Sekolah tarian klasik India Laya tawar ijazah

Diterbitkan: Ahad, 28 Disember 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

DARIPADA pelbagai sekolah tarian klasik India di negara ini, sekolah tarian yang diasaskan oleh Pamela Manoharan Laya Music & Dance Theater (Laya) mungkin satus-atunya yang menawarkan perspektif akademik bagi tarian klasik.

Akademi ini menawarkan Ijazah Sarjana Muda dalam Seni Tarian Klasik India (Bachelor in Bharathanatyam) melalui kerjasama dengan Alagappa Performing Arts Academy (APAA) di California, Amerika Syarikat dan Universiti Alagappa di India.

Pamela, 27, guru tarian yang berminda kreatif, mengelolakan kursus berkenaan bagi pihak kedua-dua institusi ini sejak September tahun lalu.

Pamela adalah antara penari tarian klasik India yang terkenal di Malaysia dan kini mahu berkongsi apa yang diminatinya sejak 24 tahun yang lepas dengan mereka yang lain.

Beliau kini menawarkan pelbagai jenis latihan tarian melalui Laya di Kompleks Mutiara, Jalan Ipoh di sini dan di beberapa lokasi sekitar Lembah Klang dan Rembia, Melaka.

LATAR BELAKANG PAMELA

Pamela, lulusan bidang IT, mula menjejaki dunia tarian klasik India sejak berusia tiga tahun. Beliau adalah anak murid beberapa pakar tarian terkenal di Malaysia seperti V.K. Sivadas dari Temple of Fine Arts, Ramli Ibrahim dari Sutera Dance Theater dan Krishnan Kumari dari Kirshna Bharatha Kala Alayam.

Ketika berusia 13 tahun, Pamela mengikuti Latihan Perguruan tarian di bawah pimpinan Guru Kamalarani serta menjadi guru bantuan di sekolah Kirshna Bharatha Kala Alayam di Kuala Lumpur ketika berusia 16 tahun.

"Saya telah berangkat ke India untuk memantapkan lagi bakat saya selain melanjutkan kursus perguruan dalam bidang itu di bawah pimpinan Guru Padmashree Kamalarani dan Dr. Maya Rao," katanya.

Beliau telah dilatih dalam semua aspek yang berkaitan dengan tarian tradisional India seperti Bharathanatyam, Kathak, Kutchipudi dan Odissi.

"Selain daripada tarian klasik, saya juga mempelajari muzik klasik sejak berusia 10 tahun dan belajar bermain instrumen klasik India seperti harmonium dan veenai", katanya.

Justeru, beliau kini memperluaskan pengetahuan dengan mempelajari tarian kontemporari dan moden seperti tarian Hiphop, Folk Dance dan Salsa di samping menjalankan kajian elemen tarian sejak berusia 12 tahun.

LATAR BELAKANG LAYA

Laya Music & Dance Teater ditubuhkan pada tahun 2001 di Pennsylvania, Amerika Syarikat oleh Pamela ketika beliau menjadi guru tarian sepenuh masa di negara itu.

"Apabila saya pulang ke tanahair, saya telah menutup sekolah berkenaan dan membukanya secara rasmi di Malaysia pada tahun 2004", katanya.

Katanya, selain studio utama di Mutiara Kompleks, Laya juga mengadakan kelas tarian di beberapa tempat iaitu di Plaza Damas (Hartamas), Rembia (Melaka) dan Kuil Varatharajah Perumal (Subang Jaya).

Beliau berkata, terdapat empat tarian utama yang diajar di sekolahnya iaitu tarian Bharathanatyam, Kutchipudi, Odissi dan Kathak.

"Seni tarian Bharathanatyam berasal dari negeri Tamil Nadu di selatan India manakala Kutchipudi dari negeri jirannya Andra Pradesh.

"Kathak pula berasal dari Utar Pradesh di utara dengan pengaruh Islam yang ketara sementara Odisi berasal dari negeri Odissa di timur laut benua India", katanya.

Beliau berkata, selain tarian klasik, nyanyian klasik karnatik India Sangeetham turut diajar di sekolahnya.

Laya mempunyai kirakira 100 pelajar yang berusia dalam lingkungan empat hingga 57 tahun di seluruh negara.

IJAZAH SARJANA MUDA

Laya melancarkan Ijazah Sarjana Muda dalam Seni Tarian Klasikal India pada September tahun lepas, yang menawarkan kursus berunsur teori dan praktikal dengan kelas dijalankan menggunakan kurikulum kursus yang disediakan oleh Universiti Alagappa.

"Kami telah menganjurkan produksi pertama Laya yang bertajuk 'The Body Can Speak' di Pennsylvania dan New Jersey di Amerika Syarikat.

"Berikutan itu, sekolah saya dilantik oleh APAA dan Universiti Alagappa untuk menawarkan kursus peringkat ijazah", kata Pamela.

Beliau berkata, sesiapa yang berumur lebih 12 tahun dan mempelajari tarian Bharathanatyam untuk tempoh minimum tiga tahun layak mengikuti kursus ini.

Langkah pertama untuk mendapatkan ijazah adalah dengan mengikuti kursus peringkat sijil selama satu tahun (3 semester) di sekolah Laya sebelum meneruskannya di peringkat diploma selama setahun dan ijazah (satu tahun lagi).

"Ujian penggal satu dan pertengahan tahun disediakan oleh Laya manakala soalan kertas akhir tahun disediakan oleh Universiti Alagappa. Kertas soalan itu akan dihantar semula ke universiti berkenaan bagi pemarkahan dan mengeluarkan keputusan", katanya lagi.

Mengenai aspek amali, penuntut perlu membuat satu persembahan seperti yang diminta dengan persembahan itu dirakamkan secara video dan dihantar ke India untuk dinilai oleh pihak universiti itu.

KAJIAN YANG DIJALANKAN

Pamela mula menganalisis elemen-elemen yang kecil mengenai bidang itu ketika berusia 12 tahun dan telah menyusun penemuannya dalam lebih 2,000 muka surat.

"Kajian saya mengandungi aspek-aspek pengajaran, persembahan dan koreografi", kata Pamela.

"Kajian saya mengandungi banyak elemen-elemen mengenai bidang ini seperti pentas yang sesuai untuk menari, kenapa sakit lutut jika menari dan bagaimana mengelakkannya, rahsia guru-guru saya, macam mana harus ajar kanak-kanak, macam mana harus mengajar golongan ibu dan banyak lagi." katanya.

Beliau berharap penemuannya itu dapat digunakan sebagai rujukan oleh anak muridnya. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan