Pembaziran: Satu tindakan ‘mudarat’ dalam ekonomi

Diterbitkan: Khamis, 2 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

"BAGI Islam pembaziran adalah sesuatu yang boleh membawa kepada kemudaratan terhadap mereka yang mempunyai harta benda serta masyarakat di mana mereka tinggal".

Itu adalah satu petikan daripada artikel 'Pendekatan Islam Kepada Keadilan Ekonomi' oleh Timbalan Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Nik Mustapha Nik Hassan baru-baru ini.

Menurut Nik Mustapha, pembaziran dan kesilapan dari segi penggunaan sumber-sumber yang ada merupakan tindakan yang boleh dianggap sebagai ketidakadilan ekonomi atau 'dzulm' dalam Islam.

Pembaziran di sini bermakna mengambil langkah-langkah yang mendatangkan perbelanjaan yang tidak diperlukan serta tidak efisyen dalam aktiviti pengeluaran.

Beliau menulis bahawa pembaziran merupakan satu perkara 'buruk' yang perlu ditolak oleh masyarakat untuk mengelak kesan negatif daripada amalan sedemikian.

Bagi Nik Mustapha pembaziran adalah satu penyakit bagi seseorang individu tetapi bila kebanyakan atau seluruh daripada masyarakat bersifat sedemikian dan tidak berusaha untuk mengelak daripada gejala ini, maka ianya akan bertukar kepada satu faktor yang negatif terhadap pembentukan dan pembangunan masyarakat tersebut . Tidak efisyen dalam ekonomi

Menurut beliau, kegagalan untuk mencapai tahap efisyen seperti dalam mengenalpasti serta menyelaras sumber yang ada boleh menyumbang kepada ketidakadilan dalam ekonomi.

Memperoleh kecekapan untuk pengurusan yang baik serta efisyen bagi sumber-sumber negara adalah selari dengan konsep dan semangat keadilan.

Bagi Nik Mustapha, kebebasan untuk membuat keputusan dan melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi yang dipelopori prinsip-prinsip agama adalah satu prasyarat terhadap keadilan ekonomi.

Islam juga menghormati hak bagi setiap orang dalam negara Islam untuk mendapat 'privasi' atau bebas daripada sebarang gangguan terhadap hak dan suasana peribadi mereka.

Ini ada dinyatakan dalam Al-Quran (Al-Baqarah: 188) yang bermaksud: "Janganlah mengambil hak orang lain menerusi cara yang salah serta curang".

Oleh itu keadilan memerlukan sistem sosial yang menepati kehendak individu dan memuaskan keperluan tersebut. Sekurang-kurangnya ini tidak akan memudaratkan masyarakat itu, tulis Nik Mustapha.

Kedudukan kerajaan

Dari awal lagi, Islam memperakui kedudukan kerajaan dalam pengurusan ekonomi.

Dalam setiap masyarakat yang tersusun, perlu adanya satu badan berkuasa untuk menyelaras dan memberi halatuju ekonomi. Fungsi kerajaan adalah untuk menjamin pencapaian ekonomi yang stabil.

Menurut Nik Mustapha fungsi-fungsi adalah selari dengan apa yang dikehendaki konsep keadilan ekonomi.

Bagaimanapun, kerajaan diperlukan menanggung perbelanjaan untuk menampung fungsi-fungsi ini. Sesetengah daripada perbelanjaan ini disyaratkan oleh Syariah secara kekal seperti perbelanjaan untuk pengurusan pentadbiran, undang-undang serta ketenteraman, pertahanan negara, dakwah dan penyebaran agama Islam dan yang lain.

Untuk menampung perbelanjaan ini, kerajaan dikehendaki mengadakan satu sistem pendapatan yang selari dengan kehendak keadilan.

Zakat merupakan bentuk bayaran minimum yang boleh dikenakan kepada orang Islam secara kekal.

Tambah Nik Mustapha, pendapatan adalah terhad tetapi ianya boleh digunakan untuk mengatasi masalah kemiskinan, kesusahan ekonomi serta penyebaran agama dan pertahanan. Cukai

Tulis Nik Mustapha lagi, di mana perlu, kerajaan boleh mengenakan cukai.

Tetapi kadar cukai yang terlalu tinggi akan mengurangkan pendapatan boleh guna sektor swasta dan penurunan dari segi pendapatan di sektor ini boleh menyebabkan kurangnya pilihan sektor tersebut untuk bertindak dan bergerak secara bebas.

Memang diketahui umum penurunan kadar cukai akan menaikkan pendapatan kerajaan dari cukai.

Bila ekonomi sektor swasta meningkat dan berkembang, tapak serta landasan asas untuk pencukaian akan juga berkembang dan akan meningkatkan lagi kutipan dan pendapatan kerajaan daripada cukai. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan