Keseronokan Merbok Go Green Challenge

Diterbitkan: Rabu, 29 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BILA-BILA MASA... Para peserta bersedia berlepas dari Kompleks Jeti Pelancongan Sungai Merbok.
BILA-BILA MASA... Para peserta bersedia berlepas dari Kompleks Jeti Pelancongan Sungai Merbok.

SERAMAI 64 peserta Merbok Go Green Challenge (MGGC) memulakan cabaran mereka dari Kompleks Jeti Pelancongan Sungai Merbok, Kedah atau lebih dikenali sebagai Jeti Semeling di kalangan penduduk tempatan.

MGCC julung-julung kali dianjurkan Majlis Tindakan Pelancongan Kedah (MTPK) dan Ancmcreative Sendirian Berhad dengan kerjasama Kementerian Pelancongan.

Ia diadakan sempena Festival Air Malaysia 2009 dan berlangsung dari 24 hingga 26 April lalu.

Mereka membentuk 16 pasukan yang terdiri daripada pihak media, badan kerajaan dan swasta. Acara pelepasan dilakukan oleh Pengerusi Majlis Tindakan Pelancongan Kedah (MTPK), Datuk Othman Aziz.

Perlumbaan tersebut menyaksikan setiap pasukan mengharungi empat disiplin utama, iaitu acara berkayak, berbasikal, larian dan menaiki bot.

Perlumbaan bermula dengan acara `prolog' yang mana setiap pasukan perlu mendapatkan `paspot pertandingan'. Ia berlangsung pada 24 April lalu di The Carnivall - Water & Land of Excitement.

Acara utama hanya bermula sehari kemudian. Para peserta MGGC berkayak mengharungi Sungai Keluang sejauh kira-kira 7 kilometer (km).

Kemudian, setiap pasukan berbasikal sejauh 25 kilometer melalui antara lain Muzium Arkeologi Lembah Bujang, Kampung Sungai Gelam dan berakhir di Tanjung Dawai.

Peserta seterusnya menaiki bot tambang ke Pantai Merdeka dengan membawa basikal masing-masing. Mereka kemudiannya berlari sejauh 8 km ke garisan penamat di pesisir Pantai Merdeka.

Sepanjang 40 km perlumbaan diadakan, setiap pasukan menjawab soalan yang menguji akal berpandukan pembayang yang diberikan.

Soalan adalah berasaskan keadaan setempat seperti mengetahui tarikh kemangkatan Sultan Muzaffar Syah dan proses jual beli ikan di Pasar Berbisik.

"Para peserta akan dicabar minda dan fizikal mereka dan semestinya, destinasi (pertandingan) adalah di sekitar kawasan Merbok dengan konsep `go green'.

"Ia diadakan sempena Bulan Pesta Air dan mampu menampilkan Sungai Merbok sebagai salah satu destinasi sukan air yang lasak dan berdaya maju sekali gus mempromosikan sukan pelancongan di Malaysia," kata Othman.

Tambahnya, Merbok Go Green Challenge yang julung kali diadakan ini mampu menjadi salah satu produk sukan pelancongan negara yang mempunyai kualiti antarabangsa.

Katanya, ini dapat dicapai melalui kerjasama erat oleh media-media antarabangsa dan tempatan yang terus-menerus menyokong acara tersebut dari segi penyertaan, liputan berita dan promosi acara.

Program anjuran MTPK itu berkonsepkan `Adventure, Nature dan Culture'. Setiap peserta berpeluang menikmati keindahan Malaysia seperti Hutan Lipur Sungai Sedim.

Menariknya, sesetengah tempat pelancongan tersebut masih belum diterokai sepenuhnya.

Acara ini juga dimeriahkan dengan lima kategori acara sampingan iaitu Perahu Tangkoi, Kayak Singles, Kayak Doubles, Kayak Polo dan Kayak Slalom.

Acara ini dibuka kepada masyarakat tempatan dan luar. Setakat ini, ia mendapat sambutan menggalakkan dari segi penyertaan dan jumlah penonton.

MGGC menawarkan hadiah wang tunai berjumlah hampir RM10,000. Untuk maklumat lanjut, layari www.ancmcreative.com .

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan