SAPP wujud "gelombang politik" pada tahun tikus

Diterbitkan: Isnin, 29 Disember 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Parti Maju Sabah (SAPP) yang keluar daripada campuran Barisan Nasional (BN) pada 17 Sept menyuntik sedikit keseronokan dan drama ke dalam siri gelombang politik di Sabah pada Tahun Tikus ini (2008).

Parti itu keluar daripada BN, tiga bulan selepas ia mengisytihar hilang keyakinan terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Badawi, yang mencetuskan spekulasi bahawa ia akan menyertai Pakatan Rakyat (PR) yang dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim, dakwaan bahawa wakil rakyat dari Sabah dan Sarawak akan menyertai PR.

Masa pengumuman itu dibuat oleh Presiden SAPP Datuk Yong Teck Lee, juga menimbulkan sedikit perasaan pelik tetapi menarik bukan hanya bagi penduduk Sabah malahan semua rakyat Malaysia kerana ia berlaku sehari selepas banyak diperkatakan mengenai kegagalan Pakatan Rakyat untuk mengambil kuasa daripada kerajaan Barisan Nasional pada 16 Sept lalu.

16 Sept bersempena dengan tarikh penubuhan Malaysia, sebuah kesatuan besar yang termasuk Sabah dan Sarawak di mana wakil rakyat kini memainkan peranan penting dalam survival BN dalam arena politik.

Dalam kewajaran keputusan SAPP, Yong mendakwa Sabah selama ini kekurangan termasuk royalti minyak dan memperbesar-besarkan deklarasi lapan perkara untuk mencapai hasrat itu.

Apa yang dilihat sebagai satu drama, bekas timbalan presiden SAPP Datuk Raymond Tan Shu Kiah -- yang tidak bersetuju dengan keputusan untuk meninggalkan BN -- membongkar "rahsia politik" bahawa Yong sebenarnya tidak berpuas hati apabila tidak ada kerusi tambahan diberikan kepada SAPP pada pilihan raya umum lepas.

Tan, yang memilih untuk kekal dengan BN dan terus memegang jawatan kabinet negeri sebagai Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Pembangunan Infrastruktur, dikatakan dalam proses untuk menubuhkan sebuah parti baru yang akhirnya akan memohon menyertai campuran BN.

SAPP yang keluar daripada BN, yang sedikit membayangi kemenangan BN pada pilihan raya negeri lepas, dengan memenangi 59 daripada 60 kerusi yang dipertandingkan yang dilihat sebaliknya sebagai satu peristiwa tahun penting untuk Sabah, dikenali sebagai Negeri di Bawah Bayu.

Pengundi di negeri ini memberikan penghargaan kepada Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman, yang mengetuai BN untuk kembali berkuasa, dengan kemenangan besar pada pilihan raya negeri ini, hanya tewas kerusi Sri Tanjung kepada DAP tetapi pada masa yang sama merampas semula kerusi Kuala Penyu yang menyaksikan BN berkuasa pada pilihan raya negeri 2004.

Kejayaan BN untuk memenangi 24 daripada 25 kerusi Parlimen di Sabah menjadikan kemenangan ini lebih bermakna, membuatkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa bahawa Sabah sentiasa menjadi "simpanan tetap" untuk BN.

"Kita mengucapkan terima kasih kepada penduduk Sabah kerana memberikan percayaan kepada kita sekali lagi," Musa dilaporkan berkata selepas membuat pengumuman keputusan pilihan raya 8 Mac.

Seminggu selepas SAPP keluar daripada BN, satu lagi parti komponen BN -- Pertubuhan Bersatu Pasokmomogun Kadazandusun Murut (UPKO) mengancam untuk mengkaji kedudukannya dalam BN, menyemarakkan lagi keadaan politik di negara ini dengan sedikit spekulasi bahawa UPKO mungkin mengikut jejak langkah SAPP.

UPKO dilihat tidak gembira dengan cara Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengendalikan nasib Yong Lee Hua, 78, daripada kaum Sino-Kadazan, yang diberikan kad pengenalan merah bertaraf penduduk tetap apabila beliau menukar kad pengenalan birunya yang hilang di sebuah supermarket di Penampang tahun lepas.

Bagaimanapun, masalah itu segera ditangani dalam cara BN apabila Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar membuat lawatan mengejut ke pejabat JPN negeri dan memberikan semula Mykad kepada Yong serta mengumumkan pelantikan seorang kakitangan awam tempatan yang kanan Abdul Jaffear Henry sebagai pengarah JPN negeri, berikutan aduan dakwaan tidak cekap dan masalah dalam pengeluaran MyKad.

UPKO juga membuat tarikan politik dengan membantah pembinaan saluran paip gas dari Kimanis ke Bintulu oleh penduduk Sabah tetapi apabila presidennya Tan Sri Bernard Dompok membangkitkan isu ini pada mesyuarat kabinet persekutuan, satu keputusan dicapai untuk meneruskan pembinaan saluran paip gas dari Kimanis ke Bintulu, tetapi hanya gas yang akses sahaja akan disalurkan ke Sarawak.

Kabinet persekutuan juga bersetuju untuk mewujudkan industri petrokimia sepenuhnya di Sabah menggunakan gas dan minyak, menjadikan isu ini sudah berakhir.

Perkara penting berlaku pada tahun ini ialah keputusan Mahkamah Pilihan Raya Kota Kinabalu pada 8 Sept yang mengisytiharkan pemilihan Tan Sri Joseph Kurup daripada Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) sebagai Anggota Parlimen Pensiangan adalah batal dan tidak sah.

Petisyen difailkan Danny Anthony Andipai daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang juga calon bagi kerusi itu. Beberapa hari selepas keputusan itu dibuat, cakap-cakap mengenai persediaan kemungkinan satu lagi pilihan raya kecil diadakan di Pensiangan oleh PKR dan BN akan menguasai berita dalam media tempatan.

Bagaimanapun, pilihan raya kecil itu hilang begitu sahaja, empat hari selepas Kurup memfailkan notis rayuan di Mahkamah Persekutuan di Putrajaya membantah keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu tersebut.

Pada ketika itu Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman dilaporkan berkata bahawa Mahkamah Rayuan hendaklah memutuskan kes ini dalam masa enam bulan dari tarikh rayuan itu dibuat.

Sungguhpun rayuan itu belum didengar, "perjuangan" di kawasan pilihan raya tersebut untuk memenangi hati dan jiwa pengundi di Pensiangan -- kubu kuat BN, telah berjalan secara kecil-kecilan.

Apabila Anwar datang ke Sabah pada 21 Nov lepas, isu pilihan raya kecil Pensiangan timbul semula dan penasihat PKR itu, yang optimistik untuk merampas kerusi tersebut daripada BN, berkata parti berkenaan akan pasti meletakkan calonnya jika pilihan raya kecil diadakan.

Sekurang-kurangnya ada dua nama -- Andipai dan naib presiden PKR Datuk Dr Jeffrey Kitingan akan menentang BN.

Mengenai pembangunan, Musa berkata Sabah menerima peruntukan yang banyak daripada kerajaan persekutuan termasuk RM20 bilion di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan Koridor Pembangunan Sabah sebanyak RM2.3 bilion. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan