Santai di spa tradisional Melayu, bangunan warisan Belanda

Diterbitkan: Jumaat, 6 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JONKER Street di sini sememangnya tidak asing lagi kepada pelancong yang ingin mencari barangan antik, kraftangan dan cenderahati untuk dibawa pulang sebagai kenangan.

Pelancong yang pertama kali datang ke sini, sudah tentu terpegun melihat deretan bangunan warisan peninggalan penjajah Belanda yang kebanyakannya kini dijadikan premis perniagaan oleh masyarakat tempatan.

Di celah populariti Jonker Street itu, terdapat perkhidmatan spa tradisional Melayu yang sedang menarik perhatian ramai pelancong untuk merasai 'kelainan' spa di bangunan warisan.

Menyedari potensi besar Jonker Street dalam menarik ramai pengunjung ke sini, Marina Omar, 33, memberanikan diri menubuhkan sebuah spa yang diberi nama "Taman Sari Spa" pada Mei tahun lepas.

Menurut Marina, ungkapan 'Taman Sari' mempunyai maksud keindahan di tubuh seorang wanita dan ini telah mendorong beliau memilih nama untuk perniagaan spa beliau tersebut memandangkan setiap wanita perlu menjaga aset diri yang mereka miliki.

Taman Sari Spa, mempunyai keistimewaan tersendiri, bukan sahaja beroperasi di bangunan yang berusia ratusan tahun bercirikan senibina bangunan zaman penjajahan Belanda tetapi lokasinya juga sangat strategik iaitu di kawasan Tapak Warisan Dunia.

Spa tradisional Melayu

Lebih istimewa lagi, Taman Sari Spa berkonsepkan rawatan tradisional Melayu tulen dan satu-satunya yang beroperasi di kawasan berkenaan.

"Mengapa kita perlu banggakan dengan spa Bali atau Thailand, sedangkan kita sendiri boleh berbangga dengan rawatan tradisional Melayu yang telah diwarisi sejak turun temurun", katanya.

Beliau berkata, masyarakat Melayu mempunyai petua yang telah digunakan lebih daripada seratus tahun lalu oleh nenek moyang dan hanya perlu mengamalkanya.

"Siapa lagi yang boleh mengekalkan warisan tersebut kalau bukan generasi sekarang dan saya ingin terus memartabatkan rawatan tradisional Melayu tulin", katanya.

Marina berkongsi beberapa petua yang diamalkannya seperti berbekung selepas bersalin, minum air dari akarakar kayu, mandi sebelum waktu senja dan mengamalkan ubat-ubatan tradisional.

"Apa yang lebih menarik, kita sepatutnya mengamalkan petua mandi bunga tiga atau empat kali sebulan untuk menaikkan seri muka yang pada zaman dahulu diamalkan oleh golongan bangsawan dan puteri", katanya.

Tidak guna peralatan moden

Selain itu, spa ini tidak menggunakan alat-alat moden dalam rawatannya dan juga tidak menggunakan bahan kimia.

Produk yang digunakan dalam spa ini adalah yang diperbuat daripada herba tradisional dan merupakan produk Melayu yang merangkumi produk aroma terapi, penjagaan badan, herba selepas bersalin dan terdapat juga produk makanan serta minuman.

Taman Sari Spa turut menggunakan akar-akar kayu, herba dan rempah sebagai bahan dalam rawatannya untuk terus mengekalkan tradisi Melayu.

Hampir 90 peratus pengunjung spa ini ialah pelancong asing yang ingin merasai sendiri rawatan tradisional Melayu.

Antara pakej yang ditawarkan di spa ini turut bercirikan Melayu seperti pakej taman sari gemalai, pakej taman sari purnama, pakej taman sari seputih dan pakej taman sari tujuh purnama.

Spa ini juga menyediakan urutan tradisional Melayu yang menggunakan rempah ratus seperti kunyit, buah pala, cengkih dan bunga lawang.

"Urutan ini banyak digemari oleh pelancong kerana mereka ingin merasai sendiri keasyikan urutan tradisional yang disediakan sambil menimba pengalaman yang tidak mungkin akan dirasai di negara mereka", katanya.

Beliau berkata mandi bunga dan mandi susu turut ditawarkan kepada bakal pengantin.

Francais

Di samping mengusahakan perniagaan spa ini, dalam masa sama, Marina juga menyediakan pakej pembelajaran kecantikan bagi menimba ilmu dalam bidang tersebut.

"Pakej pembelajaran ini boleh digunakan untuk memulakan perniagaan kecantikan secara kecil-kecilan contohnya seperti perniagaan rumah ke rumah", kata beliau.

Apa yang dicita-citakan Marina tidak lain daripada membuka francais bagi Taman Sari Spa pada masa depan. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan