Nissan Almera Dijangka Jadi Pesaing Utama Segmen B

Diterbitkan: Jumaat, 10 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Nissan Almera
Nissan Almera

KUALA LUMPUR: Edaran Tan Chong Motor (ETCM) memperkenalkan varian terbaru sedan segmen B iaitu Nissan Almera yang akan mula berada di pasaran pada suku keempat 2012 (Oktober-Disember) ini.

Selepas hampir 20 tahun Nissan tidak mengeluarkan segmen B, kini Nissan Almera dilahirkan dengan 1.5 transmisi automatik dan manual yang pastinya mendapat sentuhan lebih moden dan berteknologi tinggi.

Nissan Almera baru yang kini dijangka bakal memberi saingan kepada jenama segmen B lain merupakan Sedan Global paling laris bagi Nissan dan telah dijual melebihi 460,000 unit sejak ia dilancarkan pada tahun 2010, terutama di China dan Thailand.

Pastinya ia menjadi kelebihan kepana Nissan Almera kerana ia merupakan model Pemasangan Komponen Terurai (CKD) yang bakal dipasang di Malaysia, di kilang Tan Chong yang terletak di Serendah.

Dengan harga mampu dimiliki diantara RM70,000 hingga RM80,000 lebih ia juga dianggap kenderaan sesuai bagi golongan muda yang mementingkan ciri-ciri moden dan bergaya.

Nissan Almera tampil dengan lima warna menarik seperti Bronze Gold, Sepphire Black, Twilight Grey, Tungsten Silver dan Brilliant White.

Pengarah Eksekutif ETCM, Datuk Dr Ang Bon Beng berkata, model terbaru ini tampil dengan gaya kemewahan dan ruang yang lebih luas berbanding dengan pesaing lain dalam segmen yang sama.

"Ia juga direka dengan teknologi baru yang biasanya ditemui dalam segmen yang lebih mahal.

"Dengan keluasan ruang dalaman mengagumkan dan tahap keselesaan di luar jangkaan, kami yakin Nissan Almera akan menjadi model terlaris di Malaysia," kata pada sesi pratonton eksklusif bersama media, Jumaat.

iklan

Kolumnis

iklan

Produk Berkaitan

Iklan