Kejuaraan Formula Y 2013: 50 Pasukan Tampil Beri Cabaran

Diterbitkan: Khamis, 11 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KEJUARAAN Formula Y – pentas yang mengabungkan antara perlumbaan dan pertandingan kreativiti khusus buat penuntut di Malaysia semakin hangat dengan lebih daripada 50 pasukan bakal bersaing antara kepintaran, kepantasan dan kelasakan idea serta rekaan kemahiran dalam merebut ganjaran keseluruhan bernilai RM80,000.

Pentas yang melibatkan persaingan antara penuntut Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan Institut Latihan Kemahiran (ILK) mempraktikkan khususnya ilmu kejuruteraan mekanikal yang ditimba mereka ke litar lumba.

Edisi sulung yang berlangsung di Litar Sukan Motor Antarabangsa Melaka ini merupakan anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan Kelab Sukan Permotoran Belia (YMC) yang bertindak selaku rakan pengelola selain pengiktiran dari Persatuan Sukan Pemotoran Malaysia (MAM).

Sementara itu, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Senator Gan Ping Sieu mengesa khususnya para pelajar yang menyertai pentas Formula Y buat julung kali ini, tampil inovatif dalam memperagakan kemahiran mereka dengan mempraktikkan ilmu kejuaraan mekanikal mereka ke pentas lumba sebegini.

“Program ini akan memberi peluang kepada pelajar untuk bersaing secara sihat dan bertukar pengetahuan berkaitan ilmu kejuruteraan dan menjadikan platform ini sebagai usaha menarik penglibatan pemain industri automotif, sukan permotoran, industri pembuatan, penaja dan badan korporat," jelasnya.

Tambah beliau,"Formula Y menampakkan imej yang ditonjolkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sebagai salah satu platform kepada belia di institusi pengajian mempamerkan bakat dalam industri sukan permotoran".

Keunikan kejohanan tersebut ialah jentera lumbanya menggunakan enjin empat lejang melintang dan bersudut yang diubah suai daripada motosikal yang mesti dipasang di kilang Malaysia.

Antara institusi pengajian tempatan mengambil bahagian antaranya Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Giat Mara, Institut Kemahiran Mara, Institut Latihan Perindustrian (ILP), Kolej Komuniti, Politeknik, Universiti Teknikal Malaysia, Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) Taylor’s Universiti Collage, Multimedia Universiti (MMU), Universiti Teknologi Malaysia, The Otomotif College (TOF), German Malaysia Institute (GMI) dan beberapa pasukan lain.

iklan

Kolumnis

iklan

Produk Berkaitan

Iklan