Teksi, teksi, di mana dikau?

Diterbitkan: Jumaat, 16 Januari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: "Bandar awak besar tapi nampak macam tak banyak teksi yang ada," kata Adamson Smith, pelancong dari Australia ketika menunggu di sebuah hentian teksi di sebuah kompleks membeli-belah di Jalan Putra di sini.

Situasi itu berlaku pada satu petang Sabtu barubaru ini dan barisan menunggu teksi di situ agak panjang. Tetapi kelihatan hanya beberapa teksi sahaja yang berhenti untuk mengambil penumpang ke destinasi masing-masing.

Haneef Khan, dari Yemen yang datang ke Kuala Lumpur untuk aktiviti pelancongan-perubatan berkata agak sukar mendapatkan khidmat teksi di kompleks membelibelah terutama selepas senja.

"Selain daripada itu, saya tidak mempunyai apaapa rungutan terhadap khidmat teksi Kuala Lumpur," katanya.

Menurut pengalaman penulis ini, teksi di Kuala Lumpur senang didapati tapi kadang kala memang 'hilang daripada pandangan mata' di saat kita memerlukannya terutama pada tengah hari Jumaat dan hari hujan.

SEMBAHYANG JUMAAT

"Pada tengah hari Jumaat, pemandu teksi beragama Islam akan pergi sembahyang Jumaat, jadi anda tak akan jumpa ramai mereka di jalan raya," kata seorang pemandu teksi yang mahu dikenali sebagai Abu Bakar.

Abu Bakar, yang merupakan bekas kapten Tentera Darat, berkata mereka yang memandu ketika ini hanyalah pemandu bukan Islam sedangkan pekerja pejabat ketika itu suka keluar beramai-ramai disebabkan waktu rehat yang lama.

"Sebab itu, tak banyak dan cukup teksi atas jalan pada tengah hari Jumaat," kata beliau.

Jadi memang betullah teksi tidak cukup untuk memenuhi permintaan di Kuala Lumpur?

"Saya tak pasti sebab ada lebih daripada 15 syarikat teksi di Lembah Klang yang saya percaya menyumbang 20,000 buah teksi untuk perkhidmatan. Jumlah itu sepatutnya cukup," kata Abu Bakar.

Menurut Abu Bakar, ada antara pemandu teksi berhenti memandu selepas pukul 7 malam.

"Saya tahu ramai kawan saya (pemandu teksi) yang pulang ke rumah pada waktu petang. Sebab itulah ramai orang susah nak dapat teksi waktu senja," katanya.

Seorang pengawal keselamatan yang juga memandu teksi secara separuh masa berkata penumpang tidak boleh salahkan teksi kerana 'menghilangkan' diri masa kesibukan pagi dan petang juga ketika hari hujan.

"Dah hujan bang, sudah tentu trafik jam", katanya sambil menjelaskan ada pemandu teksi yang memang mengelak daripada pergi ke pusat bandar raya Kuala Lumpur ketika itu.

"Kami lebih senang ke Petaling Jaya, kalau sesak pun tak seteruk Kuala Lumpur," kata beliau. LPKP , PERMIT

Menurut Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Datuk Markiman Kobiran, bila dihubungi di sini barubaru ini, terdapat 22,094 teksi beroperasi dengan aktif di Lembah Klang.

Teksi-teksi itu beroperasi di Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor dan Negeri Sembilan, kata beliau.

Menurut Abu Bakar lagi: "Orang ramai kena faham, tidak semua teksi ini berada di atas jalan raya dalam satusatu masa. Ada yang dihantar ke bengkel kerana rosak manakala pemandu teksi adalah manusia biasa dan mempunyai komitmen serta masalah peribadi atau keluarga."

"Kalau mereka tak mahu memandu dan hanya tinggal di rumah, kita dan pihak berkuasa tak boleh nak buat apa pada mereka. Tapi bagi mereka yang sewa permit dari syarikat, mereka kena bekerja kerana nak bayar sewa harian," katanya.

Bagaimanapun orang ramai yang mahu membuat laporan, boleh menghubungi LPKP pada talian bebas tol 1 800 88 9600 atau SMS 39900.

TAMBANG BERPATUTAN

"Saya rasa harga tambang teksi yang diluluskan pihak berkuasa di Malaysia adalah berpatutan sebab saya dapat bawa pulang RM100 bersih selepas bekerja dari pukul 6 pagi hingga 8 malam setiap hari," kata P. Kumareson dari Puchong, Selangor.

Menurut Kumareson, teksi yang beliau pandu adalah kenderaan gas asli (NGV) dan menggunakan gas sebanyak RM20 sehari.

"Bekerja dengan jujur, saya dapat lebih kurang RM180 sehari. Tolak RM20 untuk makan, RM20 untuk gas dan RM40 untuk sewa permit, saya ada baki RM100 untuk bawa pulang ke rumah.

"Saya sudah membawa teksi selama 18 tahun dan berjaya hantar semua anak saya ke universiti," kata bapa kepada empat anak itu.

Menurut Kumareson, dakwaan sesetengah pemandu teksi yang kerjaya itu tidak memberi pulangan adalah tidak benar.

"Bekerjalah dengan rajin dan anda akan menerima pulangannya," kata beliau.BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan