'TAMIFLU' boleh membantu tapi pencegahan lebih baik

Diterbitkan: Rabu, 19 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BERIKUTAN penularan wabak H1N1 (selesema babi atau influenza A), yang sehingga petang 18 Ogos mengakibatkan 67 kematian dalam negara, ramai yang tertanya-tanya masihkah tiada ubat untuk menentang penyakit ini?

Tiba-tiba rakyat Malaysia mula bercakap tentang sejenis antiviral yang dikenali sebagai 'Tamiflu' sebagai pencetus harapan untuk menyembuhkan mereka yang dijangkiti.

Apa dia antiviral? Antiviral ialah sejenis ubat yang melawan virus dan bagi Tamiflu ia memerangi virus influenza (selesema).

BUKAN PENYEMBUH

"Tamiflu boleh memendekkan jangka masa serangan selesema, membuatkan ia tidak sebegitu teruk. Tetapi ia bukan penyembuh kerana tidak ada ubat untuk selesema.

"Antiviral Tamiflu hanya boleh membantu meredakan (demam selesema). Bila pesakit diberikan Tamiflu, ini membantu mereka agar selesema tidak menjadi semakin teruk," kata seorang pensyarah penyakit respiratori (yang enggan namanya disiarkan).

Menurut beliau, Tamiflu menghalang virus selesema 'yang cuba merebak atau menular dari satu sel ke sel-sel yang lain dalam badan manusia'. Kesannya ialah menyekat penularan virus selesema dalam badan manusia itu sendiri," Pendapat beliau dikuatkan dengan kenyataan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), bahawa masih belum ada vaksin yang betul-betul efektif terhadap virus yang pandemik (merebak luar kawalan).

VAKSIN DAN ANTIVIRAL

Vaksin dan antiviral adalah berbeza.

Menurut Kementerian Kesihatan, antiviral Tamiflu atau Oseltamivir (nama generik bagi Tamiflu) diambil secara oral.

Terdapat satu lagi jenis antiviral iaitu Relenza atau Zanamivir, yang diambil secara sedutan dan kedua-duanya kini digunakan untuk merawat jangkitan selesema babi dan ia bukan vaksin.

Vaksin untuk kes H1N1 masih belum ada.

WHO sememangnya menasihatkan setiap orang dewasa dan kanak-kanak yang demam teruk dijangkiti virus H1N1 diberikan antiviral seperti Tamiflu.

Ia juga perlu diberikan kepada mereka yang mempunyai risiko tinggi terhadap komplikasi demam selesema.

"Mereka yang sihat atau mempunyai tanda selesema yang ringan tidak perlu diberi Tamiflu," menurut WHO dalam satu kenyataan baru-baru ini.

DAPATKAN RAWATAN

Untuk mendapatkan rawatan antiviral inluenza, Kementerian Kesihatan menasihatkan semua pesakit yang menghidap influenza dan mempunyai risiko, supaya segera pergi ke hospital atau klinik yang berdekatan.

Individu yang sakit dengan simptom influenza, tetapi tidak termasuk dalam golongan berisiko tinggi, bagaimanapun mempunyai demam yang tinggi dan berpanjangan (lebih dua hari) juga akan diberi rawatan (percuma di klinik kerajaan).

Bagi mereka yang tidak termasuk dalam golongan kedua-dua di atas tetapi menjalani ujian "rapid test" dan didapati positif, mereka akan diberikan rawatan antiviral jika mengalami simptom jangkitan yang menjadi teruk dalam masa 48 jam.

Simptom yang dimaksudkan ialah sesak nafas, sakit dada berterusan, kahak berdarah, ciri-birit atau muntah berterusan, berkelakuan luar biasa, keliru, kurang responsif atau rasa pening apabila berdiri.

TINDAKAN IBU BAPA

Kementerian itu mengulangi pada satu mesyuarat baru-baru ini bahawa keputusan untuk menutup sekolah, ialah pilihan terakhir jika ada yang dijangkiti, bagaimanapun ia merupakan tanggungjawab sekolah dan sekolah boleh mendapatkan nasihat pegawai kesihatan daerah jika perlu.

Bagaimanapun ibu bapa atau penjaga dinasihatkan supaya memastikan anak mereka yang mempunyai gejala penyakit seperti influenza tidak hadir ke sekolah dan mendapatkan rawatan.

Pihak sekolah pula diminta kementerian supaya membuat pemerhatian dan pemantauan terhadap murid sekolah setiap hari dan merujuk ke klinik untuk rawatan lanjut.

Semua klinik dan hospital swasta dibenarkan merawat jangkitan H1N1 dan mereka tidak patut menolak pesakit yang hendak mendapatkan rawatan di premis mereka.

Mereka boleh mendapatkan bekalan antiviral daripada pembekal secara terus, asalkan ia mempunyai kemudahan bilik isolasi di mana rawatan boleh diberikan.

WHO

Menurut badan dunia ini, ada beberapa kumpulan yang dianggap sebagai mempunyai risiko tinggi terhadap komplikasi selesema H1N1. Mereka ialah: * Kanak-kanak yang berumur bawah lima tahun, terutama yang berumur bawah daripada dua tahun.

* Mereka yang berumur 65 tahun ke atas.

* Wanita mengandung.

* Orang dewasa atau kanak-kanak yang mempunyai sakit kronik termasuk masalah paru-paru kronik seperti asma, penyakit metabolik seperti kencing manis, sakit jantung, penyakit buah pinggang, penyakit hati, dan juga beberapa penyakit sel darah.

* Orang dewasa serta kanak-kanak yang mempunyai daya ketahanan badan (sistem imun) yang rendah disebabkan pengambilan ubat atau keadaan lain seperti HIV.

* Penghuni rumah untuk warga emas atau institusi merawat pesakit kronik.

PENCEGAHAN LEBIH BAIK

Dalam pada itu langkah berwaspada seperti menjaga kebersihan badan termasuk membasuh tangan dengan menggunakan sabun dan air atau sanitiser secara kerap patut diamalkan.

Bagi menghalang orang lain daripada dijangkiti, penghidap selesema dinasihatkan memakai penutup muka dan mendapatkan rawatan segera jika ada sebarang simptom selesema.

Jauhilah tempat umum dan lokasi di mana terdapat kesesakan manusia untuk membendung penularan selesema H1N1 kerana "pencegahan lebih baik daripada perawatan".

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut jangkitan H1N1 boleh menghubungi hotline yang beroperasi dari pukul 8 pagi hingga 5.30 petang di talian 03 88810222/0388810300 atau melayari laman web Kementerian Kesihatan http://www.moh.gov.my dan http://h1n1.moh.gov.my -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan