Yunus mendobi guna tulang empat kerat

Diterbitkan: Khamis, 15 Januari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

DI Jalan Rahang, Seremban, berdepan dengan Masjid Jamek Rahang terdapat sebuah kedai dobi milik anak dagang dari wilayah Uttar Pradesh, India.

Kedai dobi ini diusahakan oleh Mohd Yunus Murth Ali yang sudah berusia 80 tahun.

Beliau berhijrah ke negara ini bersama bapanya pada tahun 1947.

"Saya sudah bekerja mendobi sejak menjejakkan kaki di Malaya. Tempat pertama saya kerja adalah di bahagian dobi kem tentera Port Dickson dan sejak itu saya telah bekerja di pusat mendobi milik tentera di seluruh negara," katanya.

Beliau amat menyukai negara ini malah menganggap penghijrahan mereka anak beranak digerakkan oleh Allah dan ketika itu pula India tidak aman disebabkan permusuhan agama.

Katanya, Malaysia merupakan sebuah negara yang amat diberkati Allah kerana keamanan wujud di manamana malahan orang Hindu, Sikh dan India Muslim yang berselisih di negara asal boleh hidup aman damai di sini.

Kehidupan sederhana

Hidup Yunus sangat sederhana dan pada kaca mata orang lain hidup beliau bagaikan "kais pagi, makan pagi dan kais petang, makan petang", malah penulis sendiri ada mengesyorkan supaya beliau memohon bantuan daripada Baitulmal atau Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Yunus bagaimanapun kelihatan tidak senang dengan saranan itu dan menjawab; "Saya bukan orang miskin untuk menerima bantuan Baitulmal. Seorang mukmin akan menggunakan tulang empat keratnya bekerja...lain kalau saya tidak mampu bekerja dan tidak ada makanan, barulah saya boleh terima sedekah orang".

Prinsip hidup itu menyebabkan Yunus terus bekerja membasuh pakaian pelanggan tanpa menggunakan mesin basuh.

Beliau sebaliknya hanya menggunakan kudrat dua tangannya di kedai dobi yang turut menjadi tempat tinggalnya itu.

Yunus bagaimanapun mengaku agak kurang mengambil upah mencuci baju disebabkan beliau kini sudah terlalu tua dan sebaliknya lebih menumpukan perhatian menggosok pakaian sahaja.

Yunus mengenakan bayaran 70 sen bagi sehelai baju atau seluar dan akan menggosoknya menggunakan sebuah seterika tembaga lama yang diwarisi daripada Allahyarham bapanya sejak tahun 50-an lagi.

Rutin harian Setiap hari, Yunus akan bangun awal menunaikan solat Subuh di masjid di hadapan kedainya dan kemudian membasuh kira-kira 10 ke 20 helai baju pelanggan, bergantung kepada keadaan.

Kedai dobi itu disewa oleh bapanya sejak tahun 50-an lagi dengan bayaran RM25 sebulan tetapi kini sewanya sudah mencecah RM250 sebulan, bangunan itu pun kelihatan usang dengan papannya mereput.

"Saya suka duduk sini kerana dekat dengan masjid. Umat Islam sepatutnya solat di masjid dan tinggal berhampiran rumah Allah, itu lebih baik," katanya.

Bapanya, Murth Ali pernah menjadi bilal di Masjid Jamek Rahang pada tahun 1965.

Beliau tinggal seorang diri sementara seorang anaknya tinggal di kawasan berdekatan. Seorang lagi anaknya berada di Pulau Pangkor dan lima lagi menetap di India.

Impian Yunus

Yunus yang kurang sihat untuk berkata-kata banyak dibantu oleh anak saudaranya yang bekerja di kilang roti bersebelahan iaitu Mohd Alam Mumtaz Ahmed, 23 tahun.

Beliau memperoleh antara RM300-400 sebulan, itupun belum ditolak duit sewa lagi.

Yunus yang sudah ke Mekah menunaikan haji kira-kira dua tahun lepas, berhasrat mahu melawat keluarganya di India, tetapi cita-citanya itu terpaksa dipendamkan dulu kerana belum mampu menyediakan RM2,000 untuk ke sana. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan