Prolis & UniMap Berganding Bahu Majukan Wawasan Perlis

Diterbitkan: Jumaat, 4 April 2014 12:25 PM

Naib Canselor UniMap, Prof Datuk Dr Kamarudin Hussin

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemikiran dan idea golongan profesional dan intelek akan digabungkan pada Persidangan Profesional dan Intelek Perlis (Prolis) pertengahan bulan ini bagi merealisasikan wawasan Perlis Maju 2015.

Prolis, anjuran bersama oleh Universiti Malaysia Perlis (UniMap) dan Persatuan Perlis Kuala Lumpur (PPKL) dengan kerjasama kerajaan negeri Perlis, akan diadakan di sini pada 16 hingga 17 April ini.

Naib Canselor UniMap, Prof Datuk Dr Kamarudin Hussin berkata, persidangan kali kedua itu bakal dihadiri lebih 150 peserta bagi memerah pemikiran dan idea mereka ke arah menjayakan wawasan yang diasaskan pada 2004 itu.

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail berkenan untuk berangkat merasmikan persidangan itu, katanya dalam kenyataan di sini.

Kamarudin yang juga Pengerusi 1 Jawatankuasa Induk Prolis berkata, Perlis memerlukan kerjasama golongan profesional dan intelek untuk membantu melonjakkan pembangunan negeri itu secara holistik melalui pemikiran dan idea selain pengalaman mereka.

Prolis pertama pada 2012 telah menghasilkan resolusi yang menyentuh senario semasa Perlis dan membuat cadangan penyelesaian yang praktikal kepada kerajaan negeri dalam segenap aspek. 


iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan