suria

Osteoporosis penyakit senyap yang boleh bawa kecacatan

KUALA LUMPUR: Pada satu majlis ceramah bertajuk "Kenali Tulang Anda" barubaru ini, pelbagai pertanyaan diajukan kepada penceramah oleh hadirin yang kebanyakannya wanita, mengenai masalah berkaitan tulang mereka.

Sakit belakang, sakit bahu, sakit lutut atau sendi yang disebut, semua komplikasi ini berkaitan osteoporosis walaupun mereka tidak menyebut terma ini secara spesifik.

Osteoporosis bermakna tulang yang poros sejenis penyakit yang menyebabkan ketumpatan dan kualiti tulang berkurangan. Secara semula jadinya kesihatan tulang manusia merosot beransuransur dari usia 30an.

Penyakit ini didapati banyak berlaku dalam kalangan wanita, kerana secara umumnya kebanyakan lelaki menjalani cara hidup yang lebih aktif dan secara semula jadinya juga mereka mempunyai jisim tulang yang lebih tinggi berbanding wanita. Tubuh wanita

Pengurangan tahap estrogen selepas umur 30 tahun daripada ovari wanita memperlahan proses pembinaan tulang baru dalam tubuh dan osteoporosis boleh berlaku kerana tulang menjadi terlalu lemah untuk menyokong aktiviti normal.

Jisim tulang mula berkurangan kerana proses pembentukan semula tulang menjadi tidak sekata lebih banyak penyingkiran daripada pembinaan tulang baru.

Proses ini menjadi lebih gawat selepas menopaus terutama dalam tiga hingga tujuh tahun menopaus kerana wanita boleh mengalami penyusutan jisim tulang sehingga 20 peratus berbanding pembentukan semula.

Walaupun kadar kehilangan tulang akan akhirnya selaras selepas itu, memelihara struktur tulang yang kuat dan sihat untuk mencegah osteoporosis adalah lebih mencabar.

Ketika tulang menjadi semakin poros dan rapuh, risiko patah tulang semakin meningkat dan osteoporosis disifatkan sebagai sejenis penyakit senyap dan serius yang hanya akan disedari selepas seseorang itu mengalami retak atau patang tulang.

Kesan osteoporosis di Asia mengikut satu kajian, dijangka meningkat dengan perangkaan lebih 50 peratus kejadian retak atau patah tulang pinggul dunia akan berlaku di Asia mejelang 2050.

Kurang ambil kalsium

Retak atau patah tulang pinggul ini hampir pasti akan membawa kepada kemasukan wad dan mengakibatkan maut dalam satu daripada setiap lima (20 peratus) kes patah tulang pinggul dan antara 30 hingga 50 peratus lagi berkemungkinan besar mengalami kecacatan kekal yang akan mengganggu pergerakan harian mereka.

Walaupun ramai wanita seperti pada majlis ceramah "Kenali Tulang Anda" itu, sedar mengenai ancaman osteoporosis tetapi tidak ramai yang melakukan cara terbaik untuk mencegahnya iaitu mendapatkan keperluan kalsium harian yang cukup 800 hingga 1,000 miligram (mg) di samping nutrien penting seperti protein zink, magnesium dan vitamin D untuk memelihara tulang yang sihat dan kuat.

Pengambilan kalsium yang rendah merupakan antara faktor risiko utama osteoporosis kerana kalsium diperlukan untuk mengekalkan tulang serta mengekalkan jumlah yang kecil tetapi tetap di dalam darah.

Menurut Pengurus Besar Fonterra Brands (Malaysia) Sdn Bhd, John McKay, syarikat pengedar susu Anmum, Fernleaf dan Anlene, purata kadar pengambilan kalsium di dalam diet rakyat Malaysia hanya di antara 300500mg sehari.

Syarikat itu membelanjakan lebih daripada RM128 juta juta bagi membuat penyelidikan mengenai kesihatan tulang sejak 15 tahun lalu dan terlibat dalam 18 ujian klinikal yang berkaitan dengan kesihatan tulang.

Anlene mengadakan program pemeriksaan tulang percuma sempena Hari Osteoporosis Sedunia pada 20 Oktober lepas. Pemeriksaan dilakukan di beberapa lokasi dari 21 Oktober hingga 2 November dan orang ramai mengambil peluang itu, untuk menjalani pemeriksaan tulang dan menilai risiko kemerosotan jisim tulang mereka.

Pakar nutrisi ditempatkan di setiap lokasi untuk membantu memberi nasihat berpandukan hasil pemeriksaan itu, di samping memberikan nasihat diet yang bersesuaian untuk tulang yang kuat dan sihat.

Tingkatkan kesedaran orang ramai

Tetra Pak (Malaysia) Sdn Bhd dengan pelanggannya Fonterra Brands dan Dutch Lady Milk Industries Berhad sempena Hari Osteoprosis Sedunia tahun ini juga, bekerjasama dengan Persatuan Osteoporosis Malaysia (MOS), mengadakan Karnival Osteoporosis di Sunway Piramid untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang peranan susu dan pemakanan yang baik dalam menjaga kesihatan tulang.

Tetra Pak adalah penaja emas sedunia kepada Yayasan Osteoporosis Antarabangsa (IOF) dan terlibat secara langsung dalam meraikan Hari Osteoporosis Sedunia ini.

Pengarah Urusan Tetra Pak (Malaysia) Sdn Bhd Peter Jhaveri berkata, orang ramai tahu tentang osteoporosis namun majoriti tidak begitu mengendahkan cara mencegahnya.

"Sejajar dengan cogan kata kami 'Melindungi Yang Baik', kami beranggapan adalah lebih bermanfaat untuk memberi peluang kepada orang ramai mendapat pendedahan gaya hidup sihat seperti meminum sekurangkurangnya dua pek susu UHT setiap hari , mudah-mudahan ia menjadi amalan," katanya.

Karnival itu dipenuhi dengan pelbagai aktiviti termasuk sesi mencuba pelbagai susu UHT yang terdapat di Malaysia dan permainan laman web berkaitan kesihatan tulang.

Kemuncak acara karnival itu ialah litar berhalangan dengan 10 cabaran yang menguji kekuatan, kepantasan, teknik dan pengetahuan peserta berkaitan kesihatan tulang. Hadiah utamanya, selain baucar membeli belah bernilai RM1,500, ialah bekalan susu UHT selama setahun!.

Langkah pencegahan

"Pada umumnya masyarakat Malaysia memandang rendah terhadap kepentingan mempromosi kesihatan tulang. Penekanan lebih banyak diberikan kepada penyakit jantung koronori, diabetes, Aids dan barah payudara tetapi tidak kepada osteoporosis," kata Presiden MOS Prof Dr S.P. Chan sempena karnival itu.

Beliau gembira Tetra Pak memilih untuk mendekati orang ramai melalui karnival itu bagi menarik perhatian mereka terhadap peningkatan kadar berlakunya penyakit osteoporosis dan mendedahkan langkahlangkah pencegahan dengan mempromosi gaya hidup sihat dari usia muda.

Dilaporkan buat masa ini di Eropah, Amerika Syarikat dan Jepun, seramai 75 juta orang terjejas akibat osteoporosis dan seorang daripada tiga wanita atau seorang daripada lima lelaki yang berusia lebih 50 tahun mengalami patah tulang pinggul. Kejadian itu semakin meningkat seiring dengan bilangan populasi yang sudah berumur di seluruh dunia.

Menurut IOF, bilangan kejadian patah tulang pinggul di seluruh dunia akan meningkat daripada lebih 1.5 juta kepada enam juta menjelang 2050.

Hasil kajian menunjukkan kebanyakan wanita di Malaysia mendapat kurang daripada 50 peratus jumlah kalsium yang disaran untuk kesihatan tulang maka sudah tiba masanya mereka memilih sumber yang tinggi kalsium seperti produk tenusu susu segar, keju dan yogurt umpamanya sebagai diet ruji mereka. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Ubi rezeki musim tengkujuh

Artikel Lain