Produk UniMAP Wakili Malaysia Ke APICTA 2014

Diterbitkan: Jumaat, 31 Oktober 2014 3:19 PM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) melakar kejayaan di persada antarabangsa apabila produk penyelidikan 'ZCC-OCDMA Code For Symmetric Fiber-to-the-Home (FTTH) In Access Network' terpilih mewakili Malaysia ke Anugerah MSC Malaysia Asia Pacific ICT Alliance (APICTA) 2014, November ini.


Produk hasil kumpulan penyelidik Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan Komunikasi Termaju Pusat Pengajian Kejuruteraan Komputer dan Perhubungan UniMAP dicalonkan dalam kategori aplikasi komunikasi terbaik.

Kejayaan pasukan penyelidik itu yang diketuai Prof Dr Syed Alwee Al Junid, dianggotai Ir Dr Anuar Mat Safar, Dr Mohd Rashidi Che Beson, Dr Amir Razif Arief Jamil Abdullah dan Abdullah Omar Ali Al-Dhaibani diumumkan pada Majlis Penganugerahan MSC Malaysia APICTA di Angkasapuri, semalam.

APICTA 2014 dijadual berlangsung di Jakarta, Indonesia dari 24 hingga 27 November ini.

Dalam satu kenyataan pada Jumaat, Naib Canselor UniMAP, Datuk Prof Dr Kamarudin Hussin berkata, produk tersebut menggunakan kod optik 'Zero Cross Correlation Code' adalah yang pertama dibangunkan dalam bidang komunikasi optikal.

Menurutnya, produk itu direka bagi menampung bilangan pengguna yang tinggi secara serentak dalam sesebuah rangkaian selain mengurangkan bunyi bising dan tahap keselamatan tinggi melalui penggunaan kod optik dalam rangkaian tersebut.

"UniMAP berbangga dengan pencapaian penyelidik-penyelidik ini dan diharapkan mereka akan meneruskan kecemerlangan di Jakarta kelak serta menyumbang kepada pembangunan Teknologi dan Komunikasi Maklumat (ICT) negara," kata Kamaruddin.

Majlis itu disempurnakan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC), Datuk Yasmin Mahmood dan Pengerusi MDeC, Tan Sri Abdul Halim Ali.

Anugerah MSC Malaysia APICTA adalah anugerah tahunan untuk memberi pengiktirafan kepada pencapaian cemerlang individu, pelajar, usahawan, Perusahaan Kecil dan Sederhana serta organisasi yang beroperasi di Malaysia terutama yang menyumbang kepada pembangunan inisiatif MSC Malaysia dalam sektor ICT.

Sebanyak 19 kategori dipertandingkan antaranya pembelajaran elektronik terbaik, sekuriti terbaik, aplikasi industri terbaik, aplikasi kewangan terbaik, teknologi hiburan dan media terbaik, pelancongan dan perhotelan terbaik serta penyelidikan dan pembangunan terbaik.



iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan