Jenama "Malaysia Truly Asia" diiktiraf seluruh dunia

Diterbitkan: Rabu, 6 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

"MALAYSIA: Truly Asia" merupakan satu jenama yang sebenar diiktiraf di seluruh dunia, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir hari ini.

Katanya jenama itu sudah digunakan sejak 1999 dan kehadirannya sudah dikenali di Eropah, Asia, Timur Tengah, Oseania, dan kini lebih terserlah di Amerika Utara.

"Sejak penggunaannya, kita telah melihat peningkatan lebih tiga kali ganda ketibaan tahunan pelancong ke Malaysia, daripada 7.0 juta pelawat pada 1999 kepada lebih 22 juta pada tahun lepas.

"Pendapatan pelancongan kita juga telah dicatatkan empat kali ganda kepada hampir RM50 bilion pada tahun lepas," katanya semasa menyampaikan ucaptama di Anugerah Jenama Yang Dipercayai Reader's Digest 2009 di sini malam ini.

Mukhriz berkata jenama "Malaysia: Truly Asia" telah memenangi lebih 25 anugerah kreatif antarabangsa dan keberkesanan pemasaran, yang termasuk Gold sebagai "Kempen Pemasaran dan Penjenamaan Jangka Panjang Terbaik Asia" di dalam Anugerah Keberkesanan Pemasaran Asia Media Magazine yanhg diadakan di Macau pada tahun lepas.

Malah, pakar penjenamaan seperti Al Ries, Jack Trout dan Paul Temporal telah menyebut jenama itu di dalam kes kajian mereka, katanya.

"Tetapi, salah satu pengukur terbaik bagaimana kukuhnya "Malaysia: Truly Asia' ialah semasa pengembaraan saya ke manamana di seluruh dunia dan saya memberitahu tempat asal saya, mereka menyanyikan saya senikata lagu itu," katanya.

Bagaimana pun, lebih banyak kerja perlu dilakukan untuk menunaikan janji "Malaysia: Truly Asia" bagi membolehkan jenama Malaysia dikenali di dalam negara dan bersaing pada peringkat antarabangsa.

"Kadang kala apa yang perlu kita lakukan ialah mematuhi prinsip KISS: Buatkannya Mudah, Sayang (Keep It Simple, Sweetheart)," katanya.

Mukhriz berkata Malaysia perlu fokus ke atas penjenamaannya sendiri sebagai sebuah negara yang efisien dan mesra perniagaan serta tempat yang baik untuk didiami, sambil menyatakan kerajaan menghargai peranan penjenamaan dan kepentingannya.

Menurut Mukhriz, Pelan Induk Perindustrian Ketiga telah memasukkan strategi bagi penjenamaan produk dan perkhidmatan Malaysia.

"Pelan strategik itu termasuk program sokongan untuk memudahkan penjenamaan pada peringkat yang kukuh," katanya.

Katanya antara program sokongan itu ialah promosi jenama yang diuruskan oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) untuk membolehkan pemilik jenama Malaysia membangunkan dan mempromosikan jenama masingmasing.

"Yang lain ialah skim pinjaman mudah yang diuruskan oleh Malaysian Industrial Development Finance bagi Matrade untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana dalam melaksanakan penjenamaan, mewujudkan rangkaian pengedaran di seberang laut, mendapatkan jenama, serta melaksanakan pengiklanan dan promosi di seberang laut," katanya.

Mukhriz berkata jenama Malaysia perlu tekal menunaikan janjinya.

"Ketekalan ialah kunci dalam memastikan kualiti tinggi barangan dan perkhidmatan dan memberikan nilai kepada para pelanggan. Ia merupakan satu cara yang baik untuk mengembangkan dan menarik dan mengekalkan pelanggan, kakitangan dan rakan perniagaan berpotensi yang bagus.

"Jika anda melakukan ini semasa waktu buruk, anda akan menuai hasil semasa tempoh waktu yang baik. saya percaya banyak jenama Malaysia dikenali ramai hari ini tetapi hanya sedikit yang cukup tekal untuk bersaing pada peringkat dunia," katanya.

Mengenai anugerah itu, jenama buatan Malaysia merupakan pilihan utama pengguna tempatan, di mana label yang dicipta di negara ini muncul pemenang dalam ktegori jenama yang dipercayai oleh Readers Digest.

Dalam sektor perkhidmatan kewangan, Malayan Banking Bhd dan Public Bank Bhd memenangi penghormatan dalam ketegori perbankan. Amanah Saham Nasional Bhd dan Public Mutual adalah syarikat dana pelaburan yang paling dipercayai.

Maxis Communication Bhd berada di mercu penghormatan pada kategori perkhidmatan telefon manakala Streamyx dinamakan penyedia perkhidmatan Internet perdana.

Malaysia Airlines dipilih sebagai pemenang tunggal syarikat penerbangan manakala Genting Highlands dan Langkawi dinamakan tarikan pelancongan keluarga utama, di mana kategori ini pertama kali diukur dalam kajian itu.

Pemenang industri perkhidmatan yang pertama yang lain termasuk KFC, McDonald's dan Pizza Hut sebagai restoran keluarga dipercayai dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja sebagai agensi utama kerajaan.

Para pengguna telah menamakan Universiti Malaya, Universiti Sains Malaysia, Universiti Teknologi Mara sebagai universiti utama negara ini. Hospital Kuala Lumpur dinamakan sebagai hospital utama.

DHL, Fedex dan Poslaju diberi penghormatan sebagai antara syarikat perkhidmatan fret udara/kurier. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan