Proton Persona Serba Baharu Akan Dilancar 23 Ogos Ini

Diterbitkan: Sabtu, 13 Ogos 2016 10:00 AM

Proton Persona baharu dari sisi belakang.

(Ubah saiz teks)

SUBANG JAYA: Proton Holdings Bhd bakal memperkenalkan varian terbaharu yang dikenali sebagai Proton Persona Serba Baharu pada 23 Ogos ini selaras dengan sasaran syarikat itu bagi meningkatkan keluaran kenderaan bermutu dalam kategori segmen B.

Biarpun belum dilancarkan secara rasmi kepada umum, pihak media telah diberi peluang untuk memandu uji Proton Persona Serba Baharu bagi merasai sendiri kelebihan varian terbaharu ini.

Dikuasakan dengan enjin 1.6 liter Variable Valve Timing (VVT),  pemanduan lebih lancar dapat dirasai berbanding kereta keluaran Proton sebelum ini kerana tiada lagi kedengaran bunyi kekasaran enjin setiap kali meningkatkan pecutan.

Proton Pesona Serba Baharu ini turut menggunakan Kawalan Kestabilan Eletronik (ESC) yang memberi keutamaan kepada ciri keselamatan cengkaman brek yang cukup kental.

Terdapat tiga pilihan bakal dikeluarkan iaitu Standard, Executive serta Premium dan setiap pilihan ini memiliki keistimewaan yang tersendiri.

Bagi varian Standard ia didatangkan dengan dua pilihan transmisi iaitu 1.6 MT dan 1.6 CVT Standard, 1.6 CVT untuk Executive, 1.6 CVT Premium serta  1.6 CVT Premium (bodykit) untuk varian Premium.

Menerusi Persona Premium, kenderaan ini akan dilengkapi enam beg udara dan juga disediakan kamera belakang untuk kemudahan pemandu.

Selain itu, ruang bagasi di bahagian belakang pula ternyata besar kerana mempunyai keluasan 510 liter, melebihi dari keluasan kenderaan pesaing utama Proton.

Tempahan bagi Pesona serba elegen ini akan dibuka bermula Isnin depan namun harga untuk kelima-lima varian tersebut belum dimaklumkan tetapi dikatakan kompetatif.

Tags / Kata Kunci: Proton

iklan

Video

Jumaat, 28 April 2017 5:30 PM

Hasrat Faizal Tahir Berehat Terganggu

Jumaat, 28 April 2017 3:47 PM

'Istana' Unik Di Rusia

Jumaat, 28 April 2017 11:39 AM

Kiri, Kanan, Depan,Belakang Ais Krim

Jumaat, 28 April 2017 9:30 AM

Apa Punca Aiman Sidek Masih Tidak Popular ?

Khamis, 27 April 2017 5:32 PM

Siapa Sanggup Tunggu Elly Mazlein?

Khamis, 27 April 2017 3:30 PM

Belum Ada Rezeki Anak - Bella Dally

Rabu, 26 April 2017 10:48 AM

Meninggal Dunia Ketika Baca Al-Quran

Kolumnis

iklan

Iklan