Mahu ke sekolah, silalah naik keretapi

Diterbitkan: Isnin, 22 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BANGUN seawal pukul 4 pagi merupakan sesuatu yang biasa bagi Mohamad Hakim Hakimi, 13.

Tetapi kenapa pelajar Tingkatan satu ini perlu bangun begitu awal sedangkan sekolah sesi pagi hanya bermula jam 7.15?

Sebabnya, Mohamad Hakim perlu berada di perhentian kereta api Bukit Abu dekat sini sebelum pukul 6 pagi untuk dia pergi ke sekolah di Dabong, yang jaraknya 40 km dari situ.

Ketika rakan sebayanya yang tinggal di bandar masih lagi diulit mimpi, pelajar Sekolah Menengah Dabong itu, bersama rakanrakan yang lain terpaksa meredah gelap subuh berjalan kaki 2 hingga 4 km untuk ke perhentian kereta api.

Seandainya terlewat sampai dan terlepas kereta api, maknanya mereka terpaksa ponteng sekolah pada hari itu.

SOLAT SUBUH DI STESEN KERETA API

Ketika sampai di perhentian itu, Mohamad Hakim dan rakanrakannya yang lain sempat menunaikan solat Subuh dan ketika di dalam gerabak kereta api, dia sempat meneliti kerja sekolahnya.

Di sudut koc yang lain, cuaca dingin di dalam koc membuatkan ada pelajar yang sempat melelapkan mata sebelum sampai ke sekolah.

Hampir sejam kemudian, kereta api berhenti di stesen Dabong dan lebih 200 pelajar sekolah turun untuk ke sekolahsekolah yang berhampiran.

Mungkin sukar untuk kita bayangkan pengorbanan pelajar sekolah yang tinggal di pedalaman Kelantan itu dan bagi mereka itulah kehidupan sebenar yang dilalui sejak sekian lama.

Kesemua mereka itu tinggal di Kuala Bukit Abu, Temangan, Ulu Temiang dan Kampung Baru Sungai Mengkuang yang meniti setiap hari persekolahan dengan penuh kepayahan dan ketabahan.

KERETA API 'MERKET' DIBERI NAFAS BARU

Kereta api dianggap sebagai nadi pengangkutan bagi mereka yang tinggal di kawasan pedalaman, bukan sahaja untuk ke sekolah tetapi untuk keluar ke bandar terdekat seperti Kuala Krai dan Pasir Mas.

Faktor kelembapan kereta api bukan menjadi masalah bagi mereka kerana inilah satusatunya pengangkutan yang mereka ada. Setiap hari gerabak atau koc kereta api akan sendat dengan penumpang termasuk pelajar sekolah.

Kereta api yang datang dari Tumpat seawal pukul 3 pagi itu seakan tidak jemu membawa pelajar terbabit pada setiap hari dan kini kereta api yang dulunya dikenali sebagai 'kereta api merket' (kereta api pasar) diberi nafas baru oleh pihak pengurusan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Menyelami kepayahan pelajar kerana kereta api sebelum ini tidak dilengkapi penghawa dingin dan tidak mempunyai sistem cahaya yang cerah di dalam koc, KTMB mengorak langkah menaik taraf kereta api sedia ada.

Idea untuk melengkapkan kereta apa atau tren dengan penghawa dingin dan lampu yang mencukupi itu dicetuskan oleh Pengarah Urusan KTMB, Datuk Abdul Radzak Abdul Malek yang mahukan pelajar di pedalaman berada dalam keadaan selesa ketika menaikinya.

"Pelajar (sebelum ini) terpaksa berpanas apatah lagi terpaksa berasak dengan para peniaga atau tok peraih.

"Saya telah mengarahkan supaya kereta api pasar ini dinaik taraf dan juga diwujudkan tren shuttle yang khusus bagi membawa pelajar pergi dan balik dari sekolah dengan selesa," kata Abdul Radzak yang ditemui Bernama baru-baru ini.

Beliau berkata penambahbaikan yang bermula awal tahun ini bukan sahaja menggembirakan pengguna, terutama pelajar, tetapi juga telah menaikkan imej KTMB.

TREN SHUTTLE KHUSUS UNTUK PELAJAR

Tren shuttle yang diperkenalkan itu adalah kereta api ulangalik Tumpat-Dabong-Tumpat yang akan memulakan perjalanan dari Tumpat pada pukul 10.45 pagi yang akan berhenti di stesen kereta api Wakaf Baharu, Pasir Mas, Tanah Merah, Temangan, Kuala Krai, Manik Urai, Bukit Abu dan berakhir di Dabong.

Bagi perjalanan pulang yang bermula dari Dabong, kereta api itu akan berlepas pada pukul 2.10 petang yang akan melalui stesen Kuala Gris, Bukit Abu, Kampung Baru Bukit Abu, Ulu Temiang, Kampung Baru Sungai Mengkuang, Manik Urai, Kuala Krai, Temangan, Tanah Merah, Pasir Mas, Wakaf Baharu dan Tumpat.

Tren shuttle itu boleh dikenali melalui nombor khas yang dilekatkan pada kereta api bernombor 85 bagi perjalanan pagi dan 86 bagi perjalanan pulang.

"Sebelum ini pelajar pulang sekolah dengan menaiki tren lain pada pukul 3.10 petang tetapi perkhidmatan tren terbaru itu akan bertolak dari Dabong pada pukul 2.10 petang iaitu awal kira-kira sejam masa menunggu berbanding sebelum ini," kata Abdul Radzak.

Mohamad Hakim di antara mereka yang begitu gembira apabila kereta api sedia ada itu dinaik taraf dan tidak lagi mengeluh merasai bahang panas sepanjang perjalanan dan juga kini dia boleh menelaah pelajaran dalam keadaan selesa.

"Sebelum ini kami menunggu lama untuk ketibaan tren pulang, iaitu kira-kira pukul 3.10 petang, keletihan yang tidak terkira, ditambah pula hawa panas di dalam tren dan dengan ada tren baru ini ia sangat baik bagi kami," kata Mohamad Hakim.

Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Menengah Dabong, Hazama Ismail berkata pelajar sekarang boleh dikatakan beruntung kerana banyak kemudahan diberikan terutama kepada pelajar luar bandar seperti Dabong berbanding zaman persekolahannya dahulu.

Hazama yang yang berasal dari daerah Dabong berkata beliau amat bersyukur dengan pengenalan tren baru oleh KTMB yang merupakan pengangkutan utama pelajar di pedalaman itu.

"Langkah ini patut dipuji kerana ia amat membantu pelajar pulang dari sekolah lebih awal. Lebih menggembirakan, pelajar tidak perlu lagi bersesak dengan tok peraih yang sememangnya menggunakan kereta api.

"Tren ini bukan sahaja memberi kebaikan kepada pelajar tetapi juga kepada guruguru sekolah yang turut menggunakan kereta api sebagai nadi perhubungan di antara rumah ke sekolah," katanya.

TAMBANG KTMB YANG MASIH MURAH

Abdul Radzak ketika ditanya mengenai tambang perjalanan, beliau berkata bahawa tambang kereta api sebenarnya jauh lebih murah berbanding pengangkutan lain seperti bas dan teksi.

Untuk membantu anak-anak di kawasan pedalaman ini, tambang kereta api akan diberi potongan 30 peratus daripada harga asal.

"Kami di KTMB amat menggalakkan orang ramai menggunakan perkhidmatan kereta api agar menjadi satu perkhidmatan pengangkutan penumpang yang menjadi pilihan, selamat dan selesa," katanya.

Abdul Radzak juga mahukan pelajar supaya tidak melakukan vandalisme ketika berada dalam tren kerana setiap kemudahan itu disediakan untuk mereka. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan