Penyelidikan bersama Unisel-Imperial College London mantapkan bioteknologi negara

Diterbitkan: Jumaat, 12 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Dr Nagy (Imperial College London) bersama pelajar penyeliaan beliau
Dr Nagy (Imperial College London) bersama pelajar penyeliaan beliau

UNIVERSITI Industri Selangor (UNISEL) dan Imperial College London telah mengorak langkah pertama dengan menjalin hubungan kerjasama dari segi penyelidikan yang melibatkan pelajar serta pensyarahnya.

Pengarah Pusat Bio- IT Selangor, Prof. Emeritus Abdul Latif Ibrahim, berkata hubungan 2 hala ini mampu memberi manafaat yang besar kepada kedua-dua pihak khususnya kepada pegawai penyelidik muda di UNISEL.

Menurut beliau menerusi kerjasama ini seramai 9 orang penyelidik dari UNISEL terbabit secara langsung dalam projek ‘Building of Genomics Led Green Chemistry for Industrial Biotechnology’.

Projek tersebut kini memasuki tahun akhir mengikut rancangan penyelidikan yang telah dirangka sejak pada tahun 2007. Projek ini memberi pendedahan serta pengalaman yang berharga buat penyelidik UNISEL yang terlibat secara langsung.

Imperial College London adalah sebuah kolej terkemuka di London yang ketika ini berada di dalam kumpulan 3 universiti terkemuka di antara 25 universiti terbaik di dunia.

Baru-baru ini UNISEL menerima wakil dari Imperial College London iaitu Dr Judit M. Nagy, Director of Proteomics Facility Institute of Biomedical Engineering.

Beliau adalah pakar dalam bidang kimia dan merupakan penyelia bersama (co-supervisor) kepada 2 orang pelajar Phd Boiteknologi UNISEL iaitu Fridelina Sjahrir dan Maegala a/p Nallapan Maniyam, yang menjurus kepada bidang enzyme chemistry.

Usahasama ini adalah satu kejayaan paling besar dan penghargaan buat pelajar berkenaan kerana mendapat nasihat terus daripada seorang yang berpengalaman.

Projek yang dijalankan oleh mereka adalah ‘Nitrilase Enzim Using Rhodococcus’. Penyelidikan ini lebih kepada penggunaan bakteria Rhodococcus dalam penghasilan enzim yang dikehendaki.

Dalam tempoh seminggu Dr. Nagy berada di UNISEL pensyarah serta penyelidik menggunakan peluang yang ada untuk mendapatkan pendapat serta tunjuk ajar di dalam bidang yang berkenaan.

Lawatan Dr. Nagy juga disusuli dengan satu majlis taklimat yang diberi oleh beliau sendiri bertajuk “Education at Imperial College London”.

Taklimat ini memberi pendedahan kepada para pelajar akan peluang yang terdapat di Imperial College London.

Selain itu terdapat 3 projek lagi dibawah Pusat Bio- IT Selangor yang dijalankan. Ketiga-tiga penyelidikan tersebut dijalankan bermula pada tahun 2007.

1. Production of Mangrove Planting Material Via in Vitro Techniques and Synthetic Seed Technology

2. Genetic Analysis of Grouper for the Improvement of its Production in Aquaculture

3. Exploitation of Microorganisms from Pulau Jemor for Discovery of Natural Products

Menurut Prof. Emeritus Abdul Latif Ibrahim lagi, peluang yang diperolehi oleh UNISEL harus dijadikan satu usaha untuk memantapkan lagi bidang bioteknologi negara dan menjadikan ianya satu usaha yang berterusan.

iklan

iklan

Produk Berkaitan

Iklan