Kenaf pengganti ideal tembakau

Diterbitkan: Jumaat, 3 Oktober 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KENAF akan menjadi tanaman alternatif menggantikan tembakau memandangkan lebih 5,000 penanam tembakau di negara ini dijangka terjejas teruk apabila Kawalan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) dikuatkuasa menjelang 2010.

Di bawah AFTA, akan berlaku penurunan harga dan pengurangan duti import tembakau.

Kenaf ialah sejenis pokok tropika yang menghasilkan fiber menyerupai jut dan kebiasaannya digunakan untuk menghasilkan tali dan tekstil.

Kenaf boleh dituai hasilnya selepas 120 hari dan kitaran penanamannya ialah tiga kali setahun.

Alternatif tembakau

Pengerusi Lembaga Tembakau Negara, Datuk Mohd Zain Ismail berkata, petani yang mempelopori projek tanaman kenaf di Kelantan membuktikan bahawa tanaman tersebut efektif untuk menggantikan tembakau yang kurang kompetitif dalam industri perladangan.

Beliau berkata, Malaysia akan mengeksport 50,000 tan metrik kenaf setahun dengan nilai RM15 bilion mulai tahun depan.

Ini akan menjadikan kenaf sebagai komoditi utama negara menjelang 2010, katanya dan menambah bahawa Korea akan menjadi negara pengimport pertama dari Malaysia yang berjumlah 50,000 tan metrik setahun.

Fiber

Beliau berkata, peringkat pertama penanaman, sebanyak 1,000 hektar kenaf akan dilaksanakan termasuk 700 hektar di Kelantan.

Sementara itu, Ketua Unit Kenaf Lembaga Tembakau Negara (LTN) Kelantan, Aizwan Azmi berkata, dengan harga kenaf semasa RM500 setan metrik, penanam kenaf mampu memperoleh pendapatan lumayan dengan hasil 15 tan metrik sehektar yang mampu membebaskan petani dari belenggu kemiskinan.

Katanya, hasil peningkatan projek kenaf, dua kilang memproses dibina sebagai memenuhi keperluan iaitu di Air Tawar, Pasir Puteh dan di Beris Lalang, Bachok yang membabitkan peserta projek Diraja Kelantan.

"Kilang yang memuatkan mesin bernilai RM600,000 hasil kepakaran pegawai LTN menerusi teknik inovatif berjaya memproses sepuluh tan metrik kenaf sehari dalam masa lapan jam bekerja.

"Hasil kenaf yang diproses di Tok Bali dan Beris lalang ini dieksport ke Jerman dan Korea untuk keperluan pembuatan automotif, pembuatan perabot dan alat elektrik," katanya.

Menurutnya, apa yang pasti penanam kenaf mula yakin dengan prospek tanaman tersebut dan peningkatan harga dari RM300 kepada RM500 setan metrik memberi jaminan bahawa pendapatan petani akan meningkat.

Tambahan lagi, katanya, Pelan Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) yang membabitkan pelaburan RM112 billion dalam tempoh 12 tahun, yang turut menjadikan tanaman kenaf sebagai satu daripada sektor pertanian yang akan dibangunkan, dilihat mampu membantu dalam menangani ketidakseimbangan ekonomi di wilayah berkenaan. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan