Mitsubishi Triton VGT Lebih Berkuasa

Diterbitkan: Selasa, 13 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mitsubishi Triton VGT
Mitsubishi Triton VGT

MITSUBISHI Motors Malaysia (MMM) selaku pengedar tunggal kenderaan keluaran Mitsubishi Motors Corporation (MMC) di Malaysia secara rasminya telah melancarkan varian paling berkuasa model trak pikap Triton, Mitsubishi Triton VGT di Kuching pada awal bulan ini.

Penampilan terbaru varian Triton ini dilengkapi dengan enjin diesel 2.5 liter berkuasa dan ekonomikal bersama-sama teknologi Variable Geometry Turbo (VGT) itu kini menempa nama sebagai trak pikap paling berkuasa di dalam kelasnya di pasaran tempatan.

Menurut kenyataan yang diberikan, model yang menerima pelbagai anugerah di Malaysia ini mampu menghamburkan kuasa kuda dan tork maksimum setinggi 178PS dan 350Nm.

Bukan saja kuasa enjin yang lebih tinggi berbanding sebelumnya, malah kuasa tork enjin keseluruhan berjumlah 350Nm tersedia seawal putaran enjin serendah 1,800 rpm lagi, yang kemudiannya berterusan sehingga mencecah 3,500 rpm.

Dengan kuasa itu, ia mampu melakukan pecutan lebih berkuasa hebat dan meningkatkan tahap pemanduan, sekali gus memberikan tahap penjimatan bahan api luar biasa.

Dengan enjin VGT dan nisbah gear tambahan, tahap penggunaan bahan api impresif dicatatkan pada angka 14.4 km/l sekitar kelajuan malar 90 km/j dan ianya sama seperti varian semasa 2.5L AT, 14.5 km/l.

Selain tumpuan diberikan kepada enjin baru, padanan sistem transmisi juga telah dinaik taraf kepada kotak gear automatik 5-kelajuan standard dengan ciri sports mode.

Unit ini mempunyai satu nisbah ke hadapan lebih berbanding sebelumnya, sementara sports mode eksklusif dalam segmennya membolehkan pemilihan gear secara manual untuk kawalan pemanduan yang lebih baik.

Ciri itu juga menjadikan kedudukan Triton VGT kini lebih kukuh sebagai trak pikap untuk gaya hidup aktif.

Rekaan bahagian luar pula, Triton VGT telah melakukan perubahan dari segi kemasan termasuk bampar depan lebih teguh, serta turut dilengkapi dengan

Di bahagian luaran, Triton VGT telah menerima beberapa perubahan dan kemasan terbaru antaranya bampar depan yang kelihatan lebih teguh dan bergaya, roll bar berwarna matte black dan 17 inci rim aloi sporty.

Tidak lengkap tanpa aksesori terkini, Triton VGT turut menyediakan sistem Bluetooth dan peranti mudah alih iPod. Ianya juga turut dipasangkan dengan alat pengesan di sudut hadapan dengan paparan visual.

Pemilik boleh membuat pilihan tiga warna menarik iaitu Putih (White Solid), Hitam (Black Mica) dan Perak (Cool Silver Metallic), model yang diimport sepenuhnya itu ditawarkan pada harga atas jalan RM105,997.10 (Semenanjung Malaysia) termasuk insuran (harga di Sabah RM105,721.50 dan Sarawak RM105,812.10).

Pemilik Triton VGT bakal menikmati tempoh jaminan selama 3 tahun dan pakej penyelenggaraan percuma selama 2 tahun untuk pengalaman pemilikan tanpa sebarang kerumitan.

Menawarkan pelanggan pilihan yang lebih luas, Triton VGT akan melengkapkan barisan semasa Triton sedia ada, yang terdiri daripada varian Triton 2.5 liter 4×4 dengan transmisi automatik dan manual, Triton Standard 2.5 liter 4×4 manual dan Triton Lite 2.5 liter 4.2 manual.

Selain itu, ini Mitsubishi Motors Malaysia mensasarkan jualan sebanyak 250 unit Triton VGT pada setiap bulan, dengan jumlah jualan semasa ketika ini direkodkan hampir 700 unit sebulan bagi semua varian Triton.

iklan

iklan

Iklan