Kuala Lumpur dan Perhimpunan Agung UMNO

Diterbitkan: Selasa, 24 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Dalam tempoh tiga tahun dilantik sebagai menteri, Zulhasnan telah memberikan identiti baru kepada Wilayah Persekutuan
Dalam tempoh tiga tahun dilantik sebagai menteri, Zulhasnan telah memberikan identiti baru kepada Wilayah Persekutuan

KUALA Lumpur sekali lagi menjadi tumpuan dengan bermulanya Perhimpunan Agung UMNO 2008 hari ini yang akan mencatat sejarah dengan pemilihan kepimpinan tertinggi parti yang menjadi tunggak Barisan Nasional (BN) dan proses peralihan jawatan perdana menteri antara Datuk Seri Abdullah Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bagi Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulhasnan Rafique yang bertanggungjawab ke atas Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, di sinilah segala-galanya berlaku, tercetus, bermula, termeterai dan sejarah tercipta.

Zulhasnan merupakan wakil tunggal BN yang menang di Kuala Lumpur di kawasan Parlimen Setiawangsa ketika calon BN lain tersungkur pada pilihan raya umum 2008 yang menyaksikan Kuala Lumpur dikuasai pakatan pembangkang.

BN turut menang di Putrajaya dan Labuan.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan itu merupakan seorang daripada 50 calon yang akan bertanding bagi kerusi Majlis Tertinggi (MT) parti pada Khamis ini.

Semasa majlis memperkenalkan calon-calon MT anjuran Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan baru-baru ini, Zulhasnan menekankan semangat Kekeluargaan dan Kemesraan (2K) dalam menghadapi suasana pemilihan Umno kali ini.

"Semua calon yang menawarkan diri adalah individu yang berwibawa belaka. Dalam wadah perjuangan UMNO ini, Majlis Tertinggi adalah badan yang paling berkuasa merencanakan hala tuju perjuangan parti dan seterusnya dasardasar kerajaan.

"Adalah menjadi tanggungjawab kita semua memastikan UMNO membentuk barisan pemimpin Majlis Tertinggi yang berani, berkebolehan dan berwibawa untuk membantu bakal presiden kita Datuk Seri Najib Tun Razak mentadbir negara dan parti dalam era sangat mencabar ini," katanya.

Katanya pilihan raya umum 2008 merupakan detik paling getir buat UMNO dan BN termasuk di Wilayah Persekutuan dan menurutnya keputusan pilihan raya itu menyedarkan akan betapa hebatnya kuasa rakyat.

Bagaimanapun, katanya kini sudah ada tandatanda positif kebangkitan semula UMNO dan BN di Wilayah Persekutuan.

"Kami berkerja sebagai satu pasukan yang mantap untuk memperkuatkan lagi jentera parti melalui pendekatan Bersama, Bersatu dan Berjaya (3B). BN Wilayah Persekutuan akan bertindak sebagai ejen pembangunan masyarakat," kata Pengerusi MIC Wilayah Persekutuan Datuk M. Saravanan yang juga Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan.

Zulhasnan telah melakukan beberapa pembaharuan demi kepentingan warga kota Kuala Lumpur tanpa mengira agama dan kaum, kata Pengerusi Parti Progresif Penduduk (PPP) Wilayah Persekutuan A. Chandrakumanan.

Dalam tempoh tiga tahun dilantik sebagai menteri, Zulhasnan telah memberikan identiti baru kepada Wilayah Persekutuan dengan menekankan aspek sistem penyampaian untuk warga kota dan menjadi penggerak kepada golongan berpendapatan rendah untuk memiliki rumah sendiri, di sebuah bandar raya yang moden, progresif dan bertaraf dunia. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan