suria

Kolej Manipal India, UiTM Tandatangani MoU

NEW DELHI: Manipal College of Dental Sciences di Mangaluru, Karnataka, India dan Fakulti Pergigian, Universiti Teknologi Mara (UiTM) menandatangani satu memorandum persefahaman (MoU), antara lain untuk mengadakan pertukaran pelajar, lapor akhbar The Hindu.

Ia akan membuka jalan bagi kedua-dua pihak mengadakan program bersama untuk memajukan bidang pengajaran dan mengkomersialkan hasil penyelidikan, kata laporan itu dengan memetik siaran akhbar yang dikeluarkan bersempena pemeteraian MoU berkenaan pada Isnin.

Sebagai langkah pertama, pelajar Manipal College of Dental Sciences dipelawa menyertai Persidangan Pelajar Kebangsaan Malaysia di Kuala Lumpur pada April 2015, katanya, yang memetik kenyataan Dilip Nayak, dekan kolej itu.


Kolej Manipal, India, UiTM

Artikel Berikut

UniKL-PMB Meterai Perjanjian

Artikel Lain