Hutan Simpan Ayer Hitam Puchong Potensi Jadi Pusat Kajian Antarabangsa - UPM

Diterbitkan: Selasa, 21 April 2015 5:26 PM

Air dari Sungai Rasau, Hutan Simpan Ayer Hitam Puchong adalah kategori Kelas 1 dan sangat bersih serta jernih.

(Ubah saiz teks)

SERDANG:  Kepelbagaian spesies mamalia dan tumbuhan di Hutan Simpan Ayer Hitam, Puchong yang kini diletakkan di bawah pentadbiran dan pengurusan Universiti Putra Malaysia (UPM) berpotensi untuk menjadikannya model hutan pendidikan dan penyelidikan antarabangsa.

UPM menerusi Fakulti Perhutanannya menyasarkan untuk memasyhurkan hutan ini sebagai model hutan pendidikan dan penyelidikan antarabangsa.

Untuk itu, UPM membangunkan Pusat Pendidikan Perhutanan Sultan Idris Shah (SISFEC) di situ bagi tujuan berkenaan kepada pelajar dan kakitangan UPM. SISFEC dirasmikan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Canselor UPM pada tahun 2012.

Pada masa ini, lebih 100 penyelidikan sedang dijalankan di hutan simpan itu, manakala secara purata 4,000 orang pengunjung melawat setiap tahun antaranya pelajar yang melakukan latihan amali, lawatan bersifat pendidikan daripada institusi pengajian tinggi dan program kesedaran perhutanan bersama komuniti yang turut dijalankan dengan badan-badan kerajaan serta Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).

Dekan Fakulti Perhutanan, Profesor Dr Mohamed Zakaria Hussin berkata, SISFEC berpontesi menjadi pusat pendidikan perhutanan tropika terunggul di rantau Asia Pasifik.

“Kita sedang lakukan pelbagai inisiatif dan berusaha menarik penyelidik luar negara ke sini dan menulis hasil penyelidikan mereka,” katanya sebagaimana yang dipetik dari Portal Berita UPM.

Hutan simpan itu dengan keluasan asal 4,270.7 hektar diwartakan sebagai hutan simpan tertutup pada tahun 1906 tetapi keluasannya telah menguncup hanya kepada 1,176.1 hektar pada masa ini akibat kepesatan pembangunan dan perindustrian di kawasan sekitarnya.

Bermula pada tahun 1996 pula, melalui satu perjanjian, kerajaan Selangor telah memberikan kebenaran kepada UPM mengurus dan menjalankan aktiviti berunsurkan pendidikan, penyelidikan dan pengembangan perhutanan, selama 99 tahun di sehingga 2095.

Di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) UPM telah menerima peruntukan bagi membina kompleks utama SISFEC yang merangkumi empat buah blok bangunan iaitu Blok Pentadbiran, Dewan Kuliah dan Makmal bagi kegunaan aktiviti pengajaran, penyelidikan dan latihan kepada mahasiswa, staf dan penyelidik UPM.

Terdapat juga sirkit rempuh halangan serta tapak semaian pokok hutan bagi menyokong aktiviti pendidikan khususnya kepada pelajar Fakulti Perhutanan.

Hutan ini menjadi 'kediaman' kepada 430 spesies tumbuhan bunga, 33 spesies paku pakis, 127 spesies kayu balak dan 99 spesies herba.

Di hutan ini turut menjadi rumah kepada lima daaripada 10 spesies mamalia besar di Semenanjung Malaysia, 208 spesies burung termasuk 35 spesies yang terancam dan 30 spesies berhijrah, 14 spesies mamalia kecil termasuk kongkang, 13 spesies kelawar,18 spesies katak, dua spesies reptilia dan 10 spesies ikan.

Kepelbagaian spesies ini menjadi daya penarik dalam kalangan penyelidik melakukan kajian saintifik terhadap hutan simpan itu menerusi kepakaran dalam pelbagai disiplin ilmu.

Dr Mohamed menambah, dalam konteks ini, SISFEC bertindak sebagai kelas dan makmal terbuka Fakulti Perhutanan, digunakan juga untuk penyelidikan staf akademik serta aktiviti pengembangan melalui program mengenai alam sekitar bagi pelajar sekolah dan komuniti sekitar Lembah Klang.

Salah satu keunikan Hutan Simpan Ayer Hitam ini ialah ia dikelilingi bandar-bandar besar seperti Petaling Jaya, Cyberjaya, Kuala Lumpur serta Shah Alam dan satu-satunya hutan pamah dipterokarp yang masih wujud  dalam keadaan sempurna di kawasan Lembah Klang.

Ketua, Seksyen Hutan dan Ladang, Fakulti Perhutanan UPM, Mohd Farhan Shahrin pula berkata, oleh kerana keunikan ini, ia bertindak sebagai ‘carbon sequestration’ iaitu penyerap karbon dan gas beracun sambil membekalkan oksigen kepada penduduk, selain menjadi punca air bersih dengan kualiti air dari Sungai Rasau sejauh kira-kira 2 kilometer bermula daripada puncanya adalah air Kelas 1 dan sangat jernih.

Begitu pun dalam usaha memulihara hutan ini secara mapan, Dr Mohamed mengakui pihaknya berdepan dengan beberapa cabaran besar dan ia membimbangkan kerana dikhuatiri boleh menjejaskan peranan dan fungsi hutan ini yang sudah dikelaskan sebagai hutan pelajaran dan penyelidikan.

Sehubungan itu, katanya, UPM sentiasa bekerjasama dengan Jabatan Perhutanan dan polis dalam memantau dan mengambil tindakan ke atas pencerobohan.

“Kami mahu menjadikan hutan ini serta satu lagi di Pulau Banding, Grik, Perak yang berkeluasan 3.337 hektar sebagai stesen penyelidikan dan pendidikan antarabangsa,” katanya.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan