Pencapaian sukan negara, gema 1Malaysia

Diterbitkan: Khamis, 3 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEJAK sekian lama dari tahun 1950-an hingga kini, Malaysia melahirkan juara dalam arena badminton antarabangsa, begitu juga dengan sukan hoki yang meletakkan negara sebagai pasukan digeruni lawan dalam tahun 1970-an.

Sepanjang dekad kebelakangan ini, olahragawan dan olahragawati negara begitu menyinar dalam sukan di peringkat antarabangsa seperti boling, boling padang, skuasy dan kebelakangan ini, lumba berbasikal.

Sememangnya rakyat Malaysia, dari berbilang kaum dan agama serta juga fahaman politik bersatu dengan satu tujuan dalam bidang sukan untuk melihat rakan senegara mencipta nama di persada sukan antarabangsa. Itulah semangat 1Malaysia.

Tahun ini, semangat itu dilihat lebih menonjol dan berasaskan semangat itulah juga atlet negara bermain bermatimatian untuk mendapatkan kemenangan buat negara.

Apabila Datuk Lee Chong Wei tewas di peringkat suku akhir Kejohanan Badminton Dunia di Hyderabad, India, satu negara merasai kekecewaan itu.

Bahkan apabila pemain skuasy wanita nombor satu dunia Datuk Nicol Ann David tidak berjaya dalam usaha melobi sukan berkenaan ke dalam Olimpik, kita turut terkilan.

Sikap cintakan negara juga telah menyuntik semangat Azizulhasni Awang membuktikan dirinya jaguh pecut sukan lumba basikal Asia apabila menjuarai acara 200m pecut lelaki pada Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) di Velodrom Tenggarong dekat Samarinda, Kalimantan 16 Ogos lalu.

Begitu juga dengan semangat atlet OKU negara yang turut menyumbang pingat untuk negara seperti yang ditunjukkan oleh atlet paralimpik kuartet 4X100 meter negara dan perenang Zul Amirul Sidi serta keseluruhan persembahan cemerlang mereka pada Sukan Para Asean kelima (KL 09).

Sukan suntik semangat 1Malaysia

Kalau dulu, laungan 'Malaysia Boleh' mengaum di belakang setiap atlet Malaysia, apakah sorakan dan semangat '1Malaysia' berupaya menggantikan slogan ini dalam bidang sukan?

Persoalannya, bagaimanakah semangat itu dapat dibentuk menerusi bidang sukan?

Bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur Tan Sri Elyas Omar ialah Datuk Bandar yang dinamik dalam usahanya menukarkan wajah Kuala Lumpur menjadi Bandar Sukan yang membangun dan merupakan Datuk Bandar sewaktu negara menjadi tuan rumah Sukan Komanwel ke-16 (KL'98).

Beliau sangat menyokong pandangan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahu bidang sukan diberi penekanan kembali di peringkat sekolah.

Rasionalnya menurut Elyas, individu yang sering bersukan selalunya akan sihat tubuh badan dan minda dan akan membawa kepada sikap sentiasa berfikiran positif.

"Ia menanamkan semangat kerjasama, tanggungjawab dan disiplin yang tinggi. Jika bermain sebagai satu pasukan yang mewakili negara, perasaan sayangkan negara akan timbul," katanya semasa ditemui selepas satu forum mengenai "Bermain dan Belajar: Pembentukan Individu Yang Seimbang, anjuran Nestle Malaysia barubaru ini.

Justeru, beliau bersetuju bahawa sistem persekolahan adalah saluran terbaik untuk melahirkan generasi yang cintakan negara. Ini juga sesuai untuk Gagasan 1Malaysia.

Bekas ratu trek

Bekas ratu trek negara Marina Chin yang ditemui pada forum yang sama berpendapat bidang sukan bukan sekadar untuk melihat sejauh mana pencapaian seseorang individu dalam meraih pingat untuk negara. Tetapi falsafah di sebaliknya ialah melahirkan individu yang berkeyakinan, berpendidikan dan lebih menonjol berbanding anggota masyarakat yang lain apabila berada di luar persekolahan. Jelas Pengetua Sekolah Sukan Bukit Jalil itu, sukan ialah satu cabang yang mendidik dan membentuk keperibadian individu secara positif.

Pengalaman yang dilalui sebagai atlet negara banyak membentuk kesedaran dalam dirinya tentang nilai yang diperoleh dalam sukan.

Tidak ada perbezaan kaum dalam sukan

Kata Marina, tidak ada perbezaan kaum dalam sukan. "Pada saya, apabila sedang berlatih bersama-sama di atas padang dan apabila berada di luar negara untuk sesuatu pertandingan, kita menjadi satu keluarga yang sering mengambil berat dan saling memberi galakan antara satu sama lain.

“Di peringkat masyarakat pula, sukan dapat menggalakkan dan menaikkan semangat pertandingan yang sekaligus membawa kepada interaksi sosial yang bermakna.

“Antara lain, ia membina kualiti fizikal dan moral masyarakat bahkan berjaya mewujudkan suasana yang kondusif untuk memupuk hubungan komuniti yang lebih baik dalam pelbagai kumpulan etnik di negara ini.

"Ketika inilah mereka dapat melupakan perbezaan etnik dan boleh bekerjasama sebagai satu pasukan dengan satu azam," katanya.

Semangat patriotik akan terpamer dalam usaha para atlet negara mencapai kecemerlangan di peringkat tertinggi dan kecemerlangan itu perlu dicapai dengan semangat kesukanan yang tulen.

Jati diri

Bagi Marina, sebagai individu beliau percaya kepada jati diri yang terbentuk dalam bidang sukan.

Sebagai seorang pendidik pula, beliau mengharapkan semua pihak terutamanya ibu bapa mengubah cara berfikir mereka dalam masyarakat.

Bagi Marina, pengalaman membesar sebagai seorang atlet banyak menanam sikap toleransi yang tinggi terhadap individu lain. Ini kerana, sewaktu bersukan, ia turut melibatkan orang lain.

Secara tidak langsung mengajar beliau bagaimana untuk hidup bersama orang lain tanpa mengira bangsa mahupun agama. Itulah semangat 1Malaysia. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan