Anak anda 'bantut'? Mungkin kurang nutrisi

Diterbitkan: Khamis, 7 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pada tahun 1963, Profesor (sekarang Profesor Diraja) Ungku Aziz menjalankan kajian mengenai kemiskinan orang Melayu di kawasan luar bandar.

Hasil kajian itu mendedahkan bahawa kemiskinan ialah satu daripada faktor utama anak Melayu ketinggalan dalam pelajaran. Menurut kajian yang dinamakan Indeks Sarung itu, masalah kemiskinan menyebabkan ibu bapa tidak mampu menyediakan makanan yang seimbang kepada anak. Akibatnya anak tidak membesar secara normal dan mereka dikategorikan sebagai bantut.

Sungguhpun kajian itu telah 46 tahun berlalu dan perubahan gaya hidup rakyat negara ini juga meningkat, masalah anak bantut dan kekurangan nutrisi masih wujud tanpa disedari ibu bapa.

Sebahagiannya bukanlah disebabkan kemiskinan, tetapi disebabkan ibu bapa tidak prihatin terhadap pemakanan anak.

Menurut Presiden Persatuan Nutrisi Malaysia (NSM) Dr Tee E Siong, sungguhpun status nutrisi kanakkanak di Malaysia meningkat sejak tiga dekad lepas, kaji selidik yang dijalankan setiap 10 tahun, oleh National Healthy & Morbidity Study (NHMs), masih menunjukkan terdapat kekurangan dalam status nutrisi kanak-kanak di Malaysia. BANTUT, KURANG ATAU LEBIH BERAT BADAN

"Kita tidak boleh lekas berpuas hati. Perhatian dan usaha perlu diteruskan terutama dalam memfokuskan peningkatan status nutrisi kanak-kanak bagi menjamin pertumbuhan dan perkembangan yang optimum," jelas Dr Tee.

Dr Tee turut merujuk kepada laporan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada 2008 yang menunjukkan 15 peratus kanak-kanak Malaysia berusia 118 tahun mengalami masalah sama ada kekurangan atau lebihan makanan.

Kajian NHMS III yang dijalankan ke atas 21,249 kanakkanak di seluruh negara pada tahun 2006 menunjukkan bahawa 15.8 peratus daripada mereka mengalami masalah bantut, 13.2 peratus kurang berat badan dan 5.4 peratus lagi mengalami masalah lebihan berat badan.

Ia turut mendedahkan lebih ramai kanakkanak di kawasan luar bandar yang mengalami masalah kurang berat badan iaitu seramai 16 peratus berbanding 11.4 peratus bagi kanak-kanak di bandar.

Menurut beliau, peratus kanak-kanak luar bandar yang mengalami masalah bantut ialah 19.4 peratus juga dilihat jauh lebih tinggi berbanding kanakkanak bantut di kawasan bandar iaitu 13.6 peratus. "Bagaimanapun, masalah bantut boleh diatasi apabila ibu bapa kembali memberikan makanan yang seimbang kepada anak-anak. Jika perhatian diberikan sepenuhnya, perkembangan fizikal dan mental mereka akan kembali normal seperti kanak-kanak seusianya.

Dr Tee turut menekankan bahawa amalan memberi makan yang tidak betul boleh mengakibatkan anak kurang berat badan dan mengalami kekurangan zat makanan. Ini menyebabkan anak mudah sakit, termasuk tidak mempunyai daya tahan lawan jangkitan, mengalami kurang darah dan mempunyai tulang yang lemah.

Kekurangan zat makanan juga boleh menjejaskan tumbesaran mereka, manakala beberapa penyakit tertentu pula akan merencatkan tumbesarannya.

SEDERHANA ASAS PEMAKANAN YANG BAIK

Peringkat tumbesaran kanak-kanak dari umur 16 tahun amat penting. Ibu bapa harus berusaha untuk memberikan makanan yang pelbagai dan seimbang agar mereka dapat membesar dan kekal sihat.

Menurut Dr Tee, pemberian makanan yang sesuai dan jumlah yang secukupnya adalah penting buat kanakkanak yang sedang membesar. Cara ini akan memastikan mereka mendapat pemakanan yang optimum dan mengelakkan pemakanan berlebihan atau kekurangan yang boleh memudaratkan kesihatan mereka.

"Tiada satu makanan yang dapat memenuhi keperluan pemakanan kanak-kanak kerana badan mereka memerlukan pelbagai zat. Mereka memerlukan makanan yang pelbagai kerana jenis dan jumlah zat berbeza dalam satu jenis makanan dengan yang lain.

"Semakin anak membesar, keperluan pemakanannya akan berubah dan jenis serta zat makanannya perlu ditambah. Oleh itu, ibu bapa perlu memastikan mereka makan mengikut masa dan dengan sukatan yang betul," jelas beliau.

Bagi memastikan mereka mendapat keseimbangan nutrisi, makanan anak perlulah seimbang yang terdiri daripada karbohidrat untuk tenaga, buah-buahan dan sayursayuran untuk fiber, makanan kaya dengan protein serta susu dan produk tenusu.

Kurangkan penggunaan garam, lemak dan gula. Ini dapat memastikan anak sentiasa sihat sepanjang hayat.

Dr Tee berpendapat ibu bapa perlu melabur dalam kesihatan anakanak dengan mencurahkan kasih sayang dan tumpuan sepenuhnya. Ini termasuklah melabur untuk pemakanan yang baik.

Terlalu sedikit atau terlalu berlebihan zat boleh menimbulkan masalah kesihatan. Pendekatan yang mudah dan sihat adalah mengajar anak makan secara sederhana sejak kecil lagi.

Apabila keperluan pemakanannya meningkat, jumlah makanan yang diambilnya juga akan bertambah. Oleh itu adalah penting bagi anak mempelajari amalan pemakanan sihat seperti makan mengikut waktu, tidak melangkau waktu makan dan tidak makan berlebihan.

TANDA ANAK TIDAK CUKUP ZAT

Bagi menjamin anak mencapai potensi dengan sepenuhnya, adalah penting bagi ibu bapa memberikan makanan yang sesuai dengan jumlah yang betul di samping menggalakkan mereka bergiat dalam aktiviti fizikal.

Antara yang diperlukan ialah zat besi, zink, kalsium, iodin dan Vitamin A. zat besi boleh diperoleh daripada daging, ikan, hati, kuning telur, bijirin, sayur-sayuran berdaun hijau dan sayur jenis kekacang.

Kekurangan zat besi menyebabkan kurang darah dan memberi kesan terhadap perkembangan mental atau perkembangan saraf motor dan perubahan tingkah laku. Kekurangannya juga boleh membuatkan anak tidak dapat memberi tumpuan, pucat dan lesu.

Gangguan otak, pertumbuhan terencat, disleksia serta daya tahan penyakit terjejas berpunca daripada kekurangan zink.

Tanda-tanda anak kekurangan zink dapat dilihat apabila mereka tiada selera, hilang deria rasa dan susah sembuh. Zink boleh diperoleh dengan memberi anak makan daging, kekacang seperti sayur kacang, pis, dal dan kacang tanah.

Jika anak sering mengadu sakit otot, sakit badan dan kekejangan otot atau ibu bapa melihat kuku mereka rapuh, kulit kering dan bersisik, bermakna mereka kekurangan kalsium.

Ia boleh mengakibatkan tulang rapuh, tinggi risiko patah tulang, penyakit riket dan osteoporosis apabila umur meningkat. Bagi mengelakkan gejala ini, ibu bapa digalakkan memberi anak makanan seperti susu, sardin, ikan bilis, sayur berdaun hijau dan produk kacang.

Iodin juga penting untuk tumbesaran kanak-kanak. Ia boleh dibekalkan oleh makanan seperti rumpai laut, makanan laut, telur, daging dan produk tenusu.

Kekurangannya boleh mengakibatkan kerosakan otak, hipotiroid, pertumbuhan kognitif dan perkembangan saraf motor terjejas. Tanda-tanda seperti bengkak di leher dan mata terbonjol mungkin menunjukkan bahawa anak kekurangan sumber zat ini.

Vitamin A pula penting untuk kesihatan mata anak. Kekurangannya boleh mengakibatkan penglihatan terjejas teruk, buta dan meningkatkan risiko diserang penyakit teruk.

Mungkin membawa kepada masalah rabun waktu malam. Hati, limau dan sayursayuran serta sayur berdaun hijau tua adalah pembekal Vitamin A.

Sungguhpun demikian, Dr Tee mengingatkan ibu bapa supaya tidak lekas panik dan memaksa anak mengambil pelbagai makanan berkhasiat sehingga terlebih makan.

Jika anak makan terlampau banyak dan kurang bersenam, bimbang mereka akan menjadi gemuk atau obes.

"Selain obes, kita juga tidak mahu kanakkanak ini mendapat nutrien berlebihan yang berpunca daripada terlebih ambil mikronutrien. Misalnya anak mendapat nutrien yang berlebihan daripada jumlah vitamin larut lemak A, D, E dan K. Biasanya ia berpunca sama ada daripada makanan atau suplemen makanan".

Ini boleh memudaratkan kerana vitamin terlarut lemak boleh terkumpul pada tisutisu lemak dan mengakibatkan toksik berlebihan dalam badan.

Menurutnya, bagi mengelakkan keadaan ini, berilah makanan yang seimbang kepada anak. Kaedah ini dapat membekalkan semua jenis vitamin dan mineral yang diperlukan mereka mengikut kombinasi dan jumlah yang betul. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan