Tolong basuh tangan dan pakai penutup muka anda

Diterbitkan: Rabu, 12 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

UMUM sudah mengetahui penularan virus H1N1 dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri dilaporkan berkata selesema babi ini kini menjadi ancaman serius kepada negara.

Beliau menasihati orang ramai supaya mengambil tindakan pencegahan yang menyeluruh, selepas laporan kematian akibat influenza A H1N1 ini meningkat kepada 32 pada 10 Ogos.

Banyak sekolah, institusi pengajian tinggi, malah bank ditutup sementara kerana jangkitan H1N1.

Langkah pencegahan seperti membasuh tangan dan memakai topeng penutup mulut terutama bila hadir pada majlis umum hendaklah dilakukan, selain orang ramai di nasihatkan supaya menghindari tempat yang sesak.

PENUTUP MULUT

Namun antara mengetahui dengan mengamalkan langkah pencegahan, jauh berbeza, jika diperhatikan respons orang ramai.

Pada satu pesta ria makanan dan barangan di Kelana Jaya dekat sini 8 ogos lepas, orang ramai masih bersesak ke tempat itu, menunjukkan sambutan tidak berkurangan walaupun peringatan sudah diberi.

Namun mereka yang memakai penutup mulut atau topeng muka, boleh dibilang dengan jari.

"Tak seronoklah pakcik", jawab seorang remaja bila ditanya penulis kenapa dia tidak memakai topeng pelindung itu.

Dari situ, penulis meneruskan destinasi ke sebuah kompleks membeli belah di Bukit Raja Klang yang sedang menganjurkan karnival jualan.

Senarionya sama, tidak ramai pengunjung yang memakai topeng muka walaupun mereka yang memang jelas mengalami masalah batuk dan bersin.

"Dalam sehari saya kira hanya 10 orang daripada beratus-ratus orang yang berkunjung ke sini memakai topeng (muka)", kata seorang pengawal keselamatan di situ.

PENCUCI TANGAN

"Nanti takut pula pelancong asing nak datang kalau mereka tengok semua orang pakai topeng, rosaklah bisnes," kata seorang kenalan penulis, yang juga seorang ejen pelancongan bila ditanya tentang isu itu.

Sementara itu, sebuah pusat perubatan di sini menyediakan berpuluh-puluh botol pencuci tangan di depan pintu masuk ke lif dan wad di bangunannya.

Gel itu untuk digunakan pelawat serta petugas sebelum masuk dan keluar dari wad di pusat perubatan itu. Ini langkah pencegahan yang amat dialu-alukan dan orang ramai sendiri tentunya suka menggunakan kemudahan ini.

Beberapa sekolah di bandar raya ini juga mengedarkan topeng muka kepada pelajar terutama mereka yang menunjukkan gejala demam selesema.

SIKAP AMBIL MUDAH?

Tetapi enggan memakai topeng pelindung ketika H1N1 tengah melanda, adakah ia satu sikap mengambil mudah tentang risiko jangkitan?

Seorang pegawai perubatan berkata:

"Pada asasnya, sebenarnya tak semua orang perlu pakai topeng muka kecuali mereka yang mempunyai tanda dan gejala demam selesema.

"Batuk dan bersin tanpa menutup mulut dan hidung boleh menerbangkan virus kerana transmisi penyakit ini ialah melalui udara. Tetapi ramai yang batuk dan selesema gagal menutup muka mereka, oleh itu mereka yang sihat pun terpaksa pakai topeng muka.

"Ini berpunca daripada sikap sambil lewa orang ramai," katanya.

Kes kematian pertama disebabkan H1N1 di negara ini dilaporkan pada 21 Julai.

Kiranya belum terlewat, elok juga dicadangkan amalan memakai topeng muka ini dibudayakan dengan orang yang menghidap selesema dan batuk memakainya.

Maka tidaklah yang sihat yang perlu bersusah payah menutup muka dan menjadi "tidak seronok" atau "tidak selesa" memakainya setiap kali berada di khalayak ramai seperti yang dikatakan remaja tadi. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan