suria

Pasangan Selebriti Singapura Usahakan Bisnes Kek Cawan Di Malaysia

Pasangan selebriti Singapura, Teo (kanan) dan Ong berharap dapat mengembangkan lagi perniagaan Twelve Cupcakes di seluruh Asia.

PASANGAN selebriti dari Singapura kini mencuba nasib mereka di Malaysia dengan membuka cawangan perniagaan kek cawan (cupcake) di Lembah Klang.

Setakat ini, bekas ratu cantik Jaime Teo dan penyampai radio Daniel Ong mempunyai dua cawangan cupcake yang dikenali sebagai Twelve Cupcakes, di Petaling Jaya. Cawangan ketiga akan dibuka di Kuala Lumpur pada hujung minggu ini.

Cawangan pertama terletak di pusat membeli-belah Sunway Pyramid yang dibuka pada tahun lepas. Manakala cawangan kedua dibuka di 1Utama pada Isnin lepas. Cawangan ketiga akan dilancarkan di Mid Valley Megamall.

Cawangannya Twelve Cupcakes di Malaysia merupakan rangkaian Asia keempat.

Bagaimanapun, langkah mereka tidak akan berhenti apabila pasangan itu melihat potensi perniagaan kek cawan yang begitu menguntungkan.

Antara senarai pasaran negara yang akan ditembusi mereka ialah Emeriah Arab Bersatu (UAE), China, Jepun, Korea dan India.

Mereka juga tidak melihat usaha mereka di Malaysia sebagai pintu masuk ke pasaran di Timur Tengah atau menjejaskan perniagaan kek cawan tempatan sedia ada.

"Saya percaya rasa kek cawan kami adalah berbeza berbanding yang lain. Selain mengurangkan kemanisannya bagi menyesuaikan dengan selera orang Asia, kami membakarnya setiap hari. Kami tidak menjual kek cawan yang dibuat malam sebelumnya," kata Ong.

"Menggunakan lebih banyak bahan-bahan yang berkualiti, kami membakar kek cawan dalam kuantiti yang kecil untuk memastikan keadaannya lebih enak dengan rasa seperti dibuat di rumah.

"Kita tahu konsisten dalam membuat kek akan menambat hati pengemar kek cawan di seluruh Asia."

Teo mengakui bahawa para pelanggan sentiasa mahukan lebih banyak pilihan dan sentiasa menyediakan hidangan yang berkualiti.

Selain Malaysia, Twelve Cupcakes mempunyai 12 cawangan di Singapura, sembilan di Jakarta, empat di Taiwan dan tiga cawangan masing-masing di Hong Kong dan Manila.

Di Singapura sahaja, mereka menjual lebih tiga juta cupcakes sejak Julai 2011.

Mengetengahkan lebih 60 perisa, perniagaan pasangan itu menggunakan identiti warna putih serba ringkas dalam memperkenalkan himpunan kek cawan yang berwarna-warni.

"Nama Twelve Cupcakes bermaksud nombor 12 yang merupakan signifikan dalam kehidupan kita seperti 12 jatuhan pin bagi permainan boling, 12 bulan dalam setahun, 12 nombor dalam putaran waktu, dan sudah tentu 12 lubang dalam dulang membakar yang biasa," kata Ong.

Beliau berkata, mereka melihat peluang perniagaan yang baik di Malaysia selepas membuat kajian pasaran.

Teo, yang merupakan salah seorang personaliti TV kesukaan ramai di Singapura dan dimahkotakan sebagai Miss Singapore Universe 2001 berkata, strategi asas mereka adalah membuat kek cawan yang baru dimasak.

"Ini adalah janji kami. Bukan gimik, tapi hanya mahu membuat kek cawan yang benar-benar berkualiti."

Pasangan itu berharap Twelve Cupcakes akan dikenali dari mulut ke mulut.

"Kami kebiasaannya tidak membuat pembukaan secara besar-besaran. Kami mahu menyesuaikannya dengan operasi kami terlebih dahulu. Kami mahu orang ramai mengenali kami berbanding mengiklankan perniagaan kami. Tidak mengambil masa yang lama untuk mengenali kek cawan kami menerusi perbualan dari rakan-rakan mereka."

Teo begitu suka membakar kek dan terdapat satu program televisyen yang mendorong beliau untuk memulakan perniagaan itu.

"Apabila saya menoton program DC Cupcakes di televisyen, saya memebritahu Dan yang saya mengimpikan untuk memiliki kedai kek cawan sendiri seperti yang dilihat dalam program berkenaan. Dia yang merupakan usahawan dengan segera membuat rancangan perniagaan itu," katanya.

Pasangan itu melengkapi antara satu sama lain bagi memulakan perniagaan. Ong merupakan pakar strategi perniagaan dan Teo melakukan kerja-kerja dari segi kreatif kek cawan seperti menghasilkan perisa dan mengeluarkan idea pemasaran dan promosi.

Walaupun mengusahakan perniagaan mereka sendiri dalam tempoh yang panjang, namun pasangan itu dapat mencari masa untuk anak perempuan mereka, Renee yang berusia setahun.

Mereka juga mendapati bahawa mereka mempunyai lebih banyak masa sekarang, dengan mengamalkan fleksibiliti berbanding apa yang dilakukan mereka sebelum ini. Ini sekali gus memberikan kepuasan kepada diri mereka.

Ong yang mengakui beliau adalah pencinta makanan berkata, mengusahakan perniagaan itu adalah tepat pada masanya dan dengan minatnya dalam pembinaan, rekaan dalaman dan makanan, ia memberikan kelebihan buat beliau untuk mengendalikan projek kek cawan itu.

"Setakat ini, tidak apa yang perlu dikesalkan walaupun banyak kali tak cukup tidur," katanya.

Beliau berkata, mereka juga mahu melihat pelanggan mereka berpuas hati.

"Adalah satu ganjaran buat kami apabila bila melihat Likes (tanda suka) di Facebook dengan lebih 10,000 gambar-gambar (#twelvecupcakes) yang dimuat naik di Instagram dan melihat wajah-wajah mereka yang gembira menikmati kek cawan kami," kata Teo.

Bagi memastikan mereka terus kompetitif dalam pasaran, Teo berkata, mereka perlu mencari perisa baru, dengan mengimport bahan-bahan dan melakukan lawatan luar negara untuk membeli dan melihat resipi-resipi baru, setiap bulan.

Bagaimanapun katanya, cabaran mereka adalah untuk mendapatkan bahan-bahan yang bertepatan, rasa dan perisa yang disukai ramai.

Beliau berkata, kadang-kala mereka perlu mengambil risiko bagi memastikan mereka untuk mendapatkan formula yang tepat.

Teo berkata, beliau mendapat inspirasi dari mana-mana untuk menghasilkan rasa bagi kek cawan mereka.

Beliau berkata dalam salah satu promosi mereka menawarkan kek cawan berperisa coklat cili tetapi hanya pelanggan yang sukakan cabaran dan kelainan akan mencuba dna menyukainya.

Bagi memastikan Twelve Cupcake mendapat perhatian, kek cawan yang dibakar segar dan dihiaskan dan dipamerkan begitu sahaja bagi membolehkan para pelanggan menikmati baunya.

Beliau berkata, kesemua kek cawan melalui pembakaran dan pengendalian peralatan yang teliti bagi memastikan kualitinya dijamin.

Teo berkata, bagi memberi ganjaran dan sebagai memberi maklumat kepada pengikut setianya, Twelve Cupcakes turut akan melancarkan aplikasi telefon pintar tidak lama lagi.


kek cawan, selebriti singapura

Artikel Sebelum

Artikel Lain