukup lagi, beratus permit bas sementara juga disediakan oleh pihak berkuasa pengangkutan.

Naik kapal terbang untuk balik kampung juga kini satu kemudahan untuk semua.

"Naik kapal terbanglah pakcik, sekejap je dan tambang pun tak mahal," kata seorang pelajar universiti, Nurul Huda, bila ditanya penulis bagaimana beliau hendak balik kampung.

"Dulu kalau mahu pulang ke Sabah untuk sambut Hari Raya cukup mahal dan susah. Tidak lagi sekarang,"kata Surami Saimi yang berasal dari Penampang, Kota Kinabalu.

Tiga dekad yang lalu, hanya syarikat penerbangan MAS yang beroperasi. Kini, telah wujud syarikat penerbangan tambang murah seperti Firefly dan AirAsia yang boleh menerbangkan anda kemanamana saja destinasi di dalam dan luar negara.

Bagi yang memilih untuk naik kereta api, perjalanan mereka juga selesa kerana semua koc KTMB mempunyai pendingin hawa serta kerusi yang bernombor.

Jadi, bukanlah satu kerumitan untuk balik kampung dan menemui sanak saudara di musim perayaan ini. Selamat Hari Raya.BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan