Dari pemimpin kanan Jemaah Islamiyah ke pendakwah anti-keganasan

Diterbitkan: Rabu, 10 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Perjalanan hidup yang dilalui Mohamad Nasir Abbas ketika ini amat jauh berbeza jika dibandingkan dengan apa yang ditempuhinya suatu ketika dahulu.

Ketika menjadi seorang daripada pemimpin tertinggi Jemaah Islamiyah (JI) tidak lama dahulu, sebuah kumpulan yang didakwa mempunyai kaitan dengan AlQaeda, beliau sentiasa dihantui dengan kebimbangan akan ditangkap oleh pihak berkuasa.

Berikutan dengan statusnya sebagai orang buruan, beliau tidak pernah tinggal di satusatu tempat dalam tempoh yang lama, bagi mengelak kehadirannya dihidu.

Sebagai Ketua Mantiqi 3 JI yang bertanggungjawab terhadap operasi kumpulan pengganas itu di Labuan, Sabah, selatan Filipina dan Sulawesi, Mohamad Nasir sedar segala pergerakannnya sentiasa dipantau pihak berkuasa.

Pada 2003, selepas bertahuntahun melarikan diri daripada buruan pihak berkuasa seperti kata pepatah Melayu " sepandai-pandai tumpai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua," beliau akhirnya ditangkap polis Indonesia. MERENGKOK DI DALAM PENJARA

Akibatnya Mohamad Nasir merengkok di dalam penjara republik itu selama 10 bulan.

Penangkapannya pada 2003, kirakira setahun selepas serangan pengganas di Bali yang mengorbankan lebih 200 nyawa itu, bagaimanapun meninggalkan kesan yang mendalam kepada lelaki berusia 40 tahun ini.

Episod hitam itu diibaratkan sebagai titik tolak kepada perubahan kehidupan Mohamad Nasir, seorang warga Malaysia, daripada seorang yang sentiasa diburu kepada seorang yang membantu menyelesaikan masalah keganasan.

Selepas dibebaskan daripada penjara republik itu pada 2004, beliau yang kini menetap di Indonesia bersama keluarganya, memutuskan untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa secara sukarela dalam usaha menentang keganasan.

Mohamad Nasir dalam komunikasinya dengan Bernama menerusi emel dan perbualan telefon baru-baru ini berkata kegiatan antikeganasan sejak lima tahun lepas melibatkan usaha memenangi hati dan minda bekas rakanrakan seperjuangannya di dalam JI menerusi kegiatan pendakwahan. MEMENANGI HATI DAN MINDA

Beliau mengaplikasikan pendekatan yang lembut di dalam menangani fahaman tegar anggota JI, supaya mereka dapat meninggalkan penggunaan kekerasan di dalam perjuangan mereka.

"Saya menggunakan pendekatan peribadi secara bersemuka berjumpa dengan mereka yang pernah terlibat (dengan kegiatan keganasan), sama ada yang telah bebas atau masih di dalam penjara."

"Tidak ketinggalan, saya juga berjumpa dengan keluarga mereka," katanya sambil menambah, pertemuan seumpama itu digunakan sebaiknya untuk menjelaskan tentang penggunaan kekerasan di atas nama agama Islam.

Mohamad Nasir menyifatkan mereka yang terjebak dengan aktiviti keganasan itu merupakan golongan yang "terkeliru dengan ajaran Islam yang sebenar."

Indonesia yang berhadapan dengan masalah serangan pengganas sejak beberapa tahun kebelakangan ini, menggunakan beberapa pendekatan termasuk melibatkan hati dan minda di dalam usahanya memerangi keganasan.

MENCEMAR IMEJ AGAMA

Usaha republik yang mempunyai 200 juta penduduk itu nampaknya berhasil kerana sejak beberapa tahun ini, ia tidak mencatatkan sebarang serangan pengganas terutama daripada kumpulan JI.

Mohamad Nasir berkata menggunakan kekerasan di atas nama agama adalah salah dan sebagai seorang Islam, beliau bertanggungjawab mengajak mereka yang terlibat (dengan kekerasan) untuk menghentikannya.

Namun menurutnya, kerjasamanya dengan pihak berkuasa itu hanya sekadar di dalam kegiatan pendakwahan serta pemulihan dan tidak pernah melangkaui kepada usaha memburu bekasbekas rakan perjuangannya.

"Hal ini (pendakwahan) saya lakukan bukan untuk menangkap temanteman (bekas rakan seperjuangan)," katanya, sambil menjelaskan bahawa usaha pendakwahannya tidak pernah digunakan untuk memerangkap sesiapa.

Kejadian keganasan seperti yang berlaku di Bali yang mengorbankan lebih 200 orang, telah mencemarkan nama dan imej agama Islam itu sendiri dalam kalangan masyarakat, kata Mohamad Nasir. TIDAK GENTAR PADA ANCAMAN

"Aksi bom itu (di Bali)adalah 'kontraproduktif' terhadap dakwah Islam, akibatnya nama Islam tercemar dan umat Islam dituduh sebagai penganut agama kekerasan yang membolehkan membunuh orang lain," katanya.

Namun kata Mohamad Nasir, keputusannya untuk meninggalkan JI dan bekerjasama dengan pihak berkuasa di dalam kegiatan pendakwahan antikeganasan turut tidak terkecuali dengan risiko tersendiri.

"Pada awalnya rakan seperjuangan menuding saya sebagai pengkhianat, munafik dan bahkan ada yang menuduh saya sudah menjadi kafir, keluar dari Islam."

"Tetapi setelah mendapat penjelasan dan melihat sikap saya yang tidak memusuhi mereka, maka sebahagian daripada mereka dapat menerima sikap saya dan mengikuti langkah," katanya.

Ditanya sama ada beliau bimbang dengan keselamatan diri dan keluarga berikutan langkahnya bekerjasama dengan pihak berkuasa, Mohamad Nasir berkata beliau dan keluarga tidak takut kepada ancaman.

"Keluarga saya tidak takut dengan ancaman, kerana saya ajarkan sifat berserah kepada Allah yang maha berkuasa hambanya. Hidup dan mati diatur oleh Allah S.W.T," menurut beliau. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan