Malaysia-Indonesia perlu sama-sama promosi pelancongan

Diterbitkan: Jumaat, 8 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MALAYSIA dan Indonesia harus menggiatkan kerjasama promosi pelancongan untuk memastikan industri itu di kedua-dua negara tidak terjejas teruk akibat krisis ekonomi global sekarang, kata Menteri Pelancongan Malaysia, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.

Beliau memberitahu kira-kira 100 pengusaha pelbagai bidang pelancongan, persatuan dan media di sini bahawa kedua-dua negara yang dapat saling melengkapi boleh berikhtiar mencari program dan pakej produk baru untuk ditawarkan kepada dunia.

"Malaysia sendiri sedia membantu mendorong pelancong dari China yang selama ini hanya biasa mengunjungi Malaysia-Singapura-Thailand supaya turut melancong ke Indonesia," katanya pada jamuan malam anjuran Pelancongan Malaysia di sini malam tadi.

Ng berada di sini selama empat hari untuk melakukan lawatan kerja ke luar negerinya yang pertama selepas pembentukan Kabinet pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada awal April.

Ng berkata Malaysia sendiri dalam mempromosi pelancongannya tahun ini akan menumpukan kepada empat tarikan utama, yang diharap membawa tidak kurang 22 juta pelancong asing ke Malaysia sebagaimana tahun lepas dan mengekalkan pelancongan sebagai sumber pendapatan negara kedua terbesar.

Ng berkata empat program itu ialah "G3A" yang mensasarkan golongan pesara dan warga usia emas untuk melancong santai ke Malaysia dengan pakej di luar musim kemuncak dengan diskaun besar kadar sewa hotel, diskaun berbelanja dan pengangkutan serta pakej pemakanan sihat.

"Bagi warga emas Indonesia, tentunya Malaysia menjadi destinasi paling menarik yang menawarkan segalagalanya, apatah lagi jaraknya hanya dua jam penerbangan berbanding ke negara-negara di rantau lain," katanya, yang menambah kata bahawa bahasa dan budaya juga tidak menjadi masalah.

Program kedua ialah "Family Enrichment Tourism" yang bertemakan kekeluargaan bagi meningkatkan kemesraan hubungan, interaksi dan komunikasi antara anggota keluarga yang pergi bercuti bersama di Malaysia dengan pakej yang memberikan sepenuh tumpuan masa kepada keluarga.

"Kita juga menggalakkan anak-anak yang sudah bekerja untuk memberikan hadiah percutian ke Malaysia kepada ibu bapa mereka supaya ibu bapa dapat menimba pengalaman baru dan berbeza daripada di negara sendiri," katanya.

Ng berkata Malaysia juga menawarkan program "Super Smart Shopper" dan "Super Smart Saving" dengan jaminan produk asli dan berkualiti termasuk pelbagai jenama terkemuka antarabangsa yang tidak dikenakan cukai dan pilihan banyak. Pada tahun 2009, Malaysia mempromosikan rekreasi menyelam dengan menawarkan bukan saja keindahan alam di bawah laut tetapi juga peluang untuk berlatih dan mendapatkan lesen menyelam antarabangsa yang melayakkan mereka menyelami dasar laut di mana saja di dunia.

Mengulas kenapa beliau memilih Indonesia menjadi destinasi pertamanya, Ng berkata ia merupakan penghargaan kepada Indonesia, yang seramai 2.4 juta penduduknya melancong ke Malaysia tahun lepas, selain sebagai jiran terdekat yang berpotensi menjalin pelbagai kerjasama.

"Indonesia akan terus menjadi negara sasaran utama apa juga promosi pelancongan Malaysia," katanya, yang menambah kata bahawa Tourism Malaysia sendiri akan menggalakkan rakyat Malaysia turut melancong ke Indonesia. Hari ini Ng berlepas ke Yogyakarta bagi program lawatan rasmi di sana termasuk menyaksikan sambutan perayaan Wesak di Candi Borobudur dan mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatannya di Indonesia, Jero Wacik.BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan