Posisi dalam ibadat solat beri kesan positif kepada kesihatan

Diterbitkan: Jumaat, 7 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KAJIAN saintifik fakta-fakta kebaikan solat menunjukkan ibadat itu bukan sahaja memberikan manfaat rohaniah tetapi juga manfaat fizikal dan mental apabila dilakukan dengan tekun serta postur yang betul.

Sekumpulan penyelidik bioperubatan dari Universiti Malaya (UM) telah membongkar faktafakta positif kebaikan solat daripada sudut saintifik antaranya menurunkan kadar denyutan jantung, mengurangkan sakit pinggang, memperbaiki disfungsi ereksi (DE) serta aktifkan otot lantai pelvik.

Pakar Perunding Kardiologi Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Prof Dr Wan Azman Wan Ahmad dalam kajiannya menemui bahawa posisi sujud dalam solat dapat mengurangkan denyutan jantung sebanyak 10 kali seminit.

Katanya, kadar denyutan jantung nominal semasa sujud adalah baik untuk kesihatan jantung khususnya dan kesihatan keseluruhan badan amnya.

"Seseorang yang mempunyai kadar denyutan jantung 80 kali seminit dan ke atas, berisiko tinggi mengalami serangan jantung serta darah tinggi," katanya kepada pemberita selepas perasmian Seminar Sains Solat Kebangsaan di Masjid Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Seminar itu telah dirasmikan oleh bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau berkata pakar perubatan juga menasihatkan supaya pesakit jantung menjalankan senaman ringan selama 30 minit sehari namun tidak menyatakan bentuk senaman yang boleh dilakukan.

"Kami mendapati dengan mengamalkan solat sebanyak 12 rakaat sehari secara berturutturut boleh dijadikan senaman ringan itu," katanya.

Ketua Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan Fakulti Kejuruteraan UM Prof Madya Dr Fatimah Ibrahim berkata pergerakan lazim solat boleh membantu mengurangkan sakit pinggang khususnya kepada wanita mengandung.

Katanya, kajian ini telah dilakukan terhadap pesakit pinggang yang normal dan ibu mengandung serta di kalangan kaum Melayu, India dan Cina.

Dalam kajian itu, mendapati posisi rukuk dan sujud boleh dijadikan terapi kerana dapat membuka ruang antara spina 'spina canal' yang akan mengurangkan risiko penghimpitan urat saraf.

"Bagi kaum Cina dan India, mereka hanya melakonkan posisi sembahyang dalam sesi terapi yang kita buat. Dalam tempoh sebulan, mereka telah menunjukkan ada pemulihan berlaku," katanya.

Dalam kajian lain, Dr Fatimah turut mendapati solat juga dapat memberikan kesan positif kepada seseorang yang menghidap penyakit DE.

Sebelum ini, terdapat satu kajian mengenai senaman pengaktifan otot lantai pelvik yang boleh membantu melancarkan pengaliran darah dan mengurangkan masalah DE oleh penyelidik Van Kampen.

Dr Faridah berkata daripada kajian awal ini, terbukti bahawa postur semasa solat boleh memberikan kesan positif ke atas pesakit DE di mana pergerakan itu dapat mengaktifkan otot lantai pelvik.

"Kami telah menjalankan kajian ke atas dua pesakit DE dengan sesi terapi menunaikan solat selama satu bulan dan ia berjaya menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan terhadap pesakit," katanya.

Kesemua hasil kajian ini boleh didapati dalam naskhah buku Solat Sains, Sakit Pinggang, Kaedah Rawatan melalui Prinsip Pemulihan Serta Postur dan Pergerakan Solat, Pencegahan Penyakit Jantung dari Perspektif Holistik dan Senaman Regangan dan Pergerakan Solat yang dijual di semua kedai buku dan telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan