Chevrolet Hargai Pelanggan Dengan Kempen Servis Hari Raya

Diterbitkan: Rabu, 25 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)
Servis istimewa ditawarkan kepada semua pelanggan Chevrolet bermula 15 Julai hingga 31 Ogos ini.
Servis istimewa ditawarkan kepada semua pelanggan Chevrolet bermula 15 Julai hingga 31 Ogos ini.

KUALA LUMPUR: NAZA Quest Sdn Bhd pengedar rasmi jenama Chevrolet di Malaysia kini telah memulakan kempen servis kenderaan sempena Hari Raya yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Ini juga untuk memastikan pemilik kenderaannya menghantar kereta ke pusat servis sebelum memulakan perjalanan ‘Balik Kampung’.

Kempen servis Hari Raya Service kini bermula di semua pusat servis yang terpilih bermula 15 Julai hingga 31 Ogos 2012.

Pemilik model Chevrolet Captiva, Cruze dan Colorado dikecualikan membayar upah dan mendapat khidmat percuma untuk pemeriksaan berjadual.

Manakala pemilik model Aveo, Nabira, Optra dan Spark pula bakal menerima diskaun untuk minyak dan penukaran penapis (minyak semi sintetik) serendah RM88 untuk pemeriksaan berjadual.

Semua pemilik Chevrolet layak untuk mendapat 40 mata secara percuma dan diskaun alat ganti terpilih sehingga 70 peratus dan turut membawa balik hadiah istimewa.

"Setiap tahun kami mengadakan kempen ini dan kami turut menerima maklum balas positif mengenainya sebelum ini.

"Ia diadakan bagi memberi penghargaan kepada pelanggan-pelanggan kami, dan dalam masa sama dapat memastikan perjalanan Hari Raya berjalan lancar," jelas Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan Naza, Datuk Wira SM Faisal SM Nasimuddin.

Sementara itu, sempena meraikan Hari Raya dan Ulang Tahun Kemerdekaan Malaysia ke 55, NAZA Quest turut menawarkan pelbagai pakej percuma dengan setiap pembelian Chevrolet Cruze, Colorado atau Captiva.

Pakej percuma akan termasuk dalam jualan ketiga-tiga model tersebut selama 55 hari, bermula dari 15 Julai sehingga 7 September 2012 dan terdiri daripada :

Cruze

Percuma RM300 baucer petrol

Percuma 3 tahun jaminan

Percuma untuk menaiktaraf kepada versi LT sports (dengan body kit dan 18 inci rim aloi)

Percuma hadiah misteri

Colorado

Percuma RM300 baucer petrol

Percuma 3 tahun jaminan

Percuma bayaran cukai jalan dan pendaftaran (untuk model 2.8LT Manual & 2.5LT Manual sahaja)

Captiva

Percuma RM300 baucer petrol

Percuma 3 tahun jaminan

Percuma 3 tahun alat ganti & upah pemasangan

Bonus EXTRA bonanza

Promosi hanya untuk kenderaan yang dijual oleh Hicomobil, Hicom-Chevrolet atau NAZA Quest sahaja (model Aveo, Cruze, Captiva, Colorado, Nabira, Optra, dan Spark)

NAZA Quest Sdn Bhd berhak untuk mengubah atau menarik balik apa sahaja terma dan syarat tanpa sebarang pengumuman.

Hanya sah di pusat servis Chevrolet yang bertauliah seperti berikut :

NAZA Quest Auto S/B (Jln Ampang) 03- 4252 0288

NAZA Quest Auto S/B (Kg Bahru) 03- 2694 8001

NAZA Quest Auto S/B (Puchong) 03- 8071 5777

NAZA Quest Auto S/B (Petaling Jaya) 03- 7953 2888

Pantai Bharu Holdings S/B (Klang) 03- 3342 3636

Bangi Car Sales S/B (Kajang) 03- 8925 8252

Progressive Quality S/B (Subang Jaya) 03- 8025 1033

Edaran NHL S/B (Melaka) 06- 283 9200

Keonsae Corporation S/B (Kempas) 07- 2956 269

GB Motors S/B (Ipoh) 05- 506 3133

Intensive Dynasty S/B (Bukit Mertajam) 04- 588 0707

Titanium Lifestyle Corporation S/B (Sg Petani) 04- 421 8001

Golden Crew S/B (Kuantan) 09- 515 6127

Magi Design Far-East S/B (Kota Bharu) 09- 744 6889

Ismaco Autotrade S/B (Kuching) 082- 338 686

NAZA Quest Auto S/B (Kuching) 082- 233 792

Syarikat JL Motorworld S/B (Miri) 085- 656 696

NA Classics S/B (Labuan) 087- 425 406

OBM Automart (M) S/B (Kota Kinabalu) 016- 830 8829

Boston Auto S/B (Sandakan) 089- 227 770

iklan

iklan

Iklan