UTM & TalentCorp Teruskan Kerjasama Pameran Kerjaya

Diterbitkan: Jumaat, 17 Oktober 2014 12:33 PM

Para pelajar UTM didedahkan mengenai kepentingan dan pasaran kerjaya menerusi kerjasama Pameran Kerjaya Berasaskan Sektor. - Gambar sekadar hiasan.

(Ubah saiz teks)

SKUDAI: Sejajar dengan matlamat untuk meningkatkan kebolehpasaran siswazah, di negara ini, Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) bersama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sekali lagi menjalinkan kerjasama dalam usaha melahirkan pekerja yang bersedia menyumbang kepada industri.

Bagaimapun kali ini fokus diberikan kepada bidang kejuruteraan di UTM dalam siri Pameran Kerjaya Berasaskan Sektor (SFCF) yang diadakan di universiti berkenaan di sini selama dua hari bermula 14 Oktober lalu.

Ia dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), Prof Datuk Ismail Ibrahim.

Program SFCF-UTM ini menyaksikan pembabitan lebih daripada 50 syarikat terkemuka seperti Schneider Electric, U Mobile, SP Setia, Prasarana, MDeC, Hong Leong Assurance, Sime Darby dan Wilayah Pembangunan Iskandar Malaysia.

Datuk Ismail Ibrahim


Ketua Pegawai Eksekutif TalentCorp, Johan Mahmood Merican berkata, peranan agensi itu seharusnya disokong kerana ia selari dengan mandat yang diberikan  Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kepada pihaknya pada Belanjawan 2015 lalu, agar bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan untuk membina hubungan yang lebih erat antara pihak industri dan akademik.

“Peranan TalentCorp dalam menghubungkan majikan terkemuka dengan institusi pengajian tinggi melalui SFCF-UTM menjadi satu pelantar bagi kami untuk membantu siswazah mempersiapkan diri dalam usaha menyumbang kepada industri.

“Ia seharusnya mendapat sokongan ramai kerana apa yang dilakukan ini selepas diberi mandat oleh perdana menteri,” katanya.

Penganjuran siri acara SFCF ini adalah penting dalam mewujudkan kesedaran di kalangan mahasiswa mengenai alam pekerjaan dan peluang-peluang yang tersedi dalam Aktiviti Ekonomi Utama Nasional (NKEA).

Acara yang berlangsung selama dua hari itu antara lain turut merangkumi slot ceramah kerjaya  bagi  membolehkan generasi muda untuk beramah mesra dengan pemimpin-pemimpin industri terkemuka.

Slot coffee talk pula elah direka bagi para pengunjung terutamanya mahasiswa untuk berinteraksi dengan syarikat-syarikat dalam suasana santai.

Ia telah dirasmikan oleh Ketua Pegawai  Eksekutif, Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) Prof Datuk Ismail Ibrahim.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai TalentCorp dan SFCF, orang ramai boleh layari www.talentcorp.com.my atau www.facebook.com/SectorFocusedCareerFairSFCF.
Tags / Kata Kunci: TalentCorp , UTM

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan